Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement


Ehsan bin Azzarudin ialah salah seorang kawan karib Upin dan Ipin. Dia juga akrab dengan Fizi dan mereka sering tampil bersama-sama.

Rupa[]

Ehsan terkenal kerana bentuk badannya yang lebih gempal daripada kawan-kawannya yang langsing-langsing belaka, dan juga memakai kaca mata berbingkai hitam yang tebal. Pada musim pertama, Ehsan memakai baju kemeja T berwarna ungu. Sebagai ketua kelas di Tadika Mesra, dia juga memakai tali leher kupu-kupu bersama pakaian seragamnya.

Pemakaiannya ketika hari raya dan ketika di surau adalah berbeza. Pakaiannya ketika hari raya ialah baju Melayu berwarna jingga secara keseluruhannya. Manakala di surau, dia akan memakai baju Melayu berwarna merah tua, juga bersongkok.

Dalam mod detektif, dia juga memakai baju berasaskan warna jingga. Dia memakai baju kemeja berwarna jingga yang sedikit terang, tali leher berwarna jingga, dan ves jingga. Di bahagian luar, dia memakai kot yang dilapisi oleh kain seakan-akan mantel di bahagian belakang bahunya. Corak kain mantelnya berasaskan corak yang sama di bahagian hadapan baju yang biasa dipakainya. Dia juga memakai seluar yang berwarna perang, dan bertopi jingga.

Sekiranya aktiviti sukan dan rekreasi berjalan, dia akan memakai baju sukan sekolah berwarna jingga.

Perwatakan[]

Sebagai ahli keluarga kaya, Ehsan terkenal dengan beberapa sifat kurang elok yang dikaitkan dengan latar belakangnya, iaitu bermanja, suka menunjuk-nunjuk, dan cerewet dalam hal-hal yang penting kepadanya. Dia juga kuat makan orangnya, dan dia tidak suka membazir makanan atau lihat sesiapa membazirnya. Tanggungjawabnya sebagai ketua kelas juga melahirkan sikap suka mengarah yang serba sedikit dalam diri Ehsan.

Advertisement