Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Metrobot, Bergabung!" (enam bahagian) ialah episod ke-37, ke-38, ke-39, ke-40, ke-41 dan ke-42, iaitu kisah terakhir dalam musim ke-5 daripada siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan.

Episod ini turut digabungkan bersama episod "Demi Metromillenium" untuk membentuk Telemovie Demi Metromillenium yang disunting istimewa sempena Hari Tahun Baharu 2014.

Plot[]

Bahagian 1[]

Ehsan mengajak Upin, Ipin, Fizi dan Jarjit ke Pusat Jalur Lebar Komuniti, sebuah pusat internet yang disediakan oleh pihak kerajaan di Kampung Durian Runtuh. Bagaimanapun, pusat itu hampir penuh dengan pengguna yang menggunakan komputer untuk bermacam-macam perkara, seperti persidangan video mahupun permainan. Mujurlah Ehsan sempat menemui tempat kosong dan mengajak keempat-empat kawannya untuk berkumpul di tempat yang sama. Akan tetapi, mereka berlima masih kecil dan tidak begitu pandai menaip. Setelah diminta supaya mencari video Sarjan Husin (sebuah siri TV futuristik), Ehsan terkial-kial mencari huruf-huruf untuk mengeja nama Sarjan Husin pada papan kekunci untuk dicari di Internet. Ini diburukkan lagi dengan sikap kurang sabar kawan-kawannya yang berebut papan kekunci dan tetikus dengan Ehsan, tetapi perbuatan mereka itu sempat dipatahkan dan Ehsan siap menaipkan nama Sarjan Husin. Setelah mencari video Sarjan Husin, mereka sama-sama menyanyikan lagu temanya, dan juga mendapat perhatian seorang peminat yang berusia remaja.

Sjnhusin

Sarjan Husin.

Sarjan Husin sedang mengejar dua buah robot jahat berbentuk telur yang menceroboh Penjara Millenium. Dia mencuri perhatian mereka dengan menembakkan laser ke arah mereka yang cuba memecah masuk sebuah pintu yang terlindung, lalu dikejar oleh robot-robot sampai keluar dari bangunan. Sebagai umpan kepada robot-robot itu, Sarjan Husin menyuruh motosikalnya untuk datang ke pangkuannya dan menembakkan peluru berpandu ke arah robot-robot musuh itu. Setelah dua robot itu dibereskan, Sarjan Husin dikejar pula oleh banyak lagi robot telur yang seumpamanya dan terpaksa menunggang motosikalnya dengan lebih laju. Akan tetapi, motosikalnya ditembak di belakang oleh pancaran laser robot musuh sampai hilang kawalan. Akhirnya motosikal itu jatuh dari cenuram bangunan, dan Sarjan Husin sempat berpaut pada tepi cenuram untuk menyuruh bantuan, tetapi sedas lagi tembakan menyebabkan dia terlepas tangan dan terjatuh. Mujurlah dia jatuh dengan selamat kerana memakai baju perisai, maka dia terus bangun dan bergegas ke tiub pengangkut manusia untuk menyelamatkan diri, tetapi dia masih dikejar oleh robot-robot jahat itu dalam tiub.

Sambil menonton video Sarjah Husin di komputer, Upin & Ipin membayangkan diri mereka di tempat Sarjan Husin.

Sjnu itangkaprobot

Upin dan Ipin tertangkap robot dengan jala.

Setelah turun dari tiub pengangkut, Sarjan Upin dan Sarjan Ipin melepaskan jaring magnet dari pistol mereka ke arah robot-robot telur itu. Ada sebuah lagi robot yang tidak terkena jaring dan sempat melarikan diri.

Bahagian 2[]

Dalam bilik kawalan ibu pejabat polis, Mei Mei menerima pesanan dari Sarjan Upin untuk memeriksa data robot telur yang dihantar ke balai. Selepas menerima data, Mei Mei pergi ke makmal untuk menyerahkan data robot itu kepada Ehsan dan Fizi.

Meimeiehsanfizimakmal

Upin dan Ipin melawat makmal.

Sementara itu, di tempat kejadian tembak-menembak di Penjara Millenium, polis beruniform mengumpul bangkai robot sementara Sarjan Upin dan Ipin mendapat rawatan segera. Selepas itu, dua sarjan cilik itu pergi ke mesin layan diri, bukan untuk membeli gula-gula tetapi untuk memasuki pintu rahsia ke ibu pejabat polis. Mereka menaiki lif rahsia yang berjalan secara menegak, melintang dan melengkung ke arah bilik kawalan. Setibanya di situ, mereka menanya Mei Mei sama ada robot itu sudah diperiksa. Kemudian, Mei Mei membawa mereka ke makmal, di mana Ehsan dan Fizi menerangkan bahawa robot telur itu banyak persamaan dengan robot-robot bidak yang pernah dikeluarkan oleh Dr. Sally (rujuk episod "Demi Metromillenium"). Dengan itu, Ehsan meneka bahawa kejadian itu angkara Dr. Sally, tetapi Fizi mengingatkan bahawa Dr. Sally sedang meringkuk dalam penjara. Oleh itu, Sarjan Upin dan Ipin bergegas keluar untuk melanjutkan penyiasatan.

Sementara itu, robot yang terlepas dari jaring magnet Sarjan Upin dan Sarjan Ipin tadi kembali ke markas yang serba merah jambu, di mana ia dimatikan oleh tuannya, seorang kanak-kanak perempuan, kerana gagal melaksanakan misi.

Sally di penjara

Upin dan Ipin melawat Dr. Sally di penjara.

Sarjan Upin dan Sarjan Ipin tiba di Penjara Millenium untuk menyoal Dr. Sally. Upin cuba menyebut kata laluan iaitu "Betul, betul, betul" kepada sistem perlindungan, tetapi tidak menjadi kerana gayanya tidak betul, jadi terserah sahaja pada Ipin. Setelah masuk, mereka melihat bilik penjara yang serba merah jambu dan berhias itu tampak tiada penghuni, tetapi mereka teringat bahawa Dr. Sally dikecilkan lalu disimpan dalam sebuah sangkar yang terletak di tengah bilik. Dari sangkar itulah keluarnya ketawa bahak-bahak dari mulut Sally yang geli hati menonton berita.

Bahagian 3[]

Upin dan Ipin mendekati sangkar itu untuk memisit penghuninya, Dr. Sally tentang kekacauan di penjara tadi, dengan menunjukkan helaian suratkhabar elektronik yang memaparkan gambar robot telur. Dr. Sally mengaku bukan pembuat robot-robot itu memandangkan dirinya berada di penjara, apalagi mengecam robot-robot itu sebagai "buruk".

Di kedai antik yang pernah menjadi markas Dr. Sally, budak perempuan yang mendalangi robot-robot telur membuka tangga rahsia ke markas dan mengidupkan semula sebuah robot ketam yang usang. Selepas robot itu siap dibaiki, gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Lisa dan memberi robot itu satu tugas.

Lisa

Penjahat baru.

Ibu pejabat polis Metromillenium sekali lagi menerima laporan keganasan robot telur di tengah kota, lalu menyampaikan kecemasan itu kepada Sarjan Upin dan Sarjan Ipin yang menunggang motosikal di luar. Setibanya di tempat kejadian, mereka mendapati bilangan robot telur itu bertambah banyak serta kemunsahan besar yang ditimbulkan robot-robot itu, maka mereka berdua terpaksa berpecah dan masing-masing mengalih perhatian robot-robot itu. Ipin membuat serangan pertama dengan menembakkan pistol agar-agar untuk melumpuhkan beberapa buah robot.

Akan tetapi, perhatian Ipin dialih oleh Lisa yang rupawan berdiri di tengah-tengah keadaan huru-hara di kota, sampai motosikalnya ditembak lalu terbabas. Nasib baik Ipin sempat melancarkan pistol angin dan menembak balas robot-robot yang mengejarnya secara mengejut. Setelah menembak ke arah mereka secara sembarangan, Ipin menjumpai kelemahan robot itu iaitu punat di belakang, jadi dia menembak tepat kepada punat-punat itu. Ipin menyampaikan khabar kelemahan robot itu kepada Upin yang berada di jauh.

Setelah dihubungi oleh Ipin, Upin masih diekori robot-robot tetapi dikejutkan oleh sebuah robot yang muncul dengan tiba-tiba di depan, menyebabkan Upin jatuh dan motosikalnya terhempas pada bangunan ibu pejabat polis. Dengan berpandukan apa yang diberitahu Ipin, Upin bertungkus-lumus menembak anggota lemah robot itu.

U ilawanrobottelur

Upin dan Ipin berlawan sengit dengan Robot Telur.

Baru menembak jatuh tiga buah, pistol Upin tercicir kerana ditembak oleh gerombolan robot dari belakang. Untuk itu, Upin mengalih perhatian mereka dengan hologram dirinya supaya mudah mengambil balik pistolnya. Akan tetapi, pistol itu bermasalah kerana jatuh tadi; selepas diketuk-ketuk barulah "pistol angin" dapat dilepaskan untuk menghembus gerombolan robot yang mengepung Upin. Sarjan Upin dan Sarjan Ipin bersatu semula sambil dikepung oleh lebih banyak robot telur jahat yang bersiap sedia dengan perisai maya. Apabila robot-robot itu cukup dekat dengan dua sarjan muda itu, tiba-tiba mereka semua berundur, dan Mei Mei menghubungi mereka dengan khabar bahawa Dr. Sally sudah terlepas.

Bahagian 4[]

Ketamselamatkansally

Dr. Sally bolos dari penjara.

Setelah menerima khabar bahawa Dr. Sally sudah melarikan diri, Sarjan Upin dan Sarjan Ipin bergegas ke Penjara Millennium untuk meninjau keadaan sambil menganalisa kesan-kesan serangan itu dengan cermin mata canggih mereka. Di lobi penjara terdapat petugas-petugas penjara yang cedera, bangkai robot dan satu bekas jejak kaki robot yang menuju ke arah bilik kurungan Dr. Sally.

Menurut telahan Ipin: dua buah robot telur bersama sebuah robot ketam meletupi pintu besar penjara dan mengikuti koridor ke arah bilik Dr. Sally. Kemudian salah satu robot telur bersama robot ketam melalui koridor yang dipenuhi dengan peranti penembak laser. Robot telur itu dihancurkan oleh laser-laser itu tetapi robot ketam berjaya mengatasi penembak-penembak laser itu dan sampai ke sangkar Dr. Sally kerana lebih kecil dan lincah. Selepas berjumpa lagi dengan tuannya, robot ketam cuba melepaskan Dr. Sally dengan memecah sangkar, tetapi gagal kerana sangkar itu terlalu kebal. Oleh itu, robot ketam menjatuhkan sangkar itu ke atas lantai dan menggunakan tembakan dari lengan bangkai robot telur untuk memecahkan sangkar itu, barulah ia boleh membawa tuannya keluar.

Dr. Sally bersama robot ketam akhirnya kembali di markasnya yang dikendalikan oleh anak didiknya, iaitu Lisa. Selepas menegur Lisa kerana lambat membuat kerja, Dr. Sally menyuruhnya untuk membesarkan tubuhnya. Untuk itu, Lisa membubuh Cecair Membesar Radioaktif ciptaan sendiri pada Dr. Sally, dan ia berkesan; Dr. Sally kembali besar dan tersedu. Setelah memulihkan besar badan gurunya, Lisa menerangkan kepada Dr. Sally bahawa dia sedang menggunakan teknologi Leucadendron Vroom Vroom sebagai ganti kunci engkol demi robot yang tahan lebih lama. Dr. Sally berasa teruja mendengar taklimat kecil Lisa, tetapi setelah Lisa menunjukkan robot telur sebagai ciptaan berasaskan teknologi baru itu kepadanya, dia melenting dan memarahi Lisa kerana tidak berkenan dengan reka bentuk robot itu, sampai Lisa menangis! Dr. Sally mengubati kesedihan Lisa dengan memujuknya bersama-sama membuat robot besar (dan tersedu lagi kerana kesan sampingan cecair membesar itu). Apapun, mereka berdua melangkah masuk ke dalam makmal untuk mengerjakan rancangan jahat yang seterusnya.

Bahagian 5[]

Sallydenganlisa

Latar belakang Lisa.

Sarjan Upin dan Sarjan Ipin melangkah ke arah mesin layan diri yang dijadikan pintu rahsia ke ibu pejabat polis. Upin bertanya, siapa yang menghantar robot itu; keluh Ipin, sudah 10 kali dia ditanya dengan soalan itu tetapi dia masih tidak tahu. Upin menganggap jawapan Ipin itu tidak bernas dan menegur adiknya itu tentang tanggungjawab mereka sebagai polis kepada bandar, tetapi Ipin dan menutup terimaan bunyi pada cermin mata canggihnya supaya tidak mendengar leteran abangnya. Ipin berpaling dari Upin dan merenung lolipop dalam mesin layan diri itu, lalu teringat akan sesuatu, maka dia membawa Upin bergegas ke makmal.

Di makmal, Ehsan dan Fizi sedang menyiapkan pemasangan kereta kebal melalui komputer, apabila mereka disuruh oleh kedua-dua sarjan dan Mei Mei yang baru masuk untuk menolong mereka. Atas suruhan Ipin, Mei Mei memutarkan video serangan di bandar yang dirakam dalam cermin matanya, dan membekukan video itu pada detik di mana ada seorang budak perempuan (Lisa) dengan lolipop yang tenang dan tercegat di tengah kehuru-haraan itu. Upin meminta Mei Mei untuk mendapatkan maklumat tentang budak itu, barulah mereka tahu Lisa itu anak murid Dr. Sally!

Robottelurgergasi

Robot Telur Gergasi keluar!

Tiba-tiba, Dr. Sally menghubungi ibu pejabat polis dan skrin-skrin awam di seluruh bandar melalui persidangan video untuk membuat ugutan terbaru kepada Metromillennium, iaitu suatu "robot gergasi", tetapi sekali lagi berakhir dengan seduan. Setelah menonton pengumuman penjahat itu, Sarjan Upin dan Sarjan Ipin sekali lagi bergegas, tetapi Ehsan sempat meminta mereka tunggu supaya dia boleh memperkenalkan kenderaan-kenderaan baru untuk kegunaan mereka berlima dalam misi kali ini – dua buah kereta berapung (untuk dipandu oleh Upin dan Ipin), sebuah pesawat (Mei Mei) dan sebuah kereta kebal (Ehsan dan Fizi).

Sekali lagi kota Metromillennium diganasi oleh robot-robot telur ciptaan Lisa, tetapi kali ini mereka mudah dihapuskan oleh kenderaan-kenderaan istimewa polis yang baru dicipta dan dipandu oleh Upin, Ipin dan tiga rakan seangkatan dengan penuh kemahiran dan keyakinan. Selain menembak-nembak, kereta Upin dan Ipin juga dilengkapi dengan ciri Pistol Graviti yang melepaskan bendalir istimewa yang menarik musuh-musuh buatan besi itu kepada tanah supaya mereka lebih mudah ditembak. Walaupun semua robot telur dihapuskan, ancaman masih belum pudar. Munculnya robot gergasi berbentuk telur yang dijanjikan oleh Dr. Sally!

Bahagian 6[]

Metrobot

Metrobot, bergabung!

Robot Telur Gergasi, mecha ciptaan terbaru Dr. Sally dan Lisa yang memandunya bersama-sama, menunjukkan kehebatannya dengan menembak ke arah kereta-kereta Sarjan Upin dan Sarjan Ipin, tetapi tembakan itu tersasar dan menebuk lubang di sebuah bangunan di belakang mereka. Untuk melawan ancaman terbesar ini, Upin dan Ipin menyeru semua rakan seperjuangan mereka supaya menggabungkan kenderaan mereka. Dengan itu, kenderaan-kenderaan itu bercantum menjadi sebuah mecha yang sebesar dengan robot telur gergasi itu iaitu Metrobot; kereta Upin dan Ipin menjadi lengan, pesawat Mei Mei menjadi dada dan kepala sementara kereta kebal Ehsan dan Fizi menjadi kaki.

Metrobotlwnrobottelurraksasa

Pertarungan hebat antara gergasi.

Setelah siap bercantum, Metrobot membuat tembakan pertama ke arah mecha Dr. Sally, tetapi ditampan oleh perisai jentera telur itu. Lisa yang kagum dengan kehebatan mecha mereka memujuk Dr. Sally supaya mencuba robot itu, jadi Dr. Sally pun memberinya. Metrobot membuat serangan terajang ke arah mecha Dr. Sally, dan kali ini ia tidak terelak dan cuma mahu menahannya. Jadi Dr. Sally merampas balik kawalan mechanya lalu menumbuk Metrobot. Setelah seketika tembak-menembak, Dr. Sally mengatasi Metrobot dengan menghidupkan medan daya untuk membuat mecha polis itu terlanggar tiba-tiba, kemudian melepaskan rantai untuk melumpuhkan Metrobot dan menembak-nembak ke arahnya sampai musnah.

Metrobotlwnrobottelurraksasa2

Serangan penamat.

Apabila Dr. Sally bersedia membuat tembakan pemusnah, dia tersedu pula, menyebabkan pancaran pembinasa tersasar dan melepas ke udara. Metrobot akhirnya melepaskan diri dan membuat taktik menyalin diri iaitu menghasilkan beberapa hologram Metrobot untuk mengelirukan musuh. Setelah dilengahkan dengan menembak-nembak ke arah Metrobot-Metrobot palsu itu, akhirnya mecha Dr. Sally dan Lisa dijatuhkan sampai hampir rosak. Semasa mecha Dr. Sally bangun semula dan sekali lagi mencuba serangan pemusnah, Metrobot bersedia dengan senjata Pengadilan Lastik untuk membalas tembakan Dr. Sally dan mengakhiri pertarungan antara jentera gergasi di pihak keadilan. Di tengah-tengah meraikan kejayaan, mecha Metrobot tersentap pula. Rupa-rupanya Kak Ros mengakhiri pengembaraan imaginasi mereka dengan memulas telinga adik-adiknya kerana geram atas kelalaian mereka untuk pulang sebelum maghrib.

Sekembali di rumah untuk waktu makan, Upin dan Ipin menceritakan pengalaman mereka menonton kartun di pusat Internet kepada Opah. Opah kagum dengan cerita itu tetapi tidak berkenan kerana mereka berdua lupa untuk balik rumah. Kak Ros dengan tegasnya menasihati adik-adiknya bahawa Internet digunakan untuk belajar dan mencari maklumat, bukan untuk asyik bermain atau berhibur. Ipin membalas teguran kakaknya dengan menyindir kerana Kak Ros tidak dapat bermain. Untuk itu, Opah pula mengingatkan cucu-cucunya bahawa pada zaman dahulu tiada kemudahan sedemikian, serta memesan supaya menggunakan kemudahan-kemudahan baru ini dengan cara yang berfaedah. Akhirnya, Upin dan Ipin meminta maaf daripada Kak Ros kerana menyusahkannya dan Opah tadi. Upin mengajak Opah ke pusat internet pada hari keesokan, tetapi Opah menolaknya.

Trivia[]

Kineticvroomvroom
  • Dalam edisi Telemovie Demi Metromillenium, babak yang mana Lisa menunjukkan robot ciptaannya kepada Dr Sally diubah suai di mana robot itu diganti dengan alat jana kuasa Kinetik Vroom Vroom yang berbentuk gasing dan sama fungsinya dengan alat jana kuasa di Portal Janakuasa Dr. Jarjit.

Tonton di RCTI+[]

Advertisement