Wikia

Upin & Ipin Wiki

Ambil Galah Tolong Tunjukkan

Bincang0
160laman di
wiki ini
"Ambil Galah Tolong Tunjukkan"
Episod Upin & Ipin
No. episod 35, 36, 37, 38
Tarikh siaran asal 15, 16, 21, 22 Disember 2009

"Ambil Galah Tolong Tunjukkan" ialah episod ke-35, 36, 37, dan 38 dalam musim ketiga siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan.

RingkasanSunting

Bahagian 1

Ketika tengah bermain galah panjang, Upin, Ipin dan kawan-kawan tersampuk oleh keluhan Tok Dalang yang kedengaran tidak jauh. Rupa-rupanya Tok Dalang cuba menghalau seekor tupai dari mencuri buah di pokok rambutannya. Apabila ditanya kenapa tidak membiarkan tupai itu sahaja, jelas Tok Dalang, buah rambutan yang tumbuh di pokoknya adalah untuk dijual.

Bahagian 2

Mail bercadang untuk membantu Tok Dalang menjual hasil tanaman rambutannya. Pada keesokan hari, kawan-kawan Upin dan Ipin tiba di halaman rumah Tok Dalang sambil menunggu kedatangan kembar itu, lalu cuba memanjat pokok rambutan tersebut, sehingga datangnya Upin dan Ipin dengan sebatang galah buluh yang panjang sekali.

Bahagian 3

Upin dan Mail bersama-sama memegang galah, tapi sebiji rambutan pun tidak tercapainya. Tok Dalang meminjam galah itu untuk diubahsuai dengan gunting untuk memotong tangkai rambutan. Selepas itu, Tok Dalang dan kanak-kanak bersama-sama mengira hasil petikan rambutan dan membincangkan harga dan tempat menjual rambutan.

Bahagian 4

Atas pesanan Tok Dalang, Upin, Ipin dan kawan-kawan pergi ke tepi jalan untuk menjual rambutan, tetapi sepanjang berjam-jam menunggu, semuanya yang dilihat ialah kenderaan laju berlalu-lalang tanpa memberi perhatian kepada mereka, sehingga berhentinya sebuah lori yang dipandu oleh Ah Tong yang berminat untuk membeli rambutan mereka, itupun terpaksa tawar-menawar harganya. Selepas selesai berurus niaga, mereka hendak berkongsi pendapatan mereka dengan Tok Dalang, tetapi Tok Dalang meminta mereka menyimpan duit hasil mereka sendiri.

VideoSunting

Upin & Ipin - Ambil Galah Tolong Tunjukkan (Bahagian 1)(07:32)
Bahagian 1
Anakmalaysia2010Disisipkan oleh Anakmalaysia2010
Upin & Ipin - Ambil Galah Tolong Tunjukkan (Bahagian 2)(07:32)
Bahagian 2
Anakmalaysia2010Disisipkan oleh Anakmalaysia2010
Upin & Ipin - Ambil Galah Tolong Tunjukkan (Bahagian 3)(07:32)
Bahagian 3
Anakmalaysia2010Disisipkan oleh Anakmalaysia2010
Upin & Ipin - Ambil Galah Tolong Tunjukkan (Bahagian 4)(07:32)
Bahagian 4
Anakmalaysia2010Disisipkan oleh Anakmalaysia2010

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak