Fandom

Upin & Ipin Wiki

Al-Kisah Malam Puasa

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Al-Kisah Malam Puasa"
Episod Upin & Ipin
0905 title.jpg
No. episod 13, 14, 15
Tarikh siaran asal 19, 20, 21 Jun 2015

"Al-Kisah Malam Puasa" merupakan episod ke-13, ke-14 dan ke-15 dalam siri Upin & Ipin musim kesembilan.

Plot

Bahagian 1

Kisah bermula dengan Upin dan Ipin bermain guli dengan kawan-kawan. Kembar itu leka menguasai permainan guli dengan kawan-kawan, apabila datangnya Kak Ros dengan basikal untuk menyuruh mereka pulang untuk bersiap untuk berbuka puasa. Upin dan Ipin hendak menaiki basikal Kak Ros, tetapi dilarang, maka mereka terpaksa berjalan pulang. Tetapi sebelum itu Ehsan mengingatkan Upin dan Ipin akan pakat malam nanti.

Pada waktu berbuka puasa, Opah memesan cucu-cucunya supaya segera makan hingga habis kerana dia hendak mengajak mereka mengikutnya pergi ke surau untuk berterawih. Upin dan Ipin mengambil kesempatan untuk meminta izin Opah untuk pergi bersama kawan-kawan pula. Kak Ros cepat membalas dengan tegahan yang garang, tetapi Opah merelakan asalkan mereka menunaikan sembahyang.

Maka Upin dan Ipin keluar memakai baju melayu dengan ketayap, mengikut kawan-kawannya Fizi dan Ehsan ke surau di awal malam. Munculnya Mail dengan basikal membawa bunga api, hendak mengajak kawan-kawan bermain selepas sembahyang. Ehsan terasa ingin bemain sekarang dan mengajak Upin dan Ipin sekali. Upin dan Ipin keberatan seperti dijangka kerana pesan Opah dan Kak Ros tadi, tetapi Mail menggoda mereka dengan ayam goreng.

Oleh itu budak berlima itu berseronok dengan bunga api dengan pelbagai ragam di depan rumah Upin dan Ipin. Setelah leka bermain akhirnya keseronokan dipatahkan oleh kepulangan Opah dan Kak Ros dengan wajah kecewa dan marah.

Bahagian 2

Upin dan Ipin ditengking lagi ditampar oleh Kak Ros kerana mungkir janji untuk menunaikan terawih di surau. Kali ini Opah juga tumpang marah. Upin dan Ipin membuat alasan digoda oleh kawan-kawan, tetapi Opah mencelah untuk berpesan supaya tidak menyalahkan sesiapa selain diri sendiri atas kelalaian mereka, malah sentiasa mengutamakan sembahyang daripada hal lain. Tambahan pula Opah memesan cucunya sekali lagi supaya pergi terawih betul-betul malam esok, dan sekali lagi Kak Ros melarang mereka untuk pergi dengan kawan-kawan.

Keesokan tengah harinya, Upin dan Ipin dalam perjalanan pulang dari tadika bersama Ehsan, Fizi, Jarjit, Mei Mei dan Mail diganggu oleh jatuhnya Ah Tong dan kelapa mudanya hingga bertaburan dari basikal. Maka mereka bertujuh pergi menolongnya memungut semula semua kelapa. Setelah siap, Fizi meluahkan rasa haus dan Jarjit meminta Ah Tong membuatkan air kelapa. Dengan segera Ah Tong menunaikan permintaan itu.

Jarjit dan Fizi pun minum puas-puas. Ehsan pun tergoda untuk minum tetapi sempat dilarang oleh Mei Mei kerana "memarahkan tuhan". Upin dan Ipin segera mengingatkan Fizi bahawa dia telah batal puasa. Maka Ah Tong menarik balik kedua-dua kelapa airnya, termasuk daripada Jarjit sekali kerana harusnya menghormati orang berpuasa.

Ehsan sekali lagi mengajak kawan-kawannya ke surau bersama-sama, kali ini dengan berbasikal. Kali ini Upin dan Ipin menolak kerana ditegah oleh Kak Ros atas peristiwa semalam. Fizi mencadangkan untuk mereka meminta izin Opah pula. Maka pada malam hari mereka memastikan tiadanya Kak Ros di rumah, kemudian senyap-senyap meminta izin Opah untuk pergi dengan kawan-kawan.

Dari sebalik buku yang menutup muka Opah keluarnya dengungan lembut yang dianggap tanda izin, maka Upin dan Ipin seronok dan senyap-senyap keluar dari rumah. Tiba-tiba sahaja Kak Ros menghalang dari sebalik pintu.

Bahagian 3

Upin dan Ipin duduk termenung di tangga anjung sambil didatangi oleh Ehsan, Fizi dan Mail yang berbasikal datang mengajak. Upin dan Ipin berkata mereka terpaksa menunggu Kak Ros yang sedang bersolek. Opah muncul di anjung mengajak beramai-ramai pergi ke surau. Sekali lagi Upin dan Ipin merayu kepada Opah untuk pergi dengan kawan-kawan sahaja. Akhirnya Opah mengizinkan, tetapi Kak Ros tiba-tiba keluar untuk berpesan bahawa dia akan mengawasi mereka.

Dalam perjalanan ke surau, Ehsan meluahkan rasa seronoknya pergi berterawih kerana moreh. Fizi bersetuju. Upin dan Ipin menegah niat mereka itu dan menyampaikan pesan Opah bahawa sesiapa yang pergi bersembahyang kerana iman dan bertujuan mendapatkan ganjaran dan keredhaan Allah akan diampuni dosa-dosa lampaunya.

Tiba-tiba mereka berlima berhenti di bawah pohon kelapa kerana diganggu oleh bunyi-bunyi menyeramkan. Upin berpesan supaya melafazkan salam, membaca doa dan cepat melarikan diri. Fizi terlalu seram untuk menghiraukan kata-kata Upin sehingga dia tak sedar kawan-kawannya sudah lari. Akhirnya dia dikejutkan oleh lembaga hitam bermata sinar di kaki lalu berlari, walhal lembaga itu sekadar kucing jinak.

Maka budak berlima selamat tiba di perkarangan surau setelah puas mengayuh. Sebelum masuk mereka dilarang masuk oleh Tok Dalang kerana kotor di paras kaki, apalagi Fizi yang juga comot di belakang baju. Tok Dalang membawa mereka bertukar baju sebelum bersembahyang. Kelima-limanya mendapat kain pelikat dan kemeja Fizi ditukarkan dengan singlet.

Selepas habis berterawih, Upin dan Ipin berterima kasih kerana Tok Dalang atas pertolongan tadi. Tok Dalang memesan mereka berlima supaya membawa kain pelikat itu pulang untuk dicuci dan dipulangkan esok. Setelah bermoreh, Tok Dalang melarang budak-budak berlima pulang tanpa mengemaskan surau dahulu. Ipin bertanya apa harus dilakukan dengan makanan moreh lebihan, dan Tok Dalang merelakan mereka membawa pulang sendiri.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak