Fandom

Upin & Ipin Wiki

Animasi Terakhir

211laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share
"Animasi Terakhir"
Episod Upin & Ipin
1014 title.jpg
No. episod 40, 41, 42
Tarikh siaran asal 31 Disember 2016

"Animasi Terakhir" merupakan episod ke-40, ke-41 dan ke-42 dalam siri Upin & Ipin musim kesepuluh. Episod ini bertemakan proses penghasilan animasi.

Sinopsis

Dunia Upin dan Ipin dalam bahaya gara-gara krisis yang berlaku di sebalik tabir penerbitan siri animasi Upin & Ipin! Maka dua kembar kecil menjangkau ruang dan masa untuk menyelamatkan keadaan di sebalik tabir.

Plot

Bahagian 1

Upin, Ipin dan kawan-kawan sedang menikmati air batu campur di warung Muthu, tetapi apabila Muthu berpesan bahawa hari ini episod terakhir Sarjan Husin 3000 maka semua pun bergegas pulang untuk tidak ketinggalan.

Malangnya episod Sarjan Husin 3000 tidak keluar seperti yang dijadualkan. Hal ini menjadi buah mulut di Tadika Mesra yang mana Upin dan Ipin dan kawan-kawan membincangkan sebab-sebab yang mungkin di sebalik

Bahagian 2

Setelah tertunda satu hari akhirnya Sarjan Husin 3000 episod terakhir keluar. Mula-mula Upin dan Ipin teruja menyambut siaran yang ditunggu-tunggu, tetapi makin larut tayangan makin jemu pula penontonnya. Akhirnya Upin dan Ipin kecewa kerana penghujung cerita Sarjan Husin yang mengecewakan gara-gara watak utamanya kurang berlawan.

Keesokan pagi, Upin dan Ipin melayan Ehsan dan Mail bermain dengan figura aksi Sarjan Husin, tetapi tiba-tiba mereka menyedari orang di sekeliling mereka berkedip-kedip, haiwan bergerak tersekat-sekat dan persekitaran kampung hilang warna!

Bahagian 3

Peristiwa yang melanda persekitaran mereka amat menyeramkan Upin dan Ipin hingga mereka lari ke rumah, namun rumah mereka pun tidak selamat daripada fenomena di luar, malah kembar itu sendiri terjejas apabila suara Ipin berubah dan rambut sebatang Upin berubah. Ketika bersembunyi di dalam bilik mereka, Upin dan Ipin menemui sebuah portal terapung yang membawa mereka ke alam di sebalik tabir penghasilan animasi Upin dan Ipin.

Di situ mereka mengenali pelbagai proses penghasilan animasi, iaitu rakaman suara, papan cerita (storyboard) dan penulisan skrip yang berada dalam keadaan tidak keruan. Satu demi satu mereka memperbaiki kualiti animasi mereka dan setelah itu mereka kembali ke dunia asal yang kembali seperti sediakala. Selepas itu mereka memutarkan kembali (rewind) cerita kepada babak bersama Mail dan Ehsan di warung di mana kembar mengajak kawan-kawan menonton rancangan kartun pengganti Sarjan Husin - Robot U&I (hasil daripada meminda skrip di alam lain). Upin dan Ipin menutup cerita dengan mengajak penonton menonton Upin & Ipin setiap hari kerana mereka luar biasa.

Teaser

Promo Teaser Upin & Ipin Musim 10 - Animasi Terakhir02:05

Promo Teaser Upin & Ipin Musim 10 - Animasi Terakhir

Promo Teaser: Upin & Ipin Musim 10 - Animasi Terakhir

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak