Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement

"Demi Metromillenium" (enam bahagian) ialah episod ke-37, 38, 39, 40, 41 dan 42 dalam musim ke-4 daripada siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan.

Ringkasan[]

Bahagian 1[]

Ketika semua kawan-kawan tengah bermain gasing, Ehsan muncul untuk memperagakan kostum Sarjan Husin 3000 yang baru dan mahal dan dibeli oleh bapanya. Sungguhpun tidak mampu membeli baju sedemikian, namun Upin dan Ipin mendapatkan kostum mereka sendiri dengan barang-barang terpakai di rumah, supaya mereka juga boleh bermain sebagai polis masa depan di Kota Metromillenium.

Bahagian 2[]

Sarjan Upin dan Sarjan Ipin ditugaskan menyiasat kejadian pencerobohan di Pusat Janakuasa Petromileni. Mereka terpaksa berlawan dengan tiga ekor robot yang membuat kerja laku musnah dan mencuri untuk seorang penyangak yang berjambul ungu.

Bahagian 3[]

Prof. Jarjit Singh menjelaskan kepada Sarjan Upin dan Sarjan Ipin, bahawa pihak Petromileni kecurian sejenis ciptaan berbentuk gasing yang bernama Leucadendron Vroom Vroom, yang dikhususkan untuk menjana bekalan tenaga elektrik seluruh kota Metromillenium; tanpa benda itu, maka satu kota hilang elektrik, melainkan ada penjana simpanan yang berbentuk hamster dalam bebola. Sarjan Upin dan Ipin mengimbas bangkai robot dengan kaca mata mereka untuk menghantar maklumat untuk diselidik oleh Dr. Ehsan dan Fizi.

Bahagian 4[]

Dengan bantuan maklumat yang ditemui oleh pasukan Dr. Ehsan dan Fizi, Sarjan Upin dan Ipin boleh menjejak semula bagaimana robot-robot itu boleh memasuki Pusat Janakuasa dengan begitu mudah dan apa tujuan mereka berbuat demikian. Mereka teringatkan bagaimana mereka mematikan seekor robot itu dengan tercabut engkol di belakangnya, supaya Prof Jarjit boleh membayangkan siapa dalang di sebalik kecurian peranti seakan gasing itu.

Bahagian 5[]

Berasaskan petunjuk-petunjuk yang dikupas setakat ini, Sarjan Upin dan Ipin bergegas ke sebuah kedai antik yang cukup mencurigakan. Rupa-rupanya di bawah kedai antik inilah tersembunyinya markas penyangak yang dicari-cari, iaitu Dr. Sally, seorang saintis yang disanjungi oleh pihak bandaraya pada suatu ketika dahulu, sehingga kecemerlangannya diatasi oleh Dr. Jarjit Singh dan diketepikan begitu sahaja. Dr. Sally mengurung Sarjan Upin dan Ipin dalam sangkar sambil menghidupkan mechanya yang dijana kuasa oleh peranti yang dicurinya.

Bahagian 6[]

Sarjan Upin dan Ipin berjaya melepaskan diri daripada kurungan masing-masing, tetapi Dr. Sally sudah pun mengganas di kota dengan mecha gergasi yang dipandunya. Mereka berdua bertungkus lumus untuk mematahkan serangan jentera Dr. Sally sehingga berjaya ... sebelum Kak Ros memanggil mereka balik ke rumah.

Video[]

Advertisement