Fandom

Upin & Ipin Wiki

Di Sebalik Tabir

210laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share
"Di Sebalik Tabir"
Episod Upin & Ipin
1011 title.jpg
No. episod 31, 32, 33
Tarikh siaran asal 10 Disember 2016

"Di Sebalik Tabir" merupakan episod ke-31, ke-32 dan ke-33 dalam siri Upin & Ipin musim kesepuluh. Episod ini bertemakan wayang kulit.

Sinopsis

Upin dan Ipin mengenali seni wayang kulit tradisional. Untuk menenangkan hati seorang penggiat wayang kulit yang marah kerana rosak alatan wayang kulit miliknya, mereka berikhtiar untuk mengadakan pertunjukan wayang kulit sendiri.

Plot

Bahagian 1

Upin dan Ipin bermain polis dan pencuri bersama Ehsan, Fizi, Mail dan Jarjit, apabila Ipin terjumpa sebuah patung wayang kulit yang terbiar di bawah sebuah pondok yang berdekatan. Patung tersebut patah di bahagian hidungnya.

Tiba-tiba sahaja datangnya seorang tua yang tidak dikenali, marah-marah datang merampas patung itu dan memarahi budak-budak berenam kerana tidak menjaga harta warisan dengan baik. Ini membuatkan Upin dan Ipin rasa hairan, jadi mereka bercadang untuk bercerita kepada Tok Dalang tentang hal ini.

Bahagian 2

Ketika bercerita kepada Tok Dalang di rumahnya, Upin dan Ipin bertemu semula dengan orang tua tadi yang masih marah-marah atas perbuatan yang disyaki pada kembar tersebut. Rupa-rupanya orang tua ini Tok Mat, seorang kawan lama Tok Dalang yang sama-sama bergiat dalam seni wayang kulit.

Tok Dalang mengajak Upin dan Ipin menonton persembahan wayang kulit dua orang tua, tetapi sekali lagi Ipin merayau ke sebalik layar wayang lalu tersandung tiang layar, menyebabkan layar jatuh dan Tok Mat marah semula dan menghalau kembar itu pergi. Setelah mendengar cerita itu, Opah menegur cucu-cucunya supaya jangan sentuh sana-sini ketika berada di rumah orang lain.

Bahagian 3

Pada malam hari, Ros tercari-cari cadar putih yang disidainya siang lepas. Rupa-rupanya Upin dan Ipin mengambil cadar itu untuk membuat persembahan wayang kulit sendiri di bilik mereka. Gelagat mereka ini tidak memarahkan tetapi mencuit hati Ros diikuti Opah.

Keesokan harinya, Upin dan Ipin bercadang dengan Tok Dalang untuk mengadakan wayang kulit malam kelak. Pada malam harinya jadilah pementasan wayang kulit yang dibintangi oleh Upin dan Ipin yang mendalangi wayang Hang Tuah dan Jebat, dengan Tok Dalang dan Tok Mat sebagai tetamu istimewa. Akan tetapi di tengah-tengah persembahan Tok Mat tiba-tiba menyuruh mereka berhenti, bukan untuk memarahi mereka tetapi untuk naik pentas dengan wayang Sultan Melaka. Maka wayang kulit diadakan dengan jayanya.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak