Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement

"Raja Buah" (tiga bahagian) ialah episod ke-28, ke-29, dan ke-30 (episod ke-10 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-6 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Akumenang

Upin dan Ipin bertemu dengan durian.

Tok Dalang membawa sebakul durian ke gerai Muthu, bersinggah dan menceritakan kepada Muthu betapa menjadi- hasil dari dusun duriannya tahun ini. Kebetulan pula Upin dan Ipin berlumba-lumba ke dalam kawasan gerai itu, lalu tertarik dengan durian pungutan Tok Dalang. Upin turut memesan air batu campur daripada Muthu, dan Muthu menyajikan mereka ABCD – air batu campur durian – khas untuk Upin dan Ipin. Muthu juga mengingatkan Tok Dalang akan Pesta Durian, maka Tok Dalang menunjuk-nunjuk kehebatannya sebagai Raja Buah lima tahun berturut-turut. Upin mengaku tidak pernah dengar tentang Pesta Durian; jelas Tok Dalang, pesta itu sudah lama tidak dianjurkan kerana hasil durian kurang menjadi akhir-akhir ini; lagipun pernah satu musim durian banyak menjadi tetapi kebanyakannya dicuri entah siapa. Ini membuat Ipin teringat akan Oopet. Muthu mengalu-alukan Tok Dalang untuk menyertai Pesta Durian yang bakal tiba, dan Upin dan Ipin turut memujuknya. Tanpa disangka, perbualan mereka berempat dicuri dengar oleh seseorang yang berkepentingan…

Sebaik sahaja dihantar pulang dengan membonceng motosikalnya, Upin dan Ipin meminta Tok Dalang untuk membawa mereka ke dusun duriannya, dengan berjanji untuk memberanikan diri di tengah dusun pada waktu malam buta. Tok Dalang menasihati mereka supaya mendapatkan izin Kak Ros, tetapi sebaik sahaja memasuki rumah, mereka meminta izin daripada Opah dahulu. Kak Ros yang membuat kerja sekolah di meja terdengar perbualan mereka dan cepat menyampuk dengan larangan keras. Apapun, Opah memberi mereka izin dengan syarat jangan bernakal-nakal dan menyusahkan Tok Dalang.

Vroom

Upin dan Ipin membonceng motosikal Tok Dalang ke dusun durian.

Tiba malam, Opah sekali lagi menasihati Upin dan Ipin sambil membekali mereka dengan makanan. Dengan itu, adik-beradik kembar itu bertolak bersama Tok Dalang dengan menaiki motosikal ke dusun duriannya. Di tengah perjalanan, Tok Dalang berhenti sejenak untuk mengutip sebiji buah durian yang gugur untuk diberikan kepada Upin dan Ipin untuk dicium baunya – tetapi baunya busuk! Tok Dalang menghidu sendiri, dan apabila terasa tengiknya, durian itu terlepas dari tangannya hingga nyaris-nyaris menghempap kakinya! Rupa-rupanya buah durian itu busuk kerana dicemari oleh tahi ayam. Tok Dalang membuangnya dengan alasan bahawa buah itu sudah "mangkau" (belum masak tetapi sudah gugur dan berisi keras).

Bahagian 2[]

Sakitdurian

Upin menahan sakit setelah puas memegang sebiji durian yang berduri tajam.

Setibanya di dusun durian, Upin dan Ipin meletakkan topi-topi keledar mereka ke dalam bakul motosikal dan berlumba-lumba ke pondok dusun, tetapi sempat dilarang naik oleh Tok Dalang sementara dia membawa pelita ke dalam dan memasang kelambu untuk mencegah nyamuk, barulah Upin dan Ipin boleh naik. Tok Dalang menyuruh Upin dan Ipin mengutip buah-buah durian yang gugur di sekitar pondok. Upin memungut sebiji durian pun bersusah-payah menahan sakit dari duri buah sambil membawanya ke pondok, tanpa menyangka bahawa Ipin lebih bijak dengan memakai sarung tangan Tok Dalang untuk mengangkat dua biji durian dengan senang.

Setelah Upin dan Ipin puas menimbunkan durian di dalam pokok, Tok Dalang memeriksa pula sebiji demi sebiji. Buah pertama yang diperiksanya tidak elok kerana dimakan ulat, lalu dicampaknya. Yang kedua juga berlubang besar kerana dimakan tupai, dan oleh itu dibuang juga. Akhirnya, buah durian yang ketiga elok untuk dimakan, jadi Tok Dalang mengajak Upin dan Ipin memakan buah itu.

Kisahkgdurianruntuh

Tok Dalang menceritakan kisah Kampung Durian Runtuh.

Sambil makan, Upin menanya Tok Dalang akan asal-usul nama Kampung Durian Runtuh. Tiba-tiba, Sebelum mula bercerita, Tok Dalang memasang lampu picitnya untuk menyuluhi tunggul pokok. Kisahnya, tunggul pokok itu merupakan bekas pokok durian di dusun Tok Dalang yang susah hendak berbuah, jika ada pun sebiji sahaja, dan buah durian itulah dikhabarkan sebagai yang buah paling sedap sekali sehingga menarik ramai orang untuk merebut-rebutnya. Ini membuat Tok Dalang marah hingga menebang pokok itu, maka begitulah asal-usul nama kampung ini.

Upin dan Ipin meluahkan rasa kasihan kerana kesedapan buah dari pokok durian yang ditebang itu tidak dapat dirasa. Tok Dalang menyuluhi pula pokok-pokok dalam dusun untuk menunjukkan mereka buah durian yang lebih sedap, contohnya D24, Musang King, Musang Bermisai. Selepas itu, Tok Dalang mengajak Upin dan Ipin bersiar-siar di sekitar dusun. Di awal perjalanan lagi, Ipin berasa seram hingga tersandung batu nisan! Upin dan Ipin terjumpa sebiji durian gugur dekat bangkai kayu, tetapi belum sempat mereka memungutnya, mereka dikejutkan oleh kelawar yang keluar dari bangkai kayu itu. Tok Dalang berpatah balik untuk menenangkan keadaan, tetapi seketika kemudian durian itu hilang pula!

Tok Dalang menyuruh Upin dan Ipin untuk berehat di pondok sementara dia menyiapkan kerja di dusun. Tidak lama kemudian, dia mengejutkan kembar itu untuk membawa mereka pulang ke rumah. Maka mereka mencelikkan mata . Apabila ditanya, Tok Dalang sudah memilih durian yang hendak dipertandingkan di pesta kelak.

Bahagian 3[]

Afdlin shauki

Afdlin Shauki, pengadil jemputan Pertandingan Raja Buah.

Tibanya hari pertandingan Pesta Durian di Kampung Durian Runtuh, dihoskan oleh Abang Tiger dengan Afdlin Shauki sebagai pengadil jemputan untuk pertandingan Raja Buah. Turut mengambil bahagian adalah Jarjit Singh. Dalam ucapan pembukaan, Afdlin mengambil kesempatan untuk memuji Muthu kerana ABCD-nya yang sedap.

Mula-mula, Afdlin menilai Durian Kampung Pak Selamat dengan kepujian. Kedua, giliran Durian Merah yang berisi merah, tetapi tawar rasanya. Ketiga, giliran Durian Tembaga yang dipertandingkan oleh Nurul binti Ahmad, Guru Besar Tadika Mesra, dipuji lebih-lebih oleh Afdlin. Keempat, Jarjit dengan "durian belanda", iaitu sejenis buah yang kecil, berduri jarang dan dan jauh berbeza dengan durian. Penyertaan Jarjit mendapat bantahan, tetapi Afdlin tetap menerima apa-apa sahaja buah yang bernama durian. Setelah buahnya dinilai, Jarjit bertanya, "Dua tiga soalan senang, boleh kasi saya menang?" Balas Afdlin, "Dua tiga kucing salih, tak boleh..."

Durianketu

Jarjit Singh mempertandingkan 'durian yang lain daripada yang lain'.

Seterusnya pula, Durian Musang King yang dipertandingkan oleh Roy, lelaki berjanggut yang mencuri dengar perbualan Upin, Ipin, Tok Dalang dan Muthu di gerai dahulu, kemudian mencuri masuk dusun Tok Dalang dan akhirnya membantah penyertaan Jarjit tadi. Malang sekali buat Roy, ulas Afdlin, duriannya keras. Akhir sekali, Tok Dalang dengan Durian Duri Hitam yang mengeluarkan bau yang kuat selepas dipotong, membuat Afdlin melahap durian itu hingga habis lalu mengisytiharkan Tok Dalang sebagai pemenang dengan mulutnya yang tersumbat!

Setelah pertandingan tamat, Afdlin yang kepanasan badan rehat di atas kerusi sambil terdesak meminta air. Tok Dalang memberinya air dalam kulit durian. Sebaik sahaja minum air itu, Afdlin tersendawa dan mengeluarkan bau yang kuat dan busuk, membuat semua orang lain berlari jauh daripadanya! Sementara Upin dan Ipin menolong Tok Dalang membawa piala pulang, Ehsan memenangi satu lagi pertandingan pemakan durian terbanyak.

Trivia[]

Tupaimakandurian

Kemunculan Sang Tupai

  • Ipin mengungkit nama Oopet dalam babak gerai Muthu. Oopet merupakan watak makhluk ghaib yang muncul dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula (2009).
  • Watak Sang Tupai dari Pada Zaman Dahulu membuat kemunculan dalam babak dusun, melahap durian berlubang besar yang dicampak oleh Tok Dalang.

Video[]

Promo_UI_Musim_6_-_Raja_Buah_18_Nov,_6Ptg_-_TV9

Promo UI Musim 6 - Raja Buah 18 Nov, 6Ptg - TV9


Tonton di RCTI+[]

Advertisement