Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement


Salleh ialah seorang penduduk Kampung Durian Runtuh yang terkenal sebagai "lelaki lembut", iaitu lelaki yang bersifat keperempuanan.

Rupa

Muka Salleh berbentuk segi tiga dan bentuk badannya kurus langsing. Dia selalu memakai kain merah pada kepalanya. Walau bagaimanapun, dia kelihatan tidak lagi memakai kain merah itu pada musim ke-14.

Perwatakan

Sebagai lelaki yang berjiwa perempuan, Salleh gemar menggelar dirinya sebagai "Sally". Bukan setakat keperempuanan, malah cepat berang apabila berdepan dengan situasi yang menyusahkan, khususnya apabila Upin, Ipin dan kawan-kawannya mengusik kerjanya atau mengusik harta bendanya. Apapun, Salleh dianggap peramah oleh kanak-kanak kerana bijaksana dalam banyak perkara, apalagi berkali-kali bertukar pekerjaan sepanjang siri ini, baik sebagai pustakawan mahupun peniaga Internet.

Walau bagaimanapun, kesan daripada berkawan dengan Izham dan Badrol, perwatakan Salleh bertukar kepada menjadi lebih kejantanan.

Advertisement