Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Untuk Prestasi" (tiga bahagian) merupakan episod ke-16, ke-17 dan ke-18 (episod ke-6 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-12 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Upin & Ipin bancuh susu sendiri. Mereka juga membuat sarapan untuk diri sendiri dan untuk Opah. Opah membuat video call dengan Kak Ros melalui tablet. Selepas Upin & Ipin bertolak ke sekolah, Opah dilihat bermain dengan DaDuDiDo Sports ditabletnya.

Di sekolah, Cikgu Melati memberi setiap seorang sekotak susu. Cikgu Melati mengajar kebaikan susu kepada murid-murid.

Pada waktu petang, Upin, Ipin, Mei Mei, Susanti, Mail & Fizi sedang bermain lompat tali dengan lasaknya. Selepas itu, mereka minum lagi susu. Susanti ada memberitahu bahawa susu yang mereka sedang minum ada buat uji bakat, tetapi telah lupa butiran tentang uji bakat tersebut.

Bahagian 2[]

Pada waktu malam, semasa Upin & Ipin ingin membancuh susu, mereka mendapati tepung susu sudah nak habis. Cukup untuk membancuh secawan sahaja. Apabila Upin hendak minum susu, mereka terdengar bunyi dari pintu halaman, lalu lari keluar dari dapur dengan gembiranya memanggil nama Kak Ros. Kak Ros pula menyuruh Upin & Ipin membawa bagasinya ke dalam bilik. Upin & Ipin tidak mampu mengerakkan beg Kak Ros. Beg Kak Ros sangat berat. Akhirnya, mereka telah menggolek beg Kak Ros ke bilik Kak Ros. Apabila Upin & Ipin hendak ke dapur untuk minum susu, Kak Ros telah menghabiskan susu yang Upin & Ipin bancuh tadi.

Kak Ros membawa Upin & Ipin ke pasaraya untuk membeli susu. Kak Ros telah mengambil tepung susu, tetapi Upin & Ipin mengambil susu kotak. Upin & Ipin kemudian menyertai uji bakat untuk menjadi duta susu.

Semasa Upin & Ipin ingin ke taman permainan, Kak Ros telah memberi Upin & Ipin 6 kotak susu untuk dikongsi bersama kawan-kawan. Dalam perjalanan ke taman permainan, Upin & Ipin telah bertemu dengan Mei Mei. Mei Mei sedang membawa pokok kaktusnya. Pada masa yang sama Mail telah membawa basikalnya dengan laju dan menyuruh kawan-kawan ke tepi agar Mail tidak melanggar mereka, Mei Mei telah jatuh. Pasu pokok kaktusnya telah pecah. Mei Mei pun sedih dan marah.

Bahagian 3[]

Rupa-rupanya Mail sedang berlumba basikal dengan Fizi dan Ehsan. Fizi hanya membonceng basikal yang dibawa oleh Ehsan. Mail adalah pemenang perlumbaan. Di akhir perlumbaan, Mail telah bertembung dengan Upin, Ipin & Mei Mei.

Mei Mei sangat marah kerana pokok kaktusnya kini tiada rumah. Upin pun mempunyai idea untuk rumah baru untuk kaktus Mei Mei selepas tengok Ipin menghabiskan susu kotak yang sedang diminum.

Di rumah, Upin telah membuat rumah baru untuk kaktus Mei Mei. Mei Mei sangat suka. Upin & Ipin juga menunjuk kepada kawan-kawan cara mengitar semula kotak susu yang telah habis diminum. Kotak susu boleh dibuat tempat menyimpan pensel dan sebagainya. Kawan-kawan pun bermain menghias kotak susu yang telah habis diminum.

Kak Ros marah kerana mereka menghabiskan warna air Kak Ros. Opah menasihati Kak Ros agar jangan marah-marah, nanti cepat tua. Sambil itu, Opah menghidangkan susu untuk Susanti, Mei Mei, Mail, Eshan dan Fizi.

Lori susu telah menghantar bekalan susu ke rumah Upin & Ipin. Upin, Ipin & Kak Ros membuka kotak itu dengan gembiranya. Opah memanggil Upin & Ipin untuk masuk ke rumah kerana iklan mereka bersama kawan-kawan sedang ditayangkan di TV.

Selepas tamat iklan, Opah meminta Kak Ros membancuh susu untuk semua.

Trivia[]

  • Pada saat Upin dan Ipin meminum susu, terlihat gambar susu SGM Eksplor, iaitu susu tajaan mereka di Indonesia.
  • Episod ini dihasilkan sempena penajaan SGM Eksplor untuk siri Upin & Ipin.
  • Episod ini telah dimuat naik bersama di saluran YouTube Les' Copaque Production dan SGM.

Galeri[]

Video[]

Episod_Baru_Upin_&_Ipin_Musim_12_-_Untuk_Prestasi

Episod Baru Upin & Ipin Musim 12 - Untuk Prestasi

Upin_&_Ipin_Musim_12_-_Untuk_Prestasi_(Full_Episode)

Upin & Ipin Musim 12 - Untuk Prestasi (Full Episode)

Upin_&_Ipin_-_Maximum_Performance_(English_Version)_-Full_Episode-

Upin & Ipin - Maximum Performance (English Version) -Full Episode-


Tonton di RCTI+[]

Advertisement