Wikia

Upin & Ipin Wiki

Cerita Kami

Bincang0
175laman di
wiki ini
"Cerita Kami"
Episod Upin & Ipin
No. episod 34, 35, 36
Tarikh siaran asal 17 Disember 2011

"Cerita Kami" ialah episod ke-34, 35 dan 36 dalam musim kelima siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan.

PlotSunting

Bahagian 1Sunting

U iulardantangga

Upin dan Ipin bermain ular dan tangga.

Di bilik Kelas Aman Tadika Mesra, Upin dan Ipin bermain ular dan tangga dengan kawan-kawan mereka. Ipin yang buahnya cuma empat langkah jauhnya daripada petak penamat melambung dadu dan mendapat enam, jadi dia dengan sukacitanya mengalihkan buahnya melepasi batas papan permainan. Akan tetapi, dia dikira tidak menang kerana langkah lebihan itu perlu diundur dari petak penamat. Setelah dipesan oleh Fizi bahawa pemain yang mendapat enam pada dadu boleh melambung lagi. Namun begitu, Ipin berulang-ulang mendapat enam sahaja sampai pemain lain penat menunggu giliran.

Ehsan selaku ketua kelas melangkah masuk ke dalam bilik darjah dan menyuruh murid-murid yang lain supaya menyiapkan kerja matematik, sementara Cikgu Jasmin bermesyuarat dengan Guru Besar dan guru-guru lain. Ketika tengah menjawab soalan-soalan yang diberikan itu, Cikgu Jasmin pun masuk kelas dan mengumumkan kepada mereka bahawa pihak tadika akan menganjurkan persembahan sempena akhir tahun persekolahan kelak.

Caburanbertuah

Murid-murid mencabut wataknya untuk pementasan kelak.

Pementasan tersebut ialah muzikal "Kisah Penggembala dan Serigala". Cikgu Jasmin mengedarkan kertas yang tertulis watak yang diberi kepada murid-muridnya. Ijat yang biasanya berat mulut itu tampil sebagai pencerita, membuat seluruh kelas terkejut. Upin dan Ipin dipilih sebagai orang kampung, manakala Jarjit menjadi gembala. Mei Mei, Ehsan dan Fizi menjadi biri-biri, sementara Mail menjadi serigala. Susanti, Devi dan Nurul menjadi bunga. Mei Mei tidak suka dengan watak biri-biri dan meminta supaya wataknya ditukar, tetapi dia dipesan oleh Cikgu Jasmin supaya menerima peranan itu, apatah lagi diejek oleh Mail. Murid-murid sekalian diminta supaya membuat persediaan yang secukupnya untuk pementasan itu kelak.

Bahagian 2Sunting

Selepas waktu sekolah, Upin dan Ipin mendapat keizinan daripada Kak Ros untuk "membuat kerja rumah" di luar, mereka berjumpa dengan kawan-kawan dekat pondok dengan bahan-bahan kadbod dan kotak kosong untuk dijadikan busana. Mei Mei telah menyiapkan topeng biri-biri, tetapi masih beria-ia untuk menolak watak biri-biri. Akan tetapi, setelah dipuji oleh kawan-kawannya kerana pandai meniru suara biri-biri, Mei Mei akhirnya menerima watak itu dengan hati terbuka.

Sallehukur

Salleh mengukur badan kanak-kanak untuk kostum.

Kegiatan Upin, Ipin dan kawan-kawan mereka turut dilihat oleh Abang Salleh yang kebetulan tiba di situ. Dia membidas hasil busana buatan mereka yang kurang memuaskan, dan menjanjikan busana yang lebih cantik kepada mereka. Selepas mengambil ukuran kanak-kanak itu, Salleh turut membantu Ijat memperhalusi kemahiran berucapnya selaku pencerita.

Akhirnya, hari penuh gemilang pun tiba. Guru Besar mempersembahkan "Kisah Gembala dan Serigala" kepada para ibu bapa murid-murid. Akan tetapi, persembahan tidak bermula dengan cukup lancar.

Bahagian 3Sunting

Kisahpenggembala

Pementasan Kisah Penggembala dan Biri-Biri.

Setelah tergagap-gagap buat seketika, Ijat akhirnya sempat berucap dengan lancar untuk memperkenalkan Jarjit si gembala bersama biri-biri yang bernyanyi dengan gembira bersama di depan para penonton. Semua pelakon memakai busana yang ditempah khas oleh Abang Salleh. Sebagai gembala yang suka bergurau, Jarjit berteriak akan kedatangan serigala semata-mata untuk mengusik para orang kampung yang diperan oleh Upin dan Ipin. Pada kali kedua dia berbuat demikian, watak-watak bunga cuba menegahnya, tetapi dia tidak menghiraukan mereka dan sekali lagi membuat Upin dan Ipin leceh sampai tidak mahu mempercayai gembala itu lagi.

Cahaya pentas pun dimalapkan, dan datanglah watak serigala yang dipegang oleh Mail untuk mengejar-ngejar biri-biri dan membuat Jarjit cemas dan benar-benar meminta tolong. Upin dan Ipin pada mulanya enggan percaya, tetapi setelah mendapat tahu apa yang berlaku, semuanya sudah terlambat buat si gembala. Pementasan ini diakhiri apabila Upin dan Ipin berpesan kepada para penonton supaya jangan mencontohi sikap si gembala dalam cerita.

KesilapanSunting

  • Di babak pertama, setelah diundurkan dua langkah oleh Mail mengikut peraturan "langkah lebihan" ular dan tangga, buah Ipin berada di petak yang ada kepala ular, tetapi dibiarkan sahaja sementara Ipin diberi lambungan percuma kerana mendapat enam pada dadu. Sepatutnya buah itu diturunkan melalui ular itu ke petak yang ada ekornya.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak