Fandom

Upin & Ipin Wiki

Dugaan

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Dugaan"
Episod Upin & Ipin
No. episod 2
Tarikh siaran asal 15 September 2007

"Dugaan" ialah episod ke-2 musim pertama dan keseluruhan siri Upin & Ipin.

Sesungguhnya sukar untuk anak-anak muda seperti Upin dan Ipin yang cergas dan nakal berpuasa untuk kali pertama. Mereka selalu terlupa ibadah puasa mereka apabila bangun pagi atau setelah bermain ketika cuaca panas terik, sehingga kawan-kawan mereka yang bukan Islam pun terpaksa mengingatkan mereka.

Pada waktu pagi, Upin dan Ipin bergegas ke dapur untuk mencari makanan untuk sarapan, tetapi satu makanan pun tiada. Mereka sempat diingatkan oleh Kak Ros bahawa hari ini hari pertama bulan puasa, lagipun mereka sudah bersahur. Maka mereka terpaksa keluar bermain dengan perut kosong sampai senja.

Setelah puas mengalahkan Rajoo dan Mei Mei dalam lumba tarik upih pinang, Upin dan Ipin cepat berasa dahaga. Rajoo membelanja Upin dan Ipin minum, dan adik-beradik kembar itu terus mengangguk kepala. Melihat hari masih siang lagi, Mei Mei cepat mengingatkan Upin dan Ipin akan kewajipan berpuasa mereka, supaya "Tuhan mereka tidak marah".

Upin dan Ipin pulang ke rumah meraung kelaparan, terpaksa menunggu beberapa jam lagi sampai waktu maghrib tiba. Untuk mengisi waktu lapang, mereka membaca sebuah buku ABC baru yang dibelikan oleh Kak Ros. Sebaik sahaja membuka halaman, mereka terlihat gambar ayam (A untuk ayam). Dengan itu, Ipin terus terbayangkan nikmat ayam goreng. Kemudian, mereka beralih ke mukasurat J untuk jus. Oleh sebab tercari-cari mukasurat makanan, Upin dan Ipin merebut-rebut buku itu sehingga buku itu tercampak ke lantai. Kak Ros yang sedang membasuh pinggan di dapur pun berasa jengkel mendengar pergaduhan adik-adiknya lalu keluar untuk memarahi mereka. Tanpa diduga, adik-beradik kembar itu terlelap pula.

Video

Upin & Ipin S1 - Dugaan05:07

Upin & Ipin S1 - Dugaan

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak