Upin & Ipin Wiki
Advertisement


"Ijat tidak lancar membaca."
— Penerangan ringkas mengenai Ijat dalam lagu Gembira Bermain


Ijat merupakan salah seorang rakan sekelas Upin dan Ipin. Dia terkenal sebagai watak yang berat mulut dan jarang bercakap.

Rupa[]

Sedangkan kebanyakan rakan-rakan sekelasnya berwarna kulit sawo matang, kulit Ijat pula sama warnanya dengan Jarjit. Mukanya berbentuk lebih kurang segi empat bujur.

Perwatakan[]

Oleh sebab kurang pandai atau malu bercakap (tetapi bukannya tidak boleh), Ijat selalunya berkomunikasi dengan mencungap-cungap. Dalam episod "Seronoknya Membaca", dia juga menunjukkan rasa malu untuk membacakan buku cerita di depan kelas, mungkin disebabkan dia lambat menyerap apa yang diajarkan berbanding murid-murid lain. Dia sering pengsan secara misterius kerana menunjukkan rasa takut.

Kawan Ijat yang paling akrab ialah Dzul yang mampu memahami cungap-cungapannya dan bertindak sebagai "jurubahasa" untuknya.

Advertisement