Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement

Mula-mula: Sebelum membuka sebarang halaman baru, pastikan subjek (watak, episod dsb.) yang anda ingin buat rencana baru itu belum ada dalam wiki ini dengan mencarinya di ruangan "Cari dalam Upin & Ipin Wiki" yang berada dekat sudut kanan atas laman. Terdapat sesetengah subjek yang mempunyai lebih daripada satu panggilan oleh itu perlu dibuat lencongan, cth. "Opah" sama dengan "Mak Uda" tetapi gelaran "Opah" jauh lebih kerap diperdengarkan, maka "Mak Uda" harus dilencongkan ke "Opah" dengan menaipkan kod "#REDIRECT Opah" (tanpa tanda petikan) di halaman "Opah".

Dah periksa? Bagus kalau begitu. Untuk membuka laman baru, isikan nama laman itu di sini: <createbox>

 width=35

</createbox>

Anda juga boleh membuka laman baru dengan cara-cara berikut:

  • Buat pautan ke laman lain. Apabila anda menyunting laman yang sedia ada, anda boleh memformatkan kata-kata/ungkapan yang dipilih dengan mengklik butang berupa rantai bersambung di atas ruangan suntingan ini. Selepas anda menyimpan laman, pautan itu menjadi hidup -- tetapi jika ia tidak berpaut dengan laman yang wujud, ia akan membawa anda ke borang mencipta laman baru.
  • Mula dari laman yang sedia ada. Apabila meneliti rencana, anda mungkin terjumpa pautan merah, iaitu laman-lamannya belum dicipta lagi. Apabila mengklik pautan merah, anda akan dibawa terus ke laman yang tersiar "Anda telah mengikuti pautan ke laman yang belum wujud." Apa yang anda cuma perlu buat ialah isikan ruangan sunting, kemudian klik butang Simpan.
  • Taipkan URL. Anda juga boleh pergi terus ke laman lain dengan mengubah URL dalam bar alamat dengan hanya menaipkan alamat: http://ms.upinipin.wikia.com/wiki/Tajuk_Contoh. Jika rencana itu tidak wujud, inilah peluang anda untuk mencipta laman baru.
  • Mulakan di Upin & Ipin Wiki:Kotak pasir. Anda juga boleh mulai menulis rencana baru anda dalam kotak pasir, iaitu kawasan ujian untuk ahli baru. Anda boleh menyunting kotak pasir, bubuh pautan, dan klik pautan itu untuk menambahkan laman baru anda.

Dilarang

  • Menulis/menyunting rencana secara selamba atau selekeh, iaitu dengan menggunakan bahasa pasar, bahasa rojak, bahasa SMS, ejaan salah, tanda baca dan huruf kecil besar tak betul. Hanya bahasa surat boleh digunakan demi mengukuhkan kewibawaan wiki ini.
  • Membuat laku musnah di halaman ini dengan menconteng rencana dengan tulisan yang tidak boleh difahami, kata-kata kesat, menaruh gambar yang tidak elok atau menulis kenyataan-kenyataan fitnah atau dusta dalam wiki ini. Jika ada perkara serius yang hendak dipaparkan dalam wiki ini, sila sokongnya dengan rujukan.

Sebarang tindakan larangan ini akan dipadam dan pembuatnya boleh dikenakan sekatan oleh pentadbir wiki ini.

Advertisement