Fandom

Upin & Ipin Wiki

Dugaan Ramadhan

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Dugaan Ramadhan"
Episod Upin & Ipin
0706title.jpg
No. episod 16, 17, 18
Tarikh siaran asal 27 Julai 2013

"Dugaan Ramadhan" ialah episod ke-16, ke-17 dan ke-18 (episod ke-6 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ketujuh siri Upin & Ipin.

Plot

Bahagian 1

Upinsepakraga.jpg

Upin bermain sepak raga dengan bergaya.

Upin, Ipin, Ehsan, Fizi dan Jarjit sedang bermain sepak raga sambil ditonton oleh Mei Mei dan Devi dari pondok. Apabila tiba giliran Ehsan, Ehsan tersepak batu lalu jatuh. Ehsan juga memberitahu yang dia sudah lapar. Upin pun teringat bahawa mereka akan mula berpuasa esok. Ipin juga memberitahu bahawa mereka tak boleh makan dan tak boleh bermain. Mei Mei pun bertanya mengapa tidak boleh bermain. Upin pun menjawab yang mereka perlu menolong Kak Ros untuk buat kuih raya untuk dijual. Jarjit pun kecewa kerana tiada orang akan menemaninya bermain. Fizi pula berkata yang Jarjit boleh bermain masak-masak dengan Mei Mei.

Doabukapuasa.jpg

Upin dan Ipin masih mengingati niat puasa dan doa buka puasa.

Di rumah, Opah bertanya sama ada cucu-cucunya masih mengingati niat puasa. Upin dan Ipin dengan lancarnya membaca niat puasa lalu berdoa sempena buka puasa.

Di tadika, Jarjit membawa kuih. Memandangkan rata-rata pelajar Muslim sedang berpuasa, hanya Mei Mei dapat merasa keenakkan kuih yang dibawa oleh Jarjit. Mei Mei makan kuih itu menghadap dinding. Tiba-tiba Cikgu Melati muncul. Cikgu Melati tanya siapa puasa. Jarjit pun menjawab yang dia puasa kerana Jarjit belum makan sarapannya. Cikgu Melati memberitahu bahawa itu bukan puasa. Cikgu Melati turut memberitahu yang niat puasa harus dibaca agar dapat puasa. Cikgu Melati juga meminta murid-muridnya harus cergas dan bertenaga sepanjang bulan puasa.

Upinipinrayuopah.jpg

Upin dan Ipin meminta kebenaran dari Opah untuk pulang dari terawih lewat sedikit.

Di rumah, Upin dan Ipin meminta kebenaran dari Opah untuk pulang lewat lepas solat terawih nanti. Tetapi Opah melarang. Hal itu ditegaskan oleh Kak Ros dengan cerita hantu malam, tetapi disangkal oleh Upin dan Ipin bahawa hantu takut dengan sesiapa yang rajin mengaji. Oleh itu, Upin dan Ipin merayu pada Opah sekali lagi.

Tokdalangmakanankanak2.jpg

Tok Dalang mengganjari kanak-kanak kerana menolongnya.

Rupa-rupanya demikianlah niat Upin dan Ipin berdua untuk pulang lewat. Di surau, mereka berdua bersama Ehsan, Fizi dan Mail menolong Tok Dalang membahagi makanan untuk dikongsi beramai-ramai. Tok Dalang juga menyimpan satu set seorang untuk Upin, Ipin, Ehsan, Fizi dan Mail. Tok Dalang menghantar Upin dan Ipin pulang selepas selesai.

Di rumah, Opah menyuruh Kak Ros menyimpan makanan yang dibawa pulang oleh Upin dan Ipin dalam peti sejuk agar dapat dimakan semasa bersahur esok. Kak Ros pun gembira kerana tak perlu masak untuk sahur esok.

Bahagian 2

Rupa-rupanya Kak Ros terlupa untuk menyimpan makanan semalam di dalam peti sejuk. Oleh itu makanan semalam telah basi. Sebab itu Opah masak untuk bersahur.

Kesanupinipinlambatsahur.jpg

Upin dan Ipin menanggung akibat daripada lambat sahur.

Di tadika, Upin dan Ipin kelihatan letih. Apabila ditanya oleh kawan-kawan, Upin dan Ipin menjawab yang mereka lambat sahur pagi tadi, mereka hanya sempat makan setengah pingang sahaja. Oleh itu mereka makan tak kenyang. Fizi juga memberitahu yang dia juga lambat bangun, tetapi masih sempat membaca niat puasa. Upin dan Ipin teringat yang mereka terlupa membaca niat puasa waktu bersahur tadi. Jarjit pun memberitahu yang kalau tak baca niat puasa, mereka tak boleh puasa. Upin dan Ipin pun ketakutan.

Kuliahniatpuasa.jpg

Opah menerangkan niat puasa secara terperinci.

Di rumah, Upin dan Ipin memberitahu Opah yang mereka lupa baca niat puasa pagi tadi. Oleh itu mereka tak perlu puasa hari ini. Opah pun bertanya sama ada mereka membaca niat puasa sebelum tidur. Upin dan Ipin ada membaca niat puasa sebelum tidur. Maka Opah pun berkata yang mereka perlu puasa sebab sudah baca niat puasa. Opah juga memberitahu yang kalau baca niat banyak-banyak kali, iman mereka pun akan menjadi lebih kuat.

Ehsantergoda.jpg

Ehsan tergoda lagi...

Selepas waktu mengaji, Upin, Ipin dan Ehsan menuju ke pondok di mana Mei Mei bermain masak-masak dengan Jarjit. Jarjit membelanja Ehsan gula-gula getah tetapi dihalang oleh Mei Mei. Ehsan pula berkata yang dia tidak akan telan gula-gula getah itu tetapi hanya kunyah. Upin pun memberitahu yang gula-gula getah juga merupakan sejenis makanan. Ehsan pun kecewa.

Ehsangamamfizikuatmakan.jpg

Ehsan gamam melihat Fizi kuat makan.

Ketika beramai-ramai menjamu selera di surau malam hari, Ehsan terkejut melihat Fizi yang makan lebih pinggan daripadanya. Kemudian, sebaik sahaja Ehsan mengeluakran dua biji gula-gula getah dari petang tadi, Fizi terus merebut-rebut untuk sebiji. Akhirnya gula-gula itu terjatuh, dan Fizi memakan sebiji gula-gula Ehsan yang telah kotor akibat terkena jari kaki Fizi. Pada masa yang sama Kak Ros pun menyuruh adik-adiknya pulang bersama. Akan tetapi, selipar Ipin hilang kerana telah dipakai oleh Rembo.

Bahagian 3

Ipinterompah.jpg

Ipin terpaksa memakai terompah orang setelah kehilangan seliparnya.

Ipin pun memakai terompah bukan miliknya. Opah pun menyuruh Ipin memulangkan terompah itu ke tempat asalnya. Upin dan Ipin berjaya menangkap Rembo agar dapat mengambil semula selipar Ipin dari Rembo.

Pencuriselipar.jpg

Pencuri selipar.

Di tadika, Upin dan Ipin bercerita kisah bersama Rembo semalam kepada kawan-kawan. Kawan-kawan pun berkata yang Rembo hebat kerana berjaya memakai kedua-dua belah selipar jika dibandingkan dengan dahulu yang hanya berjaya memakai sebelah sahaja. Cikgu Melati pun bertanya sebab ketidakhadiran Fizi ke tadika hari ini. Ehsan memberitahu yang Fizi sakit perut kerana makan terlalu banyak semalam. Ipin pula memberitahu yang Fizi termakan gula-gula Ehsan yang kotor semalam. Cikgu Melati menasihati murid-muridnya agar membasuh tangan dahulu sebelum makan.

Di rumah, Kak Ros mengatakan hasrat untuk memasak hari ini tetapi Upin dan Ipin ingin membeli dari Mail di bazaar Ramadhan. Kak Ros ingin masak Lemang Periuk Kera. Kak Ros pun menyuruh Upin dan Ipin mencari periuk kera. Kak Ros memberitahu Upin dan Ipin yang periuk kera ialah sejenis tumbuhan.

Upin dan Ipin ke rumah Tok Dalang untuk mencari periuk kera. Tok Dalang pun menunjukkan Upin dan Ipin periuk keranya.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak