Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement

"Bila Besar Nanti" (tiga bahagian) ialah episod ke-19, 20, 21 dalam musim ke-4 daripada siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan. Episod-episod ini ditayangkan khas sempena Aidilfitri, sejurus selepas "Menjelang Syawal".

Ringkasan[]

Bahagian 1[]

Cikgu Jasmin mengajar apa itu cita-cita, lalu menyuruh murid-murid agar melukis gambaran cita-cita masing-masing untuk kelas pendidikan seni keesokan harinya. Untuk meningkatkan kefahaman mereka mengenai topik ini, Upin dan Ipin bertanya kepada Kak Ros dan Opah.

Bahagian 2[]

Upin dan Ipin dimarahi Kak Ros kerana tergelak cita-cita Kak Ros menjadi doktor. Apapun, mereka tetap memikirkan cita-cita sendiri untuk dilukiskan pada hasil seni mereka untuk kelas esok. Pada pagi keesokannya, murid-murid memperdengarkan cita-cita mereka: Ehsan hendak menjadi tukang masak selebriti; Fizi hendak menjadi pengumpul sampah demi kebersihan alam.

Bahagian 3[]

Jarjit melukis gambar polis menahan penjenayah, kemudian berolok-olok menjadi wartawan di depan satu kelas yang tertanya-tanyakan isi gambarnya. Giliran Upin dan Ipin membentangkan cita-cita mereka bersama-sama: Upin hendak menjadi angkasawan negara, dan Ipin pula hendak menjadi saintis roket.

Senarai Cita-cita[]

  • Mei Mei, seorang guru.
  • Ehsan, seorang tukang masak.
  • Fizi, seorang pengutip sampah.
  • Jarjit, seorang wartawan.
  • Upin, seorang angkasawan.
  • Ipin, seorang saintis roket.
  • Mail, seorang usahawan yang berjaya. (rujuk episod Terima Kasih Cikgu!)

Video[]

Upin_&_Ipin_S4_-_Bila_Besar_Nanti_(Bahagian_1)

Upin & Ipin S4 - Bila Besar Nanti (Bahagian 1)

Upin_&_Ipin_S4_-_Bila_Besar_Nanti_(Bahagian_2)

Upin & Ipin S4 - Bila Besar Nanti (Bahagian 2)

Upin_&_Ipin_S4_-_Bila_Besar_Nanti_(Bahagian_3)

Upin & Ipin S4 - Bila Besar Nanti (Bahagian 3)

Advertisement