Fandom

Upin & Ipin Wiki

Esok Puasa

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Esok Puasa"
Episod Upin & Ipin
Tarikh siaran asal 14 September 2007

"Episod 1: Esok Puasa" ialah episod pertama seluruh siri animasi Upin & Ipin, dan juga episod pembukaan musim pertama Upin & Ipin yang bertema Ramadan dan Aidilfitri. Episod sulung ini bukan sahaja menyaksikan penampilan sulung Upin, Ipin, Kak Ros dan Opah, bahkan juga Mei Mei dan Rajoo.

Upin dan Ipin yang mencecah usia lima tahun mula mengenali erti "puasa" dan ingin tahu tujuan dan faedah berpuasa seperti mana kanak-kanak Muslim lain yang sebaya dengan mereka. Opah dan Kak Ros sedia menerangkan erti dan tujuan berpuasa kepada mereka. Maka, inilah kali pertama adik-beradik kembar ini bersahur dan berpuasa.

Ketika bermain guli dengan Mei Mei dan Rajoo pada petang terakhir sebelum Ramadan bermula, Upin dan Ipin dipanggil pulang ke rumah oleh Kak Ros untuk bermakan malam. Kaca TV menyiarkan pengumuman tarikh bermulanya bulan Ramadan. Sehubungan dengan itu, Upin dan Ipin dikehendaki oleh Opah untuk berpuasa selama sebulan. Setelah ditanya puasa itu apa, Opah menerangkan bahawa puasa itu adalah menghindarkan diri daripada makan atau minum apa-apa dari pagi hingga petang. Setelah mendengar penjelasan Opah, Upin dan Ipin mengeluh kerana takut mati kelaparan. Jelas Opah lagi, umat Islam disuruh oleh Tuhan supaya mereka mengenang bagaimana rasanya orang kebuluran. Akhir kata, Opah memesan cucu-cucunya supaya tidur awal kerana mereka harus bersahur pada subuh keesokan.

Beberapa jam kemudian, ketika Upin dan Ipin tidur nyenyak, Kak Ros cuba mengejutkan mereka kerana waktu bersahur sudah tiba, tetapi tidak berjaya. Dengan rasa hampa, Kak Ros serahkan tugas membangunkan adik-adiknya kepada Opah, dan Opah mendukung mereka berdua ke dapur. Disebabkan Upin dan Ipin masih mengantuk, Kak Ros menarik perhatian mereka dengan bau ayam goreng, lalu menghentak mereka dengan ketul ayam dan menyuruh mereka mencuci muka, walaupun Opah menasihati Ros supaya tidak berkasar dengan mereka.

Selepas makan, Opah mengajar Upin dan Ipin mengucap doa niat sebagai pelengkap makan sahur, sebelum waktu imsak tiba.

Video

Upin & Ipin S1 - Esok Puasa05:06

Upin & Ipin S1 - Esok Puasa

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak