FANDOM


"Aku Sebuah Jam"
Episod Upin & Ipin
1013 title.jpg
No. episod 37, 38, 39
Tarikh siaran asal 24 Disember 2016

"Aku Sebuah Jam" merupakan episod ke-37, ke-38 dan ke-39 dalam siri Upin & Ipin musim kesepuluh. Episod ini bertemakan jam.

Sinopsis

Upin dan Ipin termimpi akan diri mereka serta kawan-kawan sebagai jam-jam yang dipamerkan di sebuah kedai jam.

Plot

Bahagian 1

Upin membacakan buku "Aku Sebuah Jam" kepada Ipin, biarpun ditegur Ros supaya masuk tidur dia tetap membaca senyap-senyap.

Upin, Ipin, Mei Mei, Jarjit, Ehsan, Fizi, Mail dan Susanti menjelma sebagai jam-jam loceng yang bermain-main di dalam para dengan pengawasan Tok Dalang si jam datuk dan Ros si jam burung di dalam kedai jam yang dijaga oleh Ah Tong.

Leka mereka bermain hinggalah Mei Mei terlanggar Fizi jatuh dan rosak. Hal ini menyebabkan semua jam sedih, hinggalah Ah Tong kembali ke kedai untuk memulihkan Fizi. Pada masa yang sama datangnya seorang budak yang kelihatan nakal mengancam jam-jam dengan tukul mainannya.

Bahagian 2

Ah Tong menghalang budak itu daripada memecahkan jam, tetapi budak itu akhirnya membeli Ehsan.

Malam harinya selepas kedai tutup, semua jam-jam bergurau senda sambil bertukar-tukar cerita suka-duka. Fizi kembali aktif mendapat tahu tentang Ehsan dibeli. Upin dan Ipin bermain-main dengan Kak Ros hingga pening.

Susanti si jam poket meratapi dirinya yang sukar dijual kerana ketinggalan zaman. Tok Dalang pula mengisahkan kisah silamnya sebagai jam kesayangan orang kaya yang akhirnya dibuang setelah sekali rosak, kemudian dipulihkan oleh Ah Tong. Hal ini mengalihkan semua jam kepada Opah si jam meja antik yang kelihatan kurang bermaya kerana kekurangan kuasa bateri.

Bahagian 3

Keesokan harinya, kedai jam digemparkan dengan kepulangan Ehsan dalam keadaan rosak. Ah Tong mengeluh tidak dapat membaikinya, membuat semua jam sedih, apalagi Upin berujar tidak mahu hidup sebagai jam. Akan tetapi budak yang membelinya datang dengan alat yang tertinggal, menceriakan kembali seluruh kedai. Setelah dibaiki, Ehsan memuji-muji tuannya kerana menjaganya dengan baik dan menyayanginya.

Jam loceng berbunyi, Ros pun masuk mengejutkan adik-adiknya. Dalam pada itu, Kak Ros merampas jam loceng, menyebabkan Upin dan Ipin marah dan merebut kembali jam sehingga ia jatuh. Sebelum ke tadika, Upin dan Ipin membawa jam loceng ke bengkel Ah Tong untuk dibaiki. Di sana mereka melihat pelbagai bentuk jam yang mengingatkan mereka kepada rupa kenalan-kenalan mereka.

Di tadika, Cikgu Melati memuji Upin dan Ipin kerana menjaga jam bilik darjah dengan baik, tambahan pula berpesan supaya "masa itu emas". Lebih menggembirakan lagi Upin adalah kerja rumah karangan bertajuk "Aku Sebuah Jam".

Teaser

Promo Teaser Upin & Ipin Musim 10 - Aku Sebuah Jam02:42

Promo Teaser Upin & Ipin Musim 10 - Aku Sebuah Jam

Promo Teaser: Upin & Ipin Musim 10 - Aku Sebuah Jam

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak