Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Perangi Rasuah" (tiga bahagian) merupakan episod ke-34, ke-35 dan ke-36 dalam musim ke-8 daripada siri Upin & Ipin. Episod yang bertemakan rasuah ini dihasilkan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Plot

Bahagian 1

0812 angsa menyerang

Berani korang lastik kami?!

Upin dan Ipin sedang bermain menjatuhkan tin dengan lastik di pondok tempat bermain. Ketika Upin melastik, batunya meleset dan melantun ke sana ke sini hingga terkena sekawan angsa yang sedang makan berhampiran. Maka angsa-angsa itu berasa gertak dan menyerang Upin dan Ipin. Maka Upin dan Ipin berlari habis-habisan hingga dekat gerai Muthu, di mana Muthu terdengar mereka meminta tolong lalu datang menyelamatkan mereka dan menghalau angsa-angsa itu.

0812 kasi goreng baru tahu

Kasi goreng baru tahu!

Setelah berterima kasih kepada Muthu, Upin dan Ipin tertarik oleh secawan air batu campur durian di atas meja di mana Tok Dalang sedang berbual dengan Ah Tong, lalu pergi meminta Tok Dalang belanja. Dengan berat hati sedikit Tok Dalang menyuruh Muthu untuk menunaikan permintaan kembar itu. Selain menghidang Upin dan Ipin, Muthu turut sama makan ABCD sambil berbual dengan kawan-kawan lamanya.

0812 abcd

ABCD dua!

Bersambung perbualan, Tok Dalang meluahkan hasrat untuk membeli tanah di belakang rumahnya. Apabila ditanya apa tujuannya oleh Muthu yang hairan sama ada dia mampu membelinya, dia mahu membina rumah untuk anaknya, tetapi anaknya yang menanggung belanjanya. Ah Tong menggalakkan Tok Dalang untuk membeli tanah itu, tetapi Tok Dalang mengeluh tidak tahu siapa punya tanah berkenaan. Ah Tong menasihatinya supaya merujuk Pejabat Tanah.

0812 sini kejap

Atuk nak minta tolong sikit.

Kebetulan pula berlalunya Salleh, dipanggil ke mari oleh Tok Dalang untuk diminta supaya berperiksa dengan Pejabat Tanah mengenai tuan punya tanah yang hendak dibelinya. Salleh enggan, tetapi dipujuk oleh Upin dan Ipin. Salleh merungut leceh kerana terpaksa menunggu lama sangat. Ah Tong bercadang supaya Salleh memberi mereka duit supaya cepat berurusniaga.

0812 lu kasi la itu

Lu kasi lah itu...

Upin dan Ipin terdengar perbualan itu lalu menegah Ah Tong kerana itu amalan rasuah, dan rasuah itu salah. Semua orang dewasa dekat meja makan memandang kembar itu dengan hairan. Tok Dalang bertanya adakah mereka tahu apa itu rasuah. Jawab Upin, ianya "kasi-kasi duit pada orang, ramai kena tangkap" sambil menjeling ke arah Salleh. Kata-kata kembar itu membuat Salleh berasa sangat seram hingga mengkhayalkan dirinya dipenjarakan!

Tok Dalang memuji kepandaian Upin dan Ipin lalu menegur cadangan silap Salleh dengan Ah Tong itu. Pesannya lagi dengan tegas, rasuah bukan setakat memberikan duit, bahkan juga meminta, menerima dan menawarkan duit.

0812 salleh masuk penjara

Tidak!!!!

Kemudian, Upin dan Ipin dalam perjalanan pulang ke rumah, bertemu dengan Mail yang datang berbasikal dalam keadaan basah kuyup. Maka Upin menuduh Mail mandi sungai. Mail cuba menyangkal dengan berkata pergi memancing, tetapi Upin menunjuk bahawa memancing tiada sampai basah kuyup demikian, apalagi dia tidak membawa joran.

0812 mail basah kuyup

Jangan beritahu mak aku, tahu?

Akhirnya Mail mengaku dan menawarkan ayam goreng kepada Upin dan Ipin untuk merahsiakan hal itu daripada ibunya. Ipin senang tergoda oleh ayam goreng, tetapi dihalang oleh Upin kerana itu rasuah; itu pun disangkal oleh Mail. Upin dan Ipin terkenang pesan Tok Dalang tadi dan mentafsir bahawa rasuah hanya melibatkan duit, jadi akhirnya mereka menerima tawaran Mail. Tetapi ayam goreng hanya seketul, terpaksalah mereka kongsi.

Bahagian 2

0812 ros marah upin ipin

Kecik-kecik sudah pandai makan rasuah.

Upin dan Ipin pulang ke rumah, disambut oleh Kak Ros yang menjemput mereka makan kuih. Sesungguhnya kembar itu menolak kerana sudah kenyang diberi ayam goreng percuma oleh Mail kerana menutup kesalahannya. Ros terkejut mendengarnya lalu menghukum adik-adiknya kerana menjadi "loyar buruk".

Kemudian Ros menenami Upin dan Ipin ke dapur untuk meminta Opah supaya turut memarahi mereka atas tindakan rasuah mereka. Tetapi Upin dan Ipin menyangkal berbuat demikian, maka Opah meminta mereka untuk bercerita.

0812 teguran opah

Rasuah tetap salah, tak kira dalam bentuk apa pun.

Setelah habis mendengar cerita mereka, Opah setuju dengan Kak Ros bahawa perbuatan kembar itu salah. Malah Kak Ros bersindir sepuas-puas hati mengugut untuk melaporkan mereka kepada SPRM untuk menangkap mereka, membuat Upin dan Ipin seram. Pesan Opah baik-baik kepada cucunya, "kalau kita ambil atau beri sesuatu dengan adanya tujuan tertentu, rasuahlah tu... tak kiralah dalam bentuk duit ataupun barangan."

0812 pertikaian

Tak adillah! Kami yang menang!

Di halaman rumah Tok Dalang berlangsungnya perlawanan badminton beregu antara Upin dan Ipin dengan Jarjit dan Mail, dengan Mei Mei sebagai pengacara dan pengadil. Permainan berlangsung dengan cukup sengit hinggalah ia ditamatkan dengan bulu tangkis yang jatuh di luar garis gelanggang sebelah Mail dan Jarjit.

Mail dan Jarjit meraikan kemenangan mata awal-awal, tetapi Mei Mei mengumumkan Upin dan Ipin yang menang. Maka timbullah perbalahan antara regu Mail dan Jarjit dengan Mei Mei. Keluh Upin, mesti lebih senang jika Ehsan ada untuk mengadili perlawanan.

0812 fizi berita gempar

Daddy Ehsan kena tangkap!

Tiba-tiba datangnya Fizi meluru tergesa-gesa ke tempat badminton untuk menyampaikan khabar berita bahawa bapa Ehsan ditangkap. Maka satu gelanggang pun tergempar, begitu juga dengan Tok Dalang yang terjaga dari lena dalam reban ayam, keluar dan meminta penjelasan. Jelas Fizi, "salah guna kuasa, tuntutan palsu."

Ujar Tok Dalang, itu kesalahan rasuah yang berat. Mei Mei meluahkan rasa kasihan kepada Ehsan. Pesan Tok Dalang kepada Mei Mei, belum tentu bapa Ehsan didapati bersalah kerana dia perlu disoal siasat dahulu. Upin dan Ipin bertanya bagaimana Fizi dapat tahu bahawa bapa Ehsan ditangkap oleh polis kerana makan rasuah. Jelasnya, bukan polis yang tangkap tetapi SPRM.

0812 risalah sprm

Aku dapat tahu daripada risalah ini.

Upin, Ipin dan lain-lain pun bingung terdengar nama SPRM itu. Jelas Mail, SPRM adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dia dapat tahu daripada membaca sepucuk risalah di tangannya. Upin dan Ipin bertanya kepada Tok Dalang tidak samakah SPRM dengan polis. Jawabnya, SPRM hanya menangkap atas kesalahan rasuah atau salah guna kuasa, jadi seandainya berlangsungnya kegiatan rasuah, segera laporkan kepada SPRM kerana.

Tanya Upin lagi, bagaimana jika salah lapor. Jawab Mail, pelapor itu sendiri yang ditangkap. Tok Dalang menyanggah gurauan Mail tetapi berpesan supaya adanya bukti yang kukuh sebelum membuat laporan dan tidak menuduh sesuka hati supaya tidak menganiaya sesiapa.

0812 ehsan

Tak ada apa-apakah Ehsan?

Mail menanya Tok Dalang bagaimana SPRM tahu yang bapa Fizi mungkin berasuah. Jawab Tok Dalang, ada orang yang melaporkannya. Fizi mengutuk sesiapa yang melaporkan bapa Ehsan kepada SPRM, tetapi Tok Dalang bertegas bahawa tindakannya betul kerana pesalah rasuah mesti dilaporkan. Tiba-tiba sahaja Ehsan muncul dengan raket badminton dan wajah yang ceria, menggamamkan kembali satu halaman.

Bahagian 3

0812 kebingungan

Hairan satu gelanggang.

Ketibaan Ehsan yang penuh semangat disambut dengan wajah-wajah hairan dan bingung oleh kawan-kawannya. Upin berkata bukankah bapanya ditangkap, tetapi Ehsan cepat menutup mulutnya dan menyoal siapa yang cakap. Upin menuding ke arah Fizi, dan Fizi pun mengaku terlihat orang SPRM menangkap bapanya.

0812 cerita sebenar

Sebenarnya macam ni...

Ehsan mendiamkan keadaan dan menyuruh kawan-kawannya berapat untuk menjelaskan perkara sebenar, iaitu bahawa bapanya adalah pemberi maklumat. Tok Dalang mencelah dan bertanya apa maklumat yang diberikan oleh bapa Ehsan. Maka Ehsan mengisahkan tangkapan ramai-ramai atas kes sogokan duit dalam urusniaga minyak di tempat berdekatan.

0812 kantoi

Hasil usaha Daddy Ehsan membanteras rasuah.

Upin dan Ipin hairan terdengar cerita itu kerana menyangka mereka hanya menjual beli minyak tanpa sebarang kesalahan. Jelas Tok Dalang, menjual minyak itu tidak salah tetapi tangkapan itu dibuat atas kesalahan menyeleweng minyak subsidi, yang mana pesalah dilindungi oleh pihak yang tidak jujur dan oleh itu ditangkap oleh SPRM.

Ujar Mail, itu memang patut kerana rasuah merugikan negara dan rakyat. Ehsan setuju kerana oleh itulah bapanya segera melapor kepada SPRM. Jarjit memuji, "Dua tiga kilo, Daddy Ehsan jadi hero!" Upin, Ipin dan Mei Mei turut memuji keberanian bapa Ehsan. Ujar Mail, tiada perlu takut kerana pemberi maklumat dilindungi. Setelah habis bercerita, Upin dan Ipin melaungkan tekad untuk membanteras rasuah.

0812 kita mesti perangi rasuah

Kita mesti perangi rasuah!

Di kemudian masa, Upin dan Ipin sedang cuba menangkap katak, tetapi katak itu pantas melompat dan akhirnya merekatkan lidahnya ke atas kain sebuah lori yang berlalu. Upin dan Ipin berhenti termengah-mengah sambil tertanya lori apa itu, kemudian memilih untuk mengekori lori itu.

0812 rasuah ke ni

Rasuahkah ini?

Setibanya di destinasi lori itu, Upin dan Ipin bersembunyi di sebalik semak dan mendapati pemandu lori itu berurusan dengan Ah Tong. Mereka menyangka bahawa Ah Tong berurusan rasuah dan bercadang untuk memberitahu Tok Dalang.

Maka mereka pergi menceritakan hal Ah Tong kepada Tok Dalang yang sedang mengerat lidi di halaman rumahnya. Tok Dalang memuji tindakan mereka dan menyuruh mereka laporkan kepada SPRM, tetapi Upin membuat alasan melapor kepada Tok Dalang kerana mereka masih kecil. Tok Dalang bertegas bahawa laporan rasuah mesti ada bukti kukuh dan bertanya siapa yang terlibat. Ipin terus menjawab, Ah Tong.

0812 tok dalang h

Tok Dalang sebagai penyiasat rasuah.

Tok Dalang terperanjat mendengar nama Ah Tong keluar dari mulut Ipin, lalu dia mengeluarkan kaca mata hitamnya untuk dipakai, nada percakapannya dan suasana pun menjadi serius seperti bilik soal siasat. Tok Dalang menanya Upin dan Ipin bila dan di mana rasuah itu berlaku. Jawab Ipin, petang ini di dusun Ah Tong. Tok Dalang bertanya apa tujuan rasuah itu. Jawab Ipin lagi, sama dengan kisah ayah Ehsan iaitu berkenaan minyak.

Tanya Tok Dalang lagi, Ah Tong menyogok dalam bentuk apa. Jawab Upin, duit yang banyak. Tok Dalang bertanya adakah sesiapa lagi yang tahu atau menyaksikan hal itu. Upin dan Ipin menganggap diri mereka sebagai jawapan untuk soalan itu. Tanya Tok Dalang lagi, adakah lagi bahan bukti atau maklumat yang boleh digunakan untuk membuat laporan; kali ini kembar itu sukar menjawab...

0812 tengok duit saja tuduh rasuah

Sekali tengok orang beri duit saja, terus nak tuduh rasuah.

Sesi soal siasat disampuk oleh laungan Ah Tong yang baru pulang dari dusunnya dengan setong minyak yang diminta beli oleh Tok Dalang tempoh hari. Kemudian dia menghulurkan duit baki pembelian minyaknya kepada Tok Dalang. Upin dan Ipin terus menuding ke arah duit itu sebagai bukti rasuah Ah Tong.

Ah Tong hairan dengan gelagat kembar itu. Mula-mula dia "memuji" kepandaian mereka, kemudian dia membetulkan mereka bahawa duit ini hasil urusniaga halal, bukan rasuah. Maka Tok Dalang sekali menegur kembar itu supaya jangan menuduh dengan melulu jika tidak tahu hal sebenarnya, kemudian beredar dengan penuh gaya sambil memakai semula kaca mata hitamnya.

Tidak lama kemudian, Upin dan Ipin mengurut Opah sambil menceritakan hal Ah Tong tadi. Opah pun memuji cucu-cucunya kerana semakin pandai dan matang tentang hal rasuah.

Trivia

  • Khayalan soal siasat Tok Dalang dengan Upin dan Ipin nyata mendapat ilham daripada watak Horatio Caine dari siri drama jenayah Amerika Syarikat, CSI: Miami.
  • Episod ini dihasilkan khusus sempena penajaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siri Upin & Ipin.
  • Memandangkan SPRM menaja Upin & Ipin, maka episod ini telah dimuat naik di saluran YouTube Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM (CommEd SPRM) sendiri.

Video

Upin_&_Ipin_Musim_8_-_Perangi_Rasuah_Promo

Upin & Ipin Musim 8 - Perangi Rasuah Promo

Upin_&_Ipin_-_Perangi_Rasuah_(Episod_Penuh)

Upin & Ipin - Perangi Rasuah (Episod Penuh)


Tonton di RCTI+

Advertisement