Upin & Ipin Wiki
Advertisement


"Dah Bocor?" merupakan episod ke-10, ke-11 dan ke-12 dalam siri Upin & Ipin musim kesembilan.

Plot

Bahagian 1

Pada suatu petang yang mendung, Upin dan Ipin bersama kawan-kawan bermain lompat-lompat, iaitu bertanding siapa paling jauh melompat dari buaian tayar. Dalam bermain, Ehsan naik cemburu kerana tidak dapat menyaingi Upin dan Ipin walaupun berkali-kali mencuba. Tetapi akhirnya yang menang adalah Fizi. Tiba-tiba sahaja hujan turun, membuat semua orang berlintang-pukang pulang ke rumah masing-masing.

Pada malam hari yang masih berhujan lebat sejak petang tadi, Upin dan Ipin bersambung main lompat-lompat dengan kerusi di ruang tamu. Sungguh kuat gema lompatan mereka hingga terasa oleh Kak Ros dan Opah di bilik dapur. Maka Opah pun keluar dan menegur tindakan mereka.

Upin dan Ipin memberikan alasan bahawa mereka sedang berlatih, tetapi Opah berpesan lagi bahawa gelagat lompat-lompat mereka itu berbahaya dan jangan dilakukan lagi. Tetapi setelah Opah beredar, Upin dan Ipin bersambung main lompat-lompat di koridor tanpa kerusi, hinggalah Ipin terpijak kaki Ros yang sedang keluar.

Pagi keesokannya, Upin dan Ipin bangun lalu mendapati katil mereka basah di sebelah Ipin. Maka Upin pergi meminta tolong dengan Opah. Ros pun datang menjenguk dan setelah diberitahu Upin terkencing malam, Ros pun marah.

Bahagian 2

Di siang hari, Upin dan Ipin bermain kejar-kejar di halaman rumah, sementara Kak Ros mencuci tilam mereka yang basah. Opah muncul di anjung dan memesan mereka supaya jangan bermain lompat-lompat sebelum waktu tidur untuk menghindari kencing malam. Selepas Opah masuk balik, Upin dan Ipin bersambung main. Leka sungguh mereka bermain hingga terlanggar Kak Ros dan membuatnya basah dengan air hos.

Maka Upin dan Ipin berlari dari kemarahan Ros ke arah tempat Ehsan dan yang lain bermain guli. Setelah tiba Upin menceritakan hal Ipin terkencing malam semalam, membuat semua kawan-kawan riuh dengan gelak ketawa dan Ipin terasa malu. Mail berpesan kepada mereka bahawa dahulu dia pernah kencing malam, tetapi setelah dilarang minum air sejuk dan disuruh pergi tandas sebelum tidur, malah dilarang melompat-lompat, tiadalah kencing malamnya.

Fizi juga mengingatkan Upin dan Ipin mengenai bau hancing dari kencing malam itu. Jadi Upin dan Ipin pulang petang hari dan menghidu-hidu tilam mereka yang sedang dijemurkan. Tiadanya bau hancing, sebaliknya harum. Ros pun muncul dan berkata tilam itu sudah dicuci. Maka Upin dan Ipin berterima kasih kepada mereka.

Malamnya hujan turun lagi. Upin dan Ipin terjaga oleh tilam basah lagi, kali ini di sebelah Upin. Kali ini sahlah bukan berpunca daripada kencing malam, sebaliknya atap bocor. Maka Opah datang untuk menadah air bocor. Ros bercadang supaya adik-adiknya tidur di ruang tamu, jadi Upin dan Ipin gembira kerana dapat menonton TV sambil berbaring. Akan tetapi keriangan mereka hanya sementara setelah didapati seluruh ruang tamu ditimpa air hujan!

Bahagian 3

Upin, Ipin, Opah dan Kak Ros mengalihkan semua perabot dan kelengkapan daripada terkena air sambil menyiapkan besen untuk menadah air bocor. Upin dan Ipin mengambil kesempatan untuk bermain air hingga ditegur oleh Kak Ros. Tiba-tiba sahaja lampu terpadam. Rupanya Opah mematikan bekalan elektrik kerana takut akan lintar pintas.

Keesokan harinya, Upin, Ipin dan Ros berkunjung ke gerai Muthu, di mana Tok Dalang sedang membaiki atap gerainya. Upin dan Ipin bertanyakan khabar kepada Tok Dalang, tetapi pada masa yang sama, Salleh yang tolong memegang tangga untuk Tok Dalang tersedut habuk dari kerja menukul Tok Dalang di atas lalu bersin, menyebabkan dia terlepas tangga dan membuat Tok Dalang jatuh.

Nasib baik Tok Dalang tidak apa-apa, bolehlah dia mendengar cerita daripada Ros dan adik-adiknya mengenai peristiwa kebocoran atap semalam. Oleh itu Tok Dalang sudi menolong mereka membaiki atap rumah bersama Salleh. Salleh melenguh terdengar kata-kata Tok Dalang itu tetapi tetap sudi mengikut.

Maka Tok Dalang dengan bantuan Salleh menggantikan genting-genting atap yang kebocoran di atas ruang tamu dan bilik Upin dan Ipin. Setelah siap, Kak Ros menjemput Tok Dalang untuk makan sejenak bersama keluarganya di mana Opah berterima kasih sementara Upin dan Ipin memuji kehebatan Tok Dalang. Dalam makan terlupa pula Salleh yang tergantung pada dinding rumah setelah puas menyokong Tok Dalang!

Advertisement