Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Indahnya Syawal" (tiga bahagian) merupakan episod ke-13, ke-14 dan ke-15 (episod ke-5 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-10 daripada siri Upin & Ipin. Sempena Hari Raya, episod ini ditayang pada pukul 4.30 petang.

Plot[]

Bahagian 1[]

Upin, Ipin, Mail, Fizi dan Ehsan pun bermain sambil memukul beduk selepas Atok menjauhi daripada beduk. Atok pun terkejut dan sangat marah kerana mereka tidak mendengar nasihat Atok dan bermain dengan beduk. Pada masa yang sama, muncul seorang budak membawa lari makanan yang di letak di surau. Semua orang pun terkejut.

Pada keesokkan harinya, Upin & Ipin menolong Kak Ros untuk membuat kuih raya. Selepas itu, Kak Ros suruh Upin & Ipin memberi satu balang kuih kepada Atok. Upin & Ipin pun menurut perintah Kak Ros. Semasa Upin & Ipin tiba di luar rumah, posmen telah memberi surat Kak Ros kepada Upin kerana Ipin sedang memegang balang kuih. Sebelum Upin sempat memaklumkan kepada Kak Ros, Kak Ros sudah merampas suratnya daripada tangan Upin.

Semasa Upin & Ipin tiba di halaman rumah Atok, mereka ternampak budak semalam yang membawa lari makanan dari surau. Budak tersebut sedang mengait rambuatan di rumah Atok. Upin & Ipin pun terkejut sambil menjerit. Budak tersebut juga terkejut, tetapi masih sempat membawa lari seikat rambutan. Upin & Ipin pun terus mengejar budak tersebut. Budak tersebut membaling rambutan ke arah Upin & Ipin untuk menghalang Upin & Ipin terus mengejar dirinya. Tetapi Upin & Ipin telah berjaya mengejar budak pencuri itu sampai ke rumahnya. 

Bahagian 2[]

Upin & Ipin pun balik ke rumah. Tiba di rumah, Upin & Ipin pun menonton TV. Sambil itu, Upin & Ipin nampak Opah ingin keluar. Upin & Ipin pun nak ikut Opah ke rumah Abang Salleh. Pada masa yang sama, Upin & Ipin memberitahu Kak Ros bahawa kuih yang mereka patut beri kepada Atok telah diberi kepada budak pencuri kerana budak pencuri itu lapar. Kak Ros pun marah.

Opah pun memuji tindakan Upin & Ipin kerana memberi pada bulan puasa sambil berjalan ke rumah Abang Salleh. Setibanya di rumah Abang Salleh, terdapat pemberitahuan yang Abang Salleh lekatkan di luar rumahnya. Abang Salleh telah balik kampung. Opah sebenarnya membawa baju Raya mereka ke rumah Abang Salleh agar Abang Salleh dapat menyiapkan baju Raya mereka. Tetapi Opah dah terlambat. Upin & Ipin pun mencadangkan kepada Opah yang Kak Ros boleh tolong jahitkan baju Raya mereka.

Dalam perjalanan pulang, Upin & Ipin ingin singgah di pasar Ramadhan agar dapat membeli ayam goreng. Opah pun memberi wang kepada Upin & Ipin. Apabila Upin & Ipin tiba di gerai ayam goreng Mail, Upin & Ipin kelihatan kecewa kerana gerai ayam goreng Mail tidak buka hari ini. Pada masa yang sama, turut kelihatan seekor anak kucing yang lapar sedang berkeliaran di pasar Ramadhan. Turut kelihatan, watak Ara memberi sedikit makanan kepada anak kucing tersebut. Opah tiba di gerai yang menjual kuih risoles. Opah pun membeli kuih risoles. Pada masa yang sama, Susanti juga berada di gerai yang sama seperti Opah. Maka Opah pun bertegur sapa dengan Susanti.

Bahagian 3[]

Di surau, Upin, Ipin, Mail, Fizi dan Ehsan sedang bemain "baling guli masuk cawan". Atok memuji tindakan Mail menutup gerainya pada 10 hari terakhir bulan puasa. Atok pun mengajak mereka untuk solat. Atok juga memberitahu bahawa keluarga budak pencuri hari itu akan mendapat pertolongan daripada baitumal.

Upin & Ipin sedang menolong Kak Ros memasang lampu kelip-kelip di halaman rumah. Apabila Kak Ros sudah siap memasang, lampu keli-kelip tidak berfungsi. Opah pun menyuruh Upin & Ipin untuk meminta tolong daripada Atok untuk tolong tengokkan punca lampu kelip-kelip tidak berfungsi. Semasa Atok sedang tengokkan lampu kelip-kelip, Rembo datang mencuri selipar. Upin & Ipin pun ingin tangkap Rembo. Upin & Ipin pun terlanggar Atok dan menyebabkan Atok jatuh dengan lampu keli-kelip.

Di pagi Raya, Upin, Ipin, Opah dan Kak Ros mengambil gambar keluarga. Susanti membawa sedulang kuih dan memberi kepada Opah. Kemudian, Ehsan, Fizi, Mail, Jarjit dan Mei Mei pun datang beraya di rumah Upin & Ipin. Semasa Upin, Ipin dan kawan-kawan sedang menikmati juadah, kawan dari Jepun Kak Ros, Hideko pun datang untuk melawat Kak Ros. Kok Ros pun gembira.

Video[]

Teaser_Upin_&_Ipin_Musim_10_-_Indahnya_Syawal

Teaser Upin & Ipin Musim 10 - Indahnya Syawal


Tonton di RCTI+[]

Advertisement