Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement

"Bahaya Jerebu" (tiga bahagian) ialah episod ke-28, ke-29 dan ke-30 (episod ke-10 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-7 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Cemarlagicemar

Keadaan jerebu diburukkan...

Pada suatu siang yang kelihatan agak samar suasananya daripada biasa, Tok Dalang bersinggah di warung Muthu lalu meminta kopi ais. Muthu hairan terdengar itu kerana selalunya Tok Dalang gemar kopi panas. Jelas Tok Dalang, dia penat dan kehausan setelah menolong Cik Dol memadamkan api yang membakar kebunnya. Muthu cemas terdengar khabar itu. Tok Dalang menduga bahawa kebakaran itu timbul daripada pihak tak bertanggungjawab yang membuang puntung rokok sesuka hati.

Perbualan orang tua itu diganggu oleh Upin, Ipin, Ehsan dan Fizi yang bermain kejar-kejar sambil tembak-tembak ke arah warung, hingga sebutir peluru terkena punggung Muthu. Justeru, Muthu menengking mereka berempat supaya pergi bermain jauh-jauh. Sebelum beredar, mereka sempat dipesan oleh Tok Dalang supaya balik rumah terus kerana cuaca jerebu. Apabila ditanya, Tok Dalang menerangkan jerebu sebagai keadaan langit berasap yang sedang dialami serta bahayanya kepada kesihatan. Sesudah memberikan nasihat, Tok Dalang diganggu oleh berlalunya motosikal yang memecut lalu sambil mengeluarkan asap hitam tebal.

Topengasap

Menyelamatkan Metromillenium dengan topeng asap!

Sekembali di rumah, Upin dan Ipin ditegur oleh Kak Ros kerana mereka tidak mendengar nasihat supaya tidak keluar ketika jerebu. Sambil membasuh ikan, Kak Ros membisik, "kalau jerebu berterusan, udara semakin teruk, mungkin sekolah cuti." Upin dan Ipin mendengar dengan jelas lalu berteriak dalam kegembiraan. Kemudian, Kak Ros mendapati bekas garamnya kosong, lalu meminta adik-adiknya keluar untuk membeli garam. Upin dan Ipin enggan dengan jerebu sebagai alasan. Oleh itu, Kak Ros memberi Upin dan Ipin pakai topeng mulut, sambil berpesan kepada mereka supaya tidak curi-curi bermain.

Namun begitu, Upin dan Ipin bertolak dengan bermain olok-olok Sarjan Husin 3000. Mereka disapa oleh Tok Dalang yang terkejut melihat mereka keluar bermain semula. Upin dan Ipin terus menjelaskan bahawa mereka hendak ke kedai. Tok Dalang juga hendak ke kedai untuk membeli topeng mulut seperti yang dipakai oleh kembar itu. Ipin meminta supaya mereka menaiki motosikal Tok Dalang daripada berjalan kaki, tetapi Tok Dalang menyanggah kerana asap motosikal juga menghasilkan jerebu. Ipin memuji Tok Dalang sebagai "pencinta alam", bak kata Cikgu Melati, tetapi Upin berpesan bahawa motosikal Tok Dalang sudah rosak sebenarnya.

Bakarumput

Pembakaran terbuka memburukkan lagi jerebu.

Dalam perjalanan ke kedai runcit, tiba-tiba mereka bertiga terlihat kepulan asap hitam di tengah-tengah udara jerebu, lalu bergegas ke sana. Rupanya Roy sedang membakar rumput. Lantas Tok Dalang menegur pemuda itu atas perbuatannya yang memburukkan lagi jerebu, lalu berpesan supaya dia menanam rumput sebagai ganti kepada pembakaran. Tindakan pemuda itu juga diejek oleh Upin dan Ipin. Maka mereka bertiga menyambung perjalanan, malah Tok Dalang berpesan kepada kembar itu supaya menjaga alam sekitar dan jangan melakukan pembakaran terbuka lebih-lebih lagi ketika jerebu. Sekali lagi mereka digemparkan dengan kepulan asap kebakaran yang tebal. Rupa-rupanya Muthu sukar mengawal api masakan di warungnya, tetapi nasib baik sempat dipadamkan.

Bahagian 2[]

Sekolahditutup

Hore! Sekolah ditutup!

Pada malam hari, Upin dan Ipin menceritakan apa yang berlaku siang tadi kepada Opah. Sambil menonton TV, Kak Ros mencelah dengan sinisnya, 'memuji' tindakan adik-adiknya yang menyelamatkan warung Muthu itu, lalu bertanya sama ada mereka telah menyiapkan kerja sekolah. Upin tertanya bukankah sekolah cuti esok kerana jerebu, tetapi dibalas dengan tengkingan kakak supaya mereka segera menyiapkan kerja sekolah.

Tanpa disangka-sangka, pemberita di kaca TV terkinja-kinja menyambut penutupan sekolah kerana jerebu. Maka Kak Ros turut girang menyambut berita itu, hingga adik-adiknya yang baru sahaja hendak ke bilik kembali ke ruang tamu dengan tertanya-tanya. Belum sempat Opah menerangkan, Kak Ros segera mencelah dengan menutup berita itu dengan niat agar adik-adiknya rajin menyiapkan kerja sekolah.

Kakrosnakal

Puas hati rasanya dapat kenakan anak-anak sendiri.

Keesokan hari, Upin dan Ipin terjaga lewat lalu berlumba-lumba ke bilik dapur untuk bertanya mengapa Opah tidak mengejutkan mereka. Kak Ros dengan nakalnya menjawab mereka bahawa sekolah ditutup pada hari ini. Upin dan Ipin geram dengan sikap kakak mereka, tetapi kemudian tenang dengan menikmati sarapan. Upin dengan mata tajamnya turut perasan bahawa pintu dan tingkap rumah ditutup; jelas Opah, itu adalah supaya habuk jerebu tidak masuk ke dalam rumah, malah keluar rumah adalah dilarang. Kak Ros mengambil kesempatan untuk menyuruh adik-adiknya tolong buat kerja. Tambahan pula, Opah berpesan supaya banyak minum air demi mencegah demam.

Memandangkan mereka tidak boleh keluar, Upin dan Ipin meluangkan masa di rumah dengan bermain ceper, hinggalah Kak Ros bersuara menyuruh mereka untuk mengalihkan kotak berat. Perkara itu berulang-ulang: di tengah bermain lego, mereka dipanggil untuk menyapu lantai; di tengah bermain kereta kawalan jauh, mereka dipanggil untuk melipatkan baju. Ini membuatkan Upin dan Ipin rindu akan sekolah dan bermain dengan kawan-kawan mereka.

Sallehbertopeng

Salleh sentiasa bertugas tanpa mengenal cuaca buruk atau jerebu.

Tiba-tiba, terdengarnya bunyi ketukan pintu. Upin dan Ipin segera menyambutnya lalu bertemu dengan Salleh yang bertopeng sambil membawa baju kepada Kak Ros. Kak Ros hendak menjemurkan bajunya, tetapi sempat ditegah oleh Salleh demi menghindarkan habuk jerebu daripada kain. Apabila hendak pergi, Salleh ditanya oleh Upin ke mana hendak pergi. Jawabnya, ke warung Muthu untuk menolong berkemas kerana tiada pelanggan. Setelah Salleh beredar, Upin menanya Kak Ros berapa lama jerebu ini; jawabnya entah. Lalu Kak Ros segera menyuruh adik-adiknya bersambung melipat baju.

Pada malam hari yang sedang hujan lebat, Opah meluahkan harapan agar jerebu akan segera terpadam. Upin dan Ipin girang menyambut baik kemungkinan jerebu reda supaya mereka boleh kembali bersekolah. Kak Ros dengan sindiran menanya mereka adakah seronoknya bercuti; Upin dan Ipin mengiyakan hal itu tetapi terasa rindu dengan kawan-kawan. Opah berpesan kepada cucu-cucunya supaya memakai topeng ke sekolah.

Bahagian 3[]

Captangankusam

Habis kusam semua cap tangan kita...

Keesokan hari pada pagi yang masih berkabut, Upin dan Ipin ke tadika dengan memakai topeng seperti yang disuruh oleh Opah. Sebaik sahaja tiba, mereka mendapati bilik darjah kosong! Lantas mereka digemparkan oleh tangisan Jarjit dari luar, "Dua tiga kucing lari, sudah hilang ibu jari!!!" Rupanya kawan-kawan Upin dan Ipin berkumpul di depan dinding mural cap tangan pelajar tadika (yang dibuat dalam episod "Taman Mesra"). Ehsan menjelaskan bahawa cap ibu jari Jarjit sudah tidak kelihatan. Upin dan Ipin menatap dinding dan memerhatikan rata-rata cap tangannya kusam atau pudar.

Mei Mei turut mengeluh akan cap tangannya yang sudah "tak cantik". Mail segera tampil untuk tolong "mencantikkan" (dengan pen penanda) tetapi segera dihalang oleh Mei Mei dengan geramnya lalu disuruh menghulurkan pen penanda supaya Mei Mei boleh mencantikkannya sendiri. Jarjit dan Fizi turut melakukan yang sama, tetapi perbuatan mereka tidak disenangi oleh Upin dan Ipin. Datangnya pula Cikgu Melati untuk menyuruh murid-muridnya segera ke bilik darjah.

Puncajerebu

Punca jerebu.

Maka kelas dimulakan dengan pembelajaran tentang jerebu, yang mana Cikgu Melati mengajarkan puinca berlakunya jerebu, iaitu pembakaran terbuka di hutan atau sampah-sarap, asap kenderaan, dan lain-lain, ditambah dengan cuaca panas, menyebabkan persekitaran menjadi berhabuk, jarak penglihatan berkurangan dan menyebabkan masalah kesihatan.

Fizi seram melihat dan mendengar apa yang diajarkan lalu bertanya bagaimana untuk menghilangkan jerebu. Cikgu Melati menjawab, jerebu hilang apabila hujan. Upin melanjutkan pertanyaan, bagaimana kalau hujan tiada? Jarjit mengambil kesempatan untuk bergurau senda dengan memetik rangkap katak memanggil hujan dari lagu "Bangau Oh Bangau". Maka gamatlah suasana bilik darjah. Cikgu Melati menjawab pertanyaan Upin dengan pembenihan awan untuk menghasilkan hujan tiruan, tetapi itu tidak akan menjadi jika tiada awan.

Hal itu membuat Ehsan mengeluh bahawa jerebu mungkin akan berlarutan. Justeru, Cikgu Melati berpesan bahawa mencegah lebih baik daripada merawat dalam menjaga alam sekitar. Upin bertanya mengapa jerebu masih ada walaupun hujan lebat malam semalam. Tidak sempat Cikgu Melati menjawab, kedengaran pula suara lantang Guru Besar yang marah bertanya siapa yang telah menconteng dinding. Yang paling seram terdengarnya tak lain tak bukan Jarjit, Fizi dan Mei Mei.

Jerebudahreda

Nikmatnya udara selepas jerebu pergi.

Pada hari kelusaan, redalah jerebu dan kembalilah langit cerah. Upin, Ipin dan kawan-kawan pun kembali bermain di padang bermain. Dalam bermain kejar-kejar, Jarjit terlanggar pondok hingga membuat Mei Mei dan Susanti keluar dengan cemas, tersangka ianya gempa bumi. Selepas itu, Ehsan mempelawa Fizi, Upin dan Ipin untuk makan di warung Muthu. Dalam perjalanan, Setibanya di warung, mereka terlihat paip rokok Ah Tong berasap lalu menegur Ah Tong kerana membuat jerebu. Ah Tong menyanggah mereka lalu menunjuk kepada Muthu yang sedang masak hingga lebih besar "jerebu" dibuatnya. Oleh itu, Upin, Ipin, Ehsan dan Fizi terasa hilang angin untuk makan di gerai Muthu, lalu bercadang untuk ke gerai ayam goreng Mail.

Video[]

Tonton di RCTI+[]

Advertisement