Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement

"Anak Harimau" (enam bahagian) ialah episod keempat hingga kesembilan dalam musim ke-4 daripada siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan. Episod bertema bola sepak ini disiarkan sempena Piala Dunia FIFA 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan ketika itu.

Ringkasan[]

Bahagian 1[]

Orang-orang dewasa heboh berborak mengenai Piala Dunia di gerai Muthu, menyambut kedatangan Upin dan Ipin. Apabila ditanya pasukan mana dijangka menjuarai juara, Upin dan Ipin mengejutkan yang lain dengan menjawab Malaysia, padahal Malaysia tidak pernah layak sekalipun ke temasya itu sendiri.

Bahagian 2[]

Cikgu Jasmin mengajar murid-murid yang heboh memperkatakan Piala Dunia, betapa jauh letaknya Afrika Selatan dari Malaysia, tetapi Piala Dunia boleh ditonton melalui kaca TV. Biarpun tidak berjaya meminta izin Kak Ros agar dapat menonton siaran langsung Piala Dunia di malam buta, Upin dan Ipin cuba mengesetkan jam loceng mereka ke pukul dua pagi untuk curi-curi menonton bola, tetapi tidak menjadi akhirnya.

Bahagian 3[]

Di bilik darjah, Upin dan Ipin melawan Fizi dan Ehsan dengan bermain bola sepak kertas, yang mana keratan kertas dijadikan "pemain" yang dihempap untuk "menendang bola". Pada petang kemudian, Upin dan Ipin menerima pelawaan Tok Dalang untuk menonton perlawanan pertama Piala Dunia bersama, dan akhirnya Opah merestuinya memandangkan hari keesokannya cuti.

Bahagian 4[]

Upin dan Ipin diajak oleh Ijat untuk bermain bola sepak olok-olok dengan tin minuman sebagai 'bola' untuk disepak di antara dua batang ranting yang ditegakkan atas tanah sebagai gol. Malam nanti, mereka berdua cuba menahan mengantuk untuk sempat menonton perlawanan Piala Dunia di gerai Muthu.

Bahagian 5[]

Sempena tayangan khas perlawanan Piala Dunia, Mail dan Salleh turut membantu menghidangkan makanan kepada para penonton di gerai Muthu. Di hadapan layar lebar yang tengah menerima siaran iklan, Tok Dalang, Muthu dan Ah Tong terus berborak mengenai bola...sehingga perlawanan bermula. Pada pagi keesokan, bersusah payah Kak Ros mengejutkan Upin dan Ipin dari tidur yang tak cukup.

Bahagian 6[]

Akhirnya tin digantikan dengan bola yang sebetulnya, barulah dapat bermain dengan seronok, sehingga Upin dan Ipin dan kawan-kawan membayangkan diri mereka bermain sebagai pasukan kebangsaan di arena sebenar.

Trivia[]

  • Episod ini disiarkan ketika peringkat kumpulan Piala Dunia FIFA 2010 masih lagi berlangsung.
  • Perlawanan yang terpapar di dalam surat khabar Tok Dalang merupakan perlawanan sebenar kejohanan itu. Hanya perlawanan antara England menentang Afrika Selatan yang direka oleh pihak produksi.

Video[]

Upin_&_Ipin_S4_-_Anak_Harimau_(Bahagian_1)

Upin & Ipin S4 - Anak Harimau (Bahagian 1)

Upin_&_Ipin_S4_-_Anak_Harimau_(Bahagian_2)

Upin & Ipin S4 - Anak Harimau (Bahagian 2)

Upin_&_Ipin_S4_-_Anak_Harimau_(Bahagian_3)

Upin & Ipin S4 - Anak Harimau (Bahagian 3)

Upin_&_Ipin_S4_-_Anak_Harimau_(Bahagian_4)

Upin & Ipin S4 - Anak Harimau (Bahagian 4)

Upin_&_Ipin_S4_-_Anak_Harimau_(Bahagian_5)

Upin & Ipin S4 - Anak Harimau (Bahagian 5)

Upin_&_Ipin_S4_-_Anak_Harimau_(Bahagian_6)

Upin & Ipin S4 - Anak Harimau (Bahagian 6)

Advertisement