Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Kail & Laga" (tiga bahagian) ialah episod ke-4, ke-5 dan ke-6 dalam musim kelapan siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Siapa menang lumba

Siapa menang?

Upin dan Ipin berlumba kereta kawalan jauh bersama Mail dan Jarjit, dengan Mei Mei sebagai pengadil. Keempat-empat kereta beraksi sengit, tetapi tamat perlumbaan dengan kurang kemas setelah mendarat telentang dari rintangan gelongsor. Mei Mei menggelar kereta Mail pemenang kerana paling depan mendarat. Mail dengan megah bersorak di samping tiga pesaingnya, tetapi disampuk oleh kedatangan Ehsan dengan hadiah baru daripada bapanya yang menarik perhatian semua yang lain.

Ikan pelaga

Ikan pelaga menemui 'lawan'.

Hadiah baru Ehsan berupa seekor ikan seakan ikan emas dalam balang air, membuat Upin dan Ipin hairan apa istimewanya ikan itu. Mail pun datang dengan mendekatkan cermin kepada ikan itu untuk mendemonstrasikan bahawa ikan ini merupakan ikan pelaga. Apapun, kawan-kawan hanya dapat menyaksikan ikan itu sebentar, kemudian Ehsan membawa pulang ikan itu untuk diisikan ke dalam tangki. Sejurus selepas Ehsan beredar, Fizi pun datang tergesa-gesa bertanya di mana Ehsan; kelima-lima kawan lain pun menunjuk arah ke mana dia pergi.

Upin bertanya di mana hendak membeli ikan seperti Ehsan itu; jawab Mail, pergi ke pasar kerana banyak ikan di sana. Dengan segera Upin menyeret Ipin pulang untuk meminta Kak Ros, selepas itu Mei Mei teringat bahawa di pasar tiada ikan yang dijual hidup-hidup sedemikian, lalu menegur Mail kerana membohongi Upin dan Ipin. Mail membela kata-katanya sebagai sekadar gurauan.

Setiba di rumah, Upin dan Ipin meminta-minta Kak Ros yang sedang melipat baju supaya membawa mereka ke pasar esok. Jawab Ros, tidak boleh kerana esok ada sekolah. Apabila ditanya bila boleh, hujung minggu jawabnya.

Gerai ikan

Gerai ikan.

Seperti yang dijanjikan, Kak Ros membawa Upin dan Ipin ke pasar tani kampung. Mula-mula, Kak Ros bersinggah di gerai ayam. Di sebelah kiri gerai ayam adalah gerai ikan, jadi Upin dan Ipin dengan senang memujuk kakak mereka untuk membeli ikan pula. Di gerai ikan, mereka disambut oleh pelbagai jenis ikan dan hasil tangkapan laut dengan rakaman suara pegerai perempuan yang berulang-ulang sementara si pegerai senyap sambil mengipas.

Ini ikan ka

"Ini ikan ka?"

Ros memetik seekor ikan untuk dibeli, tetapi ditegah oleh Upin dan Ipin kerana bukan ikan itu yang mereka kehendaki. Satu demi satu ikan dipetiknya tetapi langsung tidak memuaskan kehendak adik-adiknya yang mengingini ikan yang kecil, cantik dan hidup. Pegerai cuba memahami mereka dengan menunjukkan gambar ikan dalam buku abjad tadika.

Bahagian 2[]

Usik megafon gerai ikan

Ini balasannya sebab tak faham.

Upin dan Ipin kembali dari pasar bersama Kak Ros, dengan perasaan penuh kecewa kerana pegerai ikan yang tidak faham kemahuan mereka. Bila ditanya Opah, begini jawabnya: Upin menerangkan kepada pegerai bahawa nama ikan yang mereka cari itu "ikan laga-laga" tetapi pegerai itu menyebut ulang bunyinya bagaikan "ikan lakar". Setelah kecewa dalam miskomunikasi, Ipin membalas dengan memadamkan pembesar suara gerai ikan. Tindakan itu nyata memalukan Ros yang menegah adik-adiknya dari mengikutnya ke pasar lagi.

Opah berpesan bahawa benar kata si pegerai Nyonya bahawa nama ikan yang dicari oleh Upin dan Ipin ialah ikan laga, malah ia tidak dijual di pasar. Maka Upin dan Ipin menaruh rasa geram terhadap Mail yang menipu mereka tempoh hari. Pesan Opah, ikan laga banyak terdapat di sungai, tetapi Kak Ros cepat mencelah supaya melarang mereka ke sungai kerana berbahaya. Tambah Opah, mereka boleh pergi ke sungai dengan bimbingan orang dewasa seperti Tok Dalang. Sebaik sahaja terdengar kata-kata itu, Upin dan Ipin terus meluru keluar dari rumah.

Tok dalang ajak tangkap ikan

Jom memancing!

Seperti yang dijangka, mereka meluru ke rumah Tok Dalang lalu memanggil namanya. Pintu disambut oleh Tok Dalang yang sedang mengantuk kerana terkejut dari tidur siangnya. Upin dan Ipin pun meluahkan hajat mereka kepada Tok Dalang untuk menangkap ikan laga di sungai. Tok Dalang membalas dengan menutup pintu dengan kuat, kemudian muncul di tepi rumah dengan kelengkapan memancing, motosikal dan ajakan yang mesra.

Upin dan Ipin dengan Tok Dalang tiba di tepi sungai, di mana Mail, Mei Mei dan Jarjit sudah lama dihampakan dengan sampah demi sampah yang tersangkut dalam joran mereka. Tok Dalang bertanya mereka bertiga itu pergi dengan siapa, jawabnya mereka datang bertiga-tigaan sahaja atas ajakan Mail. Itu memang tidak disenangi oleh Tok Dalang, Upin dan Ipin. Maka Tok Dalang menegur Mail bertiga tiga perkara penting sebelum memancing di tepi sungai: memberitahu ibu bapa dahulu, ditemani orang dewasa, dan menyediakan umpan.

Sampah yang dipancing

Banyaknya sampah...

Tok Dalang memasang cacing umpan pada kail lalu melemparkan tali joran ke dalam air sungai. Kemudian, dia bertanya kepada budak-budak sama ada mereka memancing apa-apa. Tiada, jawab Jarjit, sambil menuding ke arah sampah-sarap yang terpancing di belakang mereka. Sebaik sahaja melihat longgokan sampah itu, nada Tok Dalang bertukar lantang dengan kekecewaan, mengeluh sungai yang tercemar hingga menyukarkan kerja memancing ini.

Tiba-tiba sahaja, joran Tok Dalang ditarik kuat. Setelah bergelut, akhirnya Tok Dalang mengail seekor ikan yang besar. Tetapi bukan ikan itu yang dicari oleh kanak-kanak berlima, sebaliknya ikan laga. Berkenaan itu, Tok Dalang berpesan supaya tidak menggunakan joran, tetapi menggunakan tangguk untuk menangkap ikan laga.

Bahagian 3[]

Kolam ikan laga

Sinilah tempat untuk menangkap ikan laga.

Tok Dalang membawa Upin dan Ipin dan kawan-kawan untuk beredar kerana sungai tadi tidak sesuai untuk mencari ikan laga. Mereka tiba di sebuah kolam yang didiami kotak, lalu menunjukkan buih-buih di muka air yang menandakan kehadiran ikan laga, kemudian menangguk air berbuih itu untuk menangkap ikan laga yang dikehendaki. Tok Dalang tolong menangkap seekor demi seekor ikan laga, seekor untuk seorang kanak-kanak.

Ikan laga menarik

Cantiknya ikan laga tu...

Sambil menunggu ikannya, Mei Mei memuji-muji kecantikan warna ikan kawan-kawannya. Upin, Ipin, Mail dan Jarjit nyata berpuas hati dengan ikan masing-masing. Tetapi apabila diberi ikan laganya, Mei Mei bermasam muka pula. Apabila ditanya sebab oleh Tok Dalang, Mei Mei mengeluh kerana ikannya tidak berwarna. Jelas Tok Dalang, ikan laga Mei Mei adalah betina dan comelnya sesuai dengan Mei Mei. Dengan itu hilanglah kemuraman Mei Mei dan dia pun mengikut kawan-kawan lelakinya dengan ceria.

Upin dan Ipin gembira kembali di rumah untuk menunjukkan ikan-ikan laga mereka kepada Kak Ros. Kak Ros mengulas ikan mereka dengan mulut tajam, berkata hendak goreng. Upin dan Ipin cepat membalas dengan menyerahkan beg kertas yang berisi ikan besar yang ditangkap oleh Tok Dalang dari sungai.

Ikan goreng sedap

Sedapnya ikan!

Malam nanti, Kak Ros siap menggoreng ikan besar untuk makan malam. Bau lazat ikan itu cukup untuk membuat Upin dan Ipin memuji masakan kakak mereka, malah membuat mereka tidak sabar untuk makan hingga terlupa untuk berdoa dahulu; mujur mereka diingatkan oleh Kak Ros. Kak Ros menanya Ipin sama ada ikan goreng lebih sedap daripada ayam goreng. "Betul, betul, betul" balas Ipin seperti dijangka, tetapi dia segera menarik balik dan bertegas bahawa ayam goreng tetap lebih sedap.

Mana ikan atuk

Mana ikan atuk?

Pesan Opah, ikan sungai memang sedap, lebih-lebih lagi yang baru ditangkap, segar dan manis rasanya. Kak Ros memesan adik-adiknya untuk mengikut Tok Dalang pergi memancing semula. Itu membuat Upin dan Ipin baru teringat akan Tok Dalang. Pada masa yang sama, Tok Dalang mengetuk pintu mereka, maka Upin dan Ipin pergi menyambut. Seperti yang mereka khuatiri, Tok Dalang datang untuk meminta ikan yang ditangkapnya siang tadi. Maka Upin dan Ipin dengan rasa malu menjemputnya masuk.

Laga ikan

Perlawanan yang dinanti-nanti...

Keesokan hari, Upin, Ipin, Mail dan Jarjit berkumpul di pondok tempat bermain bersama ikan masing-masing untuk bermain laga-laga. Mula-mula, ikan Upin (merah) lawan ikan Jarjit (ungu). Ikan Upin menang dengan satu tumbukan kencang. Akan tetapi, permainan diganggu oleh Mei Mei yang menyuruh berhenti, diekori Ehsan dan Fizi untuk turut berseronok. Akan tetapi, Ehsan tidak membawa ikannya kerana sudah mati setelah penat melawan bayang cermin. Mail cuba menawar Ehsan ikan baru "dua seringgit". Tindakan Mail terus dicemuh oleh kawan-kawan lain.

Ujar Mei Mei, kerana apa yang menimpa ikan Ehsan, tidak elok mereka bermain ikan laga lagi. Akan tetapi, Mei Mei memuji kecantikan bekas ikan Upin dan Ipin berdua lalu bertanya dari mana diperolehinya. Rupa-rupanya itu pasu bunga dari rumah!

Advertisement