Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement

"Belajar Sambil Main" (tiga bahagian) ialah episod ke-7, ke-8 dan ke-9 dalam musim ke-8 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Memperkenalkan tablet

Era baru pembelajaran.

Upin dan Ipin tiba di tadika agak lewat, nasib baik guru belum sampai. Apabila ditanya mengapa oleh Mail, jawabnya gara-gara si Ipin yang tercari-cari buku latihan "Mari Mengira"-nya. Fizi mengingatkan, buku itu sudah dihantar tempoh hari. Ini agak memalukan kembar berdua itu, apalagi Upin yang memegang buku "Mari Mengira" yang terlupa dihantarnya. Akhirnya Cikgu Melati datang dengan menyorong peti besi berisi kejutan baru buat murid-muridnya, iaitu "tablet".

Tablet pendidikan

Untuk tujuan pendidikan sahaja.

Seluruh kelas bingung melihat tablet itu, kecuali Ehsan yang dihadiahi tablet oleh ayahnya untuk bermain. Murid-murid diminta supaya mengambil tablet dari peti seorang demi seorang. Atas telunjuk Cikgu, murid-murid memasang tablet dan disambut dengan paparan "Tablet Pendidikan" yang rata-rata berisi bahan pembelajaran. Ehsan meluahkan sedikit rasa kecewa kerana isinya tiada permainan nampaknya. Dengan bimbingan guru kelas, mereka belajar menyeret-nyeret kandungan skrin untuk mendapati pilihan mata pelajaran tadika. Semua murid tidak menghadapi masalah, kecuali Jarjit yang mengeluh tabletnya sudah rosak. Rupanya cara seretnya tidak betul, jadi Cikgu Melati menolongnya.

Seronok tablet ganti buku

Dengan tablet ini, tak payah bawa buku, ringanlah beg.

Cikgu Melati mengumumkan bahawa dengan adanya, mulai hari ini, buku tidak perlu dibawa ke kelas, sebaliknya disimpan di rumah sebagai rujukan. Kenyataan ini amat mengujakan murid-murid, kecuali Mei Mei yang akan terasa rindu pada buku. Tambah Cikgu, murid-murid dikehendaki membawa buku latihan ke tadika, tetapi kali ini murid-murid mula leka menggunakan tablet. Tidak sempat Cikgu memanggil perhatian, loceng pun berbunyi, menandakan waktu untuk pulang. Sebelum itu, Cikgu Melati cepat berpesan kepada murid-murid supaya tidak membawa pulang tablet itu kerana hanya untuk kegunaan di tadika.

Selfie opah

Opah pandai ber-selfie.

Setibanya di rumah, Upin dan Ipin cuba bercerita tentang tablet yang dikenali mereka di tadika kepada Opah dengan huraian yang setepat-tepatnya, tetapi Opah sukar memahami apa yang dimaksudkan cucu-cucunya gara-gara tablet itu tidak dapat dibawa pulang dari tadika. Kak Ros yang baru pulang dari sekolah menunjukkan tablet miliknya, barulah Opah dapat memahami benda yang dimaksudkan oleh Upin dan Ipin. Selepas Upin dan Ipin beredar mengejar tablet Kak Ros, Opah senyap-senyap mengambil gambar wajah sendiri dengan kameranya.

Bahagian 2[]

Selfie ros

Selfie Ros diusik oleh adik-adiknya.

Malam hari setelah menyiapkan kerja rumah, Upin dan Ipin mengisi beg masing-masing dengan hanya sehelai buku latihan sambil tertunggu-tunggu Kak Ros keluar. Kak Ros pun muncul di ruang tamu dan duduk di atas kerusi bersama tabletnya. Upin dan Ipin pergi ke belakang kerusi itu, tanpa menyedari Kak Ros hendak mengambil gambar sendiri (dengan lensa memandang ke arah mukanya) hingga tertangkap adik-adiknya.

Gembiranya tablet ada gem

Seronoknya teknologi terbaru ini.

Ini membuat Kak Ros tidak senang dan terpaksa memadamkan gambar itu, kemudian mengambil semula untuk ditunjukkan kepada adik-adiknya. Selain itu, Kak Ros menunjukkan beberapa lagi ciri-ciri tabletnya iaitu bermain muzik, video, dan game (permainan video). Sebutan "game" membuat Upin dan Ipin teruja dengan kemungkinan bermain dengan tablet di sekolah hingga mereka melompat-lompat dengan kegembiraan, sambil diambil gambar dengan tablet oleh kakak mereka.

Keesokan hari di tadika, murid-murid kelas Aman tidak sabar menunggu kedatangan guru di depan peti tablet yang dikunci. Akhirnya Cikgu Melati datang dengan disambut oleh murid-murid yang begitu bersemangat, kemudian dia membuka kunci peti simpanan tablet untuk dikumpul oleh murid-murid. Selepas itu, Cikgu Melati meminta murid-murid untuk memasang tablet mereka untuk belajar membaca. Sekali terdengar "membaca" membuat seluruh bilik darjah bergema dengan keluhan.

Apapun, Cikgu Melati membimbing mereka untuk membuka halaman lagu dalam tablet, kerana dia mahu mengajak murid-murid untuk membaca sambil menyanyi, sekali gus menggamit semula minat pelajar untuk belajar dengan tablet. Lagu yang dipilih ialah lagu nyanyian anak yang cukup dikenali ramai iaitu "Bangau Oh Bangau". Cikgu Melati memimpin dengan menyanyikan rangkap tanya sambil memilih satu demi satu murid untuk menyanyi balas.

Bahagian 3[]

Setelah puas menyanyikan "Bangau Oh Bangau" ramai-ramai, murid-murid kelihatansemakin leka mencari-cari permainan dalam tablet, tetapi kecewa kerana tidak satu pun yang ditemui. Ipin bertanya tiadakah permainan dalam tablet. Setelah berfikir sebentar, Cikgu Melati memimpin murid-murid untuk menekan aplikasi Matematik untuk "belajar sambil main".

10 tolak 7

Kira-kira dengan tablet.

Soalan pertama dari tablet, "10 tolak 3, tinggal berapa katak?" Cikgu menunjuk cara kepada murid-murid dengan menyeret seekor demi seekor 'katak' dalam skrin. Pengajaran ini kelihatan lancar pada mulanya, tetapi apabila Cikgu Melati bertanyakan jawapan kepada Mei Mei, dengan gempar jawabnya "kosong". Alasan Mei Mei, dia tidak suka pada katak. Seluruh kelas tergelak kerenah Mei Mei, tetapi Fizi leka terikut-ikut langkah Mei Mei hingga dia menolak semua 'katak'-nya, kemudian mengusik tablet Ehsan untuk membuat perkara sama sampai Ehsan menangis!

Ipin jawab betul

3 + 5 = 18! Gurau je...

Keadaan ini agak meresahkan Cikgu Melati, hingga dia memilih Upin untuk menjawab dan menerima jawapan yang betul, baru lega rasanya. Soalan seterusnya, "3 tambah 5" jumlah ikan. Kali ini, Cikgu Melati cuba memimpin kiraan dengan betul-betul. Akan tetapi, masalah timbul lagi apabila Jarjit tersalah tekan hingga hilang 'ikan'-nya. Ehsan pula terlebih kira ikan yang harus ditambah. Cikgu Melati bertanya jumlah, tetapi berlainan pula jawapan murid-muridnya, membuatkan dia terasa geram. Dalam kekecohan ini, Ipin mengambil kesempatan untuk bergurau pada cikgu dengan menjawab "lapan...belas".

Cikgu Melati cuba memimpin murid-muridnya untuk mengira betul-betul, "jangan main-main". Fizi keliru terdengar kata-kata itu hingga ;berkira' kepada gurunya. Ini membuat Cikgu Melati geram lalu menyuruh murid-murid untuk menyiapkan kerja rumah Matematik selama 10 muka surat. Maka mengeluhnya satu kelas dengan tambahan beban kerja yang dikenakan itu.

Kak dengar tak

Lekanya bermain tablet hingga tak dengar adik sendiri panggil.

Pada malam hari itu ketika mereka sedang membuat kerja rumah, perhatian Upin dan Ipin teralih oleh suara Kak Ros yang kelihatan bermain tablet sambil memakai hedfon. Upin dan Ipin cuba berkali-kali mendapatkan perhatian Kak Ros, tetapi langsung tidak berhasil gara-gara hedfon itu. Dengan menarik tali hedfon barulah Kak Ros sedar. Setelah itu, Upin bertanya tiadakah Kak Ros membuat kerja sekolah; jawabnya dia menggunakan tablet untuk melayari Internet untuk membantu pelajaran.

Tablet kak ros

Tablet digunakan untuk menimba ilmu.

Upin dan Ipin tertanya-tanya mengapa tidak dapat membawa tablet pulang ke sekolah seperti kakak mereka. Pada masa yang sama, Opah muncul di ruang tamu dan berpesan kepada Upin dan Ipin "secanggih-canggih tablet, kena guna buku juga" supaya mereka pandai menulis. Tambah Ros, Upin dan Ipin masih kecil untuk memiliki tablet, takut-takut digunakannya untuk leka bermain hingga kerja rumah terabai.

Oleh itu, Upin dan Ipin dengan muram menerima nasihat orang-orang tua mereka dan beredar. Sementara itu, Kak Ros dengan senyap memasang kembali permainan dalam tabletnya, kemudian tiba-tiba ditangkap oleh Upin dan Ipin yang geram.

Video[]

TV9_Promo_-_Upin_&_Ipin_Episod_Baharu,_5_-_7_Jun_5.30petang

TV9 Promo - Upin & Ipin Episod Baharu, 5 - 7 Jun 5.30petang

Advertisement