Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement

"Daun Hijau" (tiga bahagian) ialah episod ke-22, ke-23 dan ke-24 (episod ke-8 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-7 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Rostersinggungolehsalleh

Salleh terlanjur kata...

Kak Ros membawa sebakul makanan bungkus ke warung Muthu, sambil berpesan kepada tauke kedai itu bahawa adik-adiknya Upin dan Ipin pergi ke dusun. Ros juga sempat bertemu dengan Salleh yang sedang menjamu selera di warung tersebut, lalu memintanya untuk membawa kain ke rumahnya untuk dijahit baju (dan menyiapkan kain itu mengikut ukuran lama). Ujar Salleh, ukuran lama itu sudah "lama sangat, manalah tahu..." Kata-kata itu menyinggung Ros hingga dia hendak menampar Salleh, tetapi sekali dia mengangkat tangan, Salleh terjatuh dari bangku. Maka Ros beredar dengan rasa kesal.

Sekembali di rumah, Ros mencari-cari alat penimbang lamanya di seluruh rumah. Rupanya ia terletak di bawah tangga dapur. Maka Ros berdiri di atasnya untuk menimbang berat badannya. Bacaan penimbang pada 70kg membuat Ros berteriak lantang lalu menarik perhatian Opah. Setelah ditanya, Ros menjawab Opah bahawa dia terjumpa lipas sambil mengetepikan alat penimbang itu ke bawah tangga dapur dengan kura kakinya. Opah memberi Ros sejambak sayur yang dipetiknya dari kebun; Ros begitu mujur menerima sayur itu.

Rosmakansayurje

Ros makan sayur je?

Sewaktu makan malam, Upin dan Ipin dihairankan oleh tindakan Ros yang hanya mengambil sayur pada pinggannya. Jelas Ros, sayur itu menyihatkan badan. Upin membalas bahawa kakaknya sudah pun sihat, tetapi itu membuat Ros melenting. Opah sempat menenteramkan Ros sambil berpesan pada cucu-cucu ciliknya supaya mengambil sayur sekali. Upin dan Ipin turut menceritakan pada Opah dan Kak Ros bahawa mereka dipesan untuk membawa sayur-sayuran hijau ke kelas keesokan hari. Maka Kak Ros dengan sinisnya memberi adik-adiknya sayur ke atas pinggan.

Tahanpahit

Kepahitan yang tidak disangka-sangka.

Keesokan hari sebelum pelajaran bermula di Tadika Mesra, Jarjit dengan hairan bertanya Dzul, "Dua tiga ikan laga, itu sayur sedapkah?" Jawab Dzul, sedapnya tidak berapa, tetapi yang penting adalah khasiatnya, bak kata neneknya. Upin, Ipin, Jarjit dan Ehsan ingin merasa sehelai sayur yang dimakannya, tetapi lain yang diharapkan, lain pula yang jadi. Kepahitannya sukar ditahan oleh mereka berempat.

Bolehbuatjuskah

Kangkung boleh buat juskah?

Cikgu Melati memulakan pelajaran tentang khasiat sayur serta bertanya kepada murid-murid sama ada mereka suka makan sayur. Rata-rata pelajar seram menjawab "TAAAK!!!" (kecuali Mei Mei yang membalas "Saya suka"). Cikgu Melati gamam terdengar jawapan mereka lalu bertanya mengapa. Maka mereka menuding jari ke arah sayur Dzul. Cikgu Melati mendekati meja Dzul lalu menjelaskan bahawa sayur yang dimakannya ialah pegaga yang boleh dibuat ulam atau jus – jus pegaga kegemaran Cikgu. Mail turut mengujar bahawa dia turut menjual pegaga untuk "dua seringgit".

Inisayurdaunhijau

"Ini sayur daun hijau!"

Mei Mei menunjukkan kangkung sambil bertanya sama ada ia sesuai dibuat jus. Jelas Cikgu Melati, bukan semua sayur sesuai dibuat jus. Mail sempat memerli Mei Mei tentang itu. Cikgu Melati menyuruh semua murid lain mengeluarkan sayur masing-masing, lantas terlihat sebungkus sayur di atas meja Upin dan Ipin dan menanya mereka jenis apa sayur itu. Upin dan Ipin tidak tahu nama jenis sayur mereka, maka Upin berikhtiar dengan menjelaskan bahawa sayurnya "sayur daun hijau". Ini membuat seluruh bilik darjah terbahak-bahak menggelakkan Upin.

Banyaknyasayur

Banyaknya sayur!

Sekembali dari kelas, Upin dan Ipin bertanya pada Opah jenis apa sayur yang mereka bawa ke tadika ini. Jawab Opah, ini bayam. Ujar kembar itu lagi, mereka ditugaskan untuk belajar nama sayur-sayuran dengan khasiat masing-masing untuk kerja sekolah esok. Opah menjemput mereka ke kebun petang nanti untuk tujuan itu.

Bahagian 2[]

Sayuriturezeki

Upin dan Ipin menolong Opah memungut sayur.

Petang hari, Upin dan Ipin mengikut Opah ke kebun belakang rumah mereka lalu terus kagum melihat betapa banyaknya sayur-sayurnya yang ditanam di situ. Mula-mula sekali, mereka berdua tertarik cili dan tomato yang merah-merah belaka. Tetapi sekali menghidu bau sebiji tomato sahaja, Upin tiba-tiba terasa jelik dengan bau busuknya, lalu teringat akan masa mereka dibasahi baja tahi ayam dalam episod "Berkebun". Rupa-rupanya pokok tomato telah disirami oleh Ros dengan baja yang sama. Ros terlihat adik-adiknya lalu meminta mereka tolong menyiram. Itu membuat Upin dan Ipin rasa jelik lagi. Mujurlah Opah sempat memanggil Upin dan Ipin ke sampingnya.

トマトウーマン

Tomato Woman!

Setibanya di sisi Opah, Upin dan Ipin diminta untuk menolong Opah memetik sayur di hadapan mereka, cukup untuk makan malam nanti. Upin dan Ipin mengujar bahawa mereka tidak makan sayur kerana tidak sedap. Nasihat Opah pada mereka, sayur itu adalah rezeki yang banyak khasiatnya. Tambah Kak Ros yang berjalan lalu, dengan tomato sebagai contoh, kulit akan jadi lebih licin. Ujaran Kak Ros itu membuat Upin dan Ipin mengekek sambil terbayangkan wajah Kak Ros berkepala tomato!

Kak Ros berbisik, tomato boleh menguruskan badan. Upin dan Ipin terdengar itu dan mengambil kesempatan untuk bertanya sama ada itu benar. Kak Ros segera beralih kepada lobak merah yang 'baik untuk mata', malah sedap jika dibuat jus campur susu. Upin menuding kepada pokok cili sambil bertanya sama ada itu boleh dibuat jus; jawab Ros, "mana boleh?"

Cendawanliar

Cendawan liar yang beracun.

Ipin didapat perhatian oleh suatu tumbuhan berbentuk kelopak dan berkelompok yang hinggap di atas balak kayu, lalu memungut sekepingnya untuk ditanyakan pada Kak Ros sama ada benda itu boleh dibuat jus. Jawab Ros lagi, itu ialah cendawan liar yang tidak boleh dimakan atau dibuat jus. Upin hairan tertanya kenapa Mail boleh menjualnya. Jelas Opah, sesetengah cendawan itu beracun, tetapi yang dijual oleh Mail itu cendawan tiram yang sesuai dimakan. Sekali terdengar 'racun', Ipin melemparkan cendawan yang dipegangnya ke belakang. Setelah mula bekerja di kebun, Upin dan Ipin tersalah cabut rumput lalu menunjukkannya kepada Opah; Opah sempat membetulkan kesilapan mereka. Kak Ros mengekek memerli gelagat adik-adiknya, malah membandingkan mereka dengan lembu dengan "rumput tu, kau (cow) makan, muuu..."

Upinipinmakansayur

Upin dan Ipin memberanikan diri dengan makan sayur.

Sekembali ke bilik dapur, Kak Ros senyap-senyap mengeluarkan alat penimbang untuk menimbang semula berat badannya. Sukatannya masih pada 70kg, membuat Kak Ros cepat mengawal pekikannya supaya tidak disedari Opah dan adik-adiknya.

Makan malam, Upin dan Ipin kecewa kerana tidak dihidangi ayam goreng, sebaliknya hanya nasi dengan sayur-sayuran. Mereka melenguh kerana sayur itu pahit atau tawar, bagai rumput. Nasihat Opah lagi, sayur itu mesti dimakan kerana berkhasiat, malah ada jenis sayur-sayuran yang sedap, sambil mengagihkan sepotong-sepotong tomato dan lobak merah yang dicabut oleh Upin dan Ipin tadi. Maka Upin dan Ipin dengan berat hati mencuba sayur yang diberikan. Hasilnya...

Bahagian 3[]

Jarjitseimbang

Pemakanan seimbang mengikut Jarjit.

Keesokan hari, Upin dan Ipin menceritakan kisah sayur mereka dengan kawan-kawan. Ulas mereka, tomato itu masam, manakala lobak merah pula 'bolehlah'. Mail mengajak kembar itu untuk membeli sayur dari gerainya untuk "dua singgit". Mei Mei memetik pesan ibunya bahawa apa sahaja makanan boleh dimakan asalkan seimbang. Jarjit cuba mentafsir apa yang disebut oleh Mei Mei tentang pemakanan seimbang, iaitu "petang makan dua aiskrim, malam makan dua aiskrim". Upin dan Ipin membuat analogi, "kalau petang makan sayur, malam pun kena makan sayur."

Tiba-tiba, Cikgu Melati muncul di depan murid-murid lalu membetulkan mereka bahawa pemakanan seimbang itu adalah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan, dengan khasiat-khasiatnya sekali. Tanya Fizi, bagaimana jika tidak seimbang; jawab Ipin, badan akan sakit. Maka Cikgu Melati berpesan pada murid-murid supaya tidak makan secara berlebihan.

Tokdalangangkatberat

Tok Dalang menunjukkan faedah makan sayur.

Sewaktu pulang ke rumah, Upin dan Ipin terlihat motosikal meluru keluar dari rumah Tok Dalang lalu pergi ke situ. Apabila ditanya, Tok Dalang berkata dia duduk-duduk sambil menunggu Ah Tong mengumpul botol lama. Tok Dalang bertanya balik apa yang dipelajari oleh kembar itu di tadika. Jawab mereka dengan muramnya, belajar tentang sayur. Tok Dalang berpesan kepada mereka betapa pentingnya makan sayur, supaya badan kuat, mata sihat dan otak cerdas, tetapi Upin dan Ipin memerlinya kerana badan kurus. Untuk itu, Tok Dalang mengangkat kotak botol lama itu bagaikan ahli angkat berat demi memperlihatkan kebaikan makan sayur kepada mereka.

Tambahan pula, Tok Dalang mengajak Upin dan Ipin meneka apa yang berada di atas pokok dari jauh. Teka Upin, "macam burung." Jawapan betul Tok Dalang, "tupai". Maka mereka pergi dekat pada pokok itu lalu melihat sesungguhnya seekor tupai yang sedang makan rambutan. Maka Upin dan Ipin memuji ketajaman penglihatan Tok Dalang yang dikatakan hasil daripada makan lobak merah. Upin menduga Tok Dalang dengan soalan matematik, "2+9-8 berapa?" Sambil itu, datangnya Ah Tong dengan basikal, menarik perhatian Tok Dalang yang meminta mereka mengira sendiri. Upin memerli Tok Dalang kurang cerdas kerana tidak makan tomato.

Penimbangrosak

Penimbang rosak rupanya...

Petang hari di rumah, Ros menggemparkan keluarganya dengan teriakan yang lebih kuat. Opah, Upin dan Ipin berjalan ke bilik Ros lalu mendapat khabar bahawa berat badan Ros naik dari 70kg semalam ke 80kg! Upin pergi menimbang sendiri dengan alat penimbang itu, lalu mendapat sukatan 100kg. Ujar Opah, alat penimbang itu tentu rosak. Ros menimbang semula dan mendapat pula 20kg.

Waktu makan malam, Upin dengan sinis berpesan pada Ros supaya jangan hanya makan ayam, sebaliknya makan dengan seimbang seperti yang ada pada pinggannya. Opah memuji cucu-cucunya kerana pandai mengenali sayur dengan peribahasa "tak rasa maka tak suka". Tambah Upin, mereka disuruh membawa buah-buahan ke tadika esok. Balas Opah, perlulah mereka ke dusun Tok Dalang.

Trivia[]

  • Sang Tupai dari Pada Zaman Dahulu membuat kemunculan dalam bahagian tiga.

Video[]

Promo_Upin_Ipin_Musim_7_-_Daun_Hijau_14_Sept_2013,_6.30pm,_TV9

Promo Upin Ipin Musim 7 - Daun Hijau 14 Sept 2013, 6.30pm, TV9


Tonton di RCTI+[]

Advertisement