Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Upin & Ipin Angkasa" (tiga bahagian) merupakan episod ke-28, ke-29 dan ke-30 dalam musim ke-8 daripada siri Upin & Ipin. Episod yang bertema angkasa ini dikeluarkan sempena pelancaran projek AMUZ iaitu usahasama Les' Copaque Production dan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar.

Episod ini mempunyai tajuk dan tema yang sama dengan sebuah projek filem Upin & Ipin yang pernah dirancang untuk menyusuli Geng: Pengembaraan Bermula tetapi akhirnya dibatalkan. 

Plot[]

Bahagian 1[]

0810 sambut

Nasib baik tak kemek!

Ros sedang bermain cantum-cantum sistem suria di ruang tamu apabila dia tercicir buah Musytari ke arah pintu rumah. Tiba-tiba sahaja Upin dan Ipin berlumba masuk, dan Ipin tersepak buah Musytari jauh ke udara. Mujurlah Ros sempat menyambutnya dengan selamat. Ipin bertanya apa yang sedang dilakukan oleh kakaknya, tetapi Ros meminta supaya mereka menjauhkan diri dari projek sains sekolahnya. Tetapi Upin dan Ipin tetap mahu menunjukkan kepandaian diri dengan menunjukkan di mana untuk memasang buah-buah planetnya.

0810 upin ipin cantum sistem suria

Upin dan Ipin pandai pasal Sistem Suria.

Setelah siap mencantum, Upin dan Ipin ditengking oleh Kak Ros kerana itu bukan projek sekolah mereka. Tetapi Upin dan Ipin menunjukkan bahawa semua planet dipasang susun dengan betul, Ros berlembut suara menanya bagaimana mereka tahu. Maka kembar itu mengajak Kak Ros untuk menanya mereka jika mereka ada sebarang soalan mengenai planet kerana kononnya mereka paling arif mengenai planet-planet.

Ros yakin bahawa mereka berlagak dan menduga mereka: planet manakah yang paling kecil dan yang paling besar. Dengan senangnya mereka menunjukkan Utarid dan Musytari, lalu meminta Kak Ros untuk bertanya lagi. Ros bertanya pula: kenapa ada siang dan malam? Upin dan Ipin mengacah pula: siang untuk bermain, malam untuk tidur, jadi Kak Ros pun geram. Setelah bergurau, Upin dan Ipin dengan bangga menceritakan "pengalaman" mereka sebagai "angkasawan".

0810 upin ipin angkasawan

Angkasawan Upin dan Ipin.

Angkasawan Upin dan Ipin mendarat di atas Bulan dengan menaiki prob yang dilancarkan dari kapal angkasa ulang-alik. Sebaik keluar, mereka memacakkan bendera kebangsaan di atas permukaan Bulan dan menikmati pemandangan indah Bumi dari Bulan. Ipin bertanya, mengapa Bumi sebelah gelap, sebelah terang. Jawab Upin, Bumi adalah berbentuk bulat, dan apabila ia berpusing, bahagian yang terkena cahaya matahari menjadi siang, dan (pada masa yang sama) bahagian yang sebaliknya menjadi malam.

Ipin bertanya lagi, bukankah matahari bergerak kerana matahari naik pada waktu siang dan turun pada waktu malam. Upin membetulkan salah tanggapan Ipin bahawa bukan Matahari yang bergerak, tetapi Bumi dengan Bulan. Tambahnya, segenap Bulan memusing Bumi menjadi satu bulan, dan segenap Bumi memusing Matahari menjadi satu tahun.

0810 mercury style

Bayangkan hidup di Utarid. Hari-hari panas terik, makanan pun cepat hangus.

Ipin bertanya, adakah yang paling besar dan membakar itu Matahari. Upin mengiyakan dan menerangkan bahawa Matahari adalah pusat Sistem Suria yang dikelilingi oleh semua planet. Ipin menyatakan cita-cita untuk tinggal di planet lain ketika dewasa nanti, malah hendak mengajak Kak Ros dan Opah berpindah sekali. Ipin bercadang untuk ke Utarid, tetapi Upin menegah kerana Utarid terlalu panas untuk didiami kerana terlalu dekat dengan Matahari.

Bahagian 2[]

0310 gelang zuhal

Gelang Zuhal, kencana angkasa.

Upin dan Ipin menyusuri lingkaran asteroid untuk singgah di destinasi seterusnya, iaitu Musytari si planet yang terbesar, disusuli oleh Zuhal iaitu planet yang "paling cantik". Yang paling indah di Zuhal adalah batu-batu bersinar bak emas yang membentuk gelang cantik Zuhal, sungguh mengasyikkan hingga Ipin pun terkata tidak ingin pulang. Maka Upin dengan tegas bertanya apa tujuan mereka mengembara di angkasa. Ipin menjawab, hendak mencari anak bulan.

0810 makhluk asing

Makhluk asing!

Apabila baru berganjak, mereka terlihat sebuah piring angkasa dengan makhluk asing di dalamnya. Makhluk itu pun takut terlihat angkasawan itu lalu memecut pergi. Maka mereka pun pergi mengejarnya, tetapi setelah jauh mengejar, akhirnya sut angkasa mereka kehabisan tenaga.

0810 projek sains ros

Projek angkasa sekolah Kak Ros.

Maka cerita angan-angan Upin dan Ipin berkesudahan dengan Ipin yang jatuh dari kerusi ke atas Upin. Setelah puas bercerita, Upin dan Ipin menanya Kak Ros apa tujuan projek sistem surianya. Jawab Ros, ia bertujuan untuk program sains angkasa anjuran sekolahnya. Malah Kak Ros ingin bercerita akan angkasawan dan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) di mana semua kajian angkasa dilakukan. Upin dan Ipin berkata, itu termasuk mencari anak bulan dengan makhluk asing, tetapi Ros menyanggah.

0310 askar payung terjun

Askar payung terjun.

Sementara itu di padang bermain, Ehsan, Fizi, Jarjit, Mail dan Mei Mei bermain askar payung terjun. Ehsan menetapkan peraturan, siapa punya turun paling akhir dikira pemenang. Maka mereka berlima melontarkan figurin askar masing-masing ke langit, dan kelima-lima askar pun membuka payung terjun dengan cantik sekali. Askar Jarjit paling bawah di angkasa, maka dia cuba meniup askarnya supaya jatuh lebih lewat.

0810 tak jatuh

Tak jatuh, tak jatuh...

  Permainan berkesudahan dengan askar Jarjit jatuh di atas kepala sementara askar Ehsan paling akhir turun di atas tanah. Jarjit menganggap dirinya menang kerana askarnya tidak jatuh di atas tanah, tetapi Mei Mei menyanggah kerana askar itu jatuh dahulu walau apa pun.

0810 angkasawan mainan

Lambang cita-cita.

Datang juga Upin dan Ipin yang mahu bermain apa yang mereka bermain itu. Maka Mail menawarkan figurin "angkasawan" dengan harga "dua seringgit" atas dasar kembar itu bercita-cita mahu menjadi angkasawan. Kata Upin, angkasawan tidak memakai payung terjun tetapi memakai roket. Ujar Mail, itu tidak mengapa kerana mereka hanya bermain. Jadi Upin dan Ipin pun membeli mainan baru mereka dan bersambung angan-angan mereka sebagai angkasawan.

Bahagian 3[]

0810 iss

Stesen angkasa.

Angkasawan Upin dan Ipin memasuki semula stesen angkasa lepas lalu membuka topi keledar mereka. Sebaik sahaja itu, Ipin mengeluh akan betapa beratnya sut angkasa yang dipakainya. Jelas Upin, sut ini direka khas untuk angkasawan dan dilengkapi dengan bekalan oksigen untuk bernafas, tiub air untuk menyejukkan badan dan perlindungan dari sebarang bahaya di angkasa. Tambahnya lagi, beratnya 50 kilogram.

0810 tiada graviti

Tiada graviti.

Ipin bertanya pula mengapa mereka terapung sedangkan mereka sudah masuk stesen angkasa. Jawab Upin, itu kerana di dalam bilik mereka tiada graviti. Maka apa-apa sahaja pun akan terapung. Kemudian, Upin menjelaskan bahawa angkasawan yang hendak tidur haruslah memakai beg tidur khas dengan tali pinggang pengikat; jika tidak, terapung-apunglah orang ketika tidur hingga boleh terhantuk-hantuk dinding.

Cerita angkasawan Upin dan Ipin (yang sebenarnya diturunkan oleh Kak Ros) sungguh menghiburkan lima orang kawan yang menonton, hingga mereka sendiri pun berhajat untuk menjadi angkasawan (kecuali Mail yang tidak begitu minat). Tetapi pesan Upin, untuk menjadi angkasawan bukanlah senang, kerana calon harus banyak menjalani latihan dan lulus dalam semua ujian. Tanya Fizi, apa itu graviti.

0810 terapung-apung

Cita-cita atau angan-angan?

Di tadika keesokan hari, Cikgu Melati menerangkan bahawa graviti merupakan daya yang menarik kita ke pusat bumi, maka penduduk bumi tidak terapung-apung. Upin menyatakan hajat untuk menjadi angkasawan kerana mahu membawa mainan untuk terapung-apung. Ehsan pula mahu membawa makanan.

Cikgu Melati memuji cita-cita mereka dan berkata bahawa angkasawan dihantar ke angkasa atas misi-misi tertentu, iaitu membuat kajian sains, kesihatan, dan sebagainya, maka mendekatkan lagi sains dan teknologi dengan rakyat dan menyemai minat generasi muda terhadap bidang sains angkasa. Tambahnya, sesiapa yang ingin menjadi angkasawan harus memiliki keazaman, ilmu dan kesihatan yang baik.

0810 angkasawan puji kak ros

Pujian daripada angkasawan.

Petang hari, Ros pulang dengan ceria menceritakan kepada Upin dan Ipin akan kehadiran seorang angkasawan di sekolahnya sempena pameran sains kelasnya. Ceritanya, angkasawan itu memuji hasil projeknya bahawa cara dia mengaplikasikan ilmu sainsnya sangat kreatif dan mudah untuk difahami. Namun Upin dan Ipin mengingatkan bahawa mereka menolong dalam menyiapkan projek kakak mereka itu.

0810 roket kak ros

Teka siapa bagi hadiah ni?

Apapun, Kak Ros mengeluarkan hadiah yang diperolehnya daripada angkasawan itu sebagai ganjaran atas usaha projeknya, iaitu sebuah model roket yang pernah membawa angkasawan itu ke angkasa. Upin dan Ipin teruja melihat roket itu lalu meminta hendak bermain dengannya, tetapi Kak Ros melarang kerana ditulis padanya bahawa hadiah itu "untuk Ros" dengan tandatangan beliau. Ipin menyedari dan bertanyakan butang pada roket itu. Kak Ros pun tidak tahu, tetapi apapun cuba menekan butang itu.

Jadinya, roket itu hidup dan terbang memecut, berpusing-pusing di udara bilik dan kemudian melayang keluar tingkap! Hilangnya roket yang baru dihadiahkan kepada Ros menyebabkan dia memarahi adik-adiknya, tetapi pada masa yang sama roket itu selamat terhempas di halaman rumah.

Trivia[]

  • Asalnya, episod ini pernah dijadikan satu projek filem selepas kejayaan Geng: Pengembaraan Bermula. Walau bagaimanapun, atas sebab tertentu, projek itu terpaksa dibatalkan.
  • Berdasarkan grafik yang ditonjolkan dalam episod ini, babak pertama Upin dan Ipin di angkasa berkemungkinan besar dihasilkan lebih awal ketika projek Angkasa sedang dijalankan.

Video[]

Berita_EP60_-_Majlis_Pelancaran_Upin_&_Ipin_bersama_AMUZ_HD

Berita EP60 - Majlis Pelancaran Upin & Ipin bersama AMUZ HD

Upin_&_Ipin_Musim_8_-_Upin_Ipin_Angkasa_Promo

Upin & Ipin Musim 8 - Upin Ipin Angkasa Promo


Tonton di RCTI+[]

Advertisement