Upin & Ipin Wiki
Advertisement
T2UUpinIpin

Poster Upin & Ipin the Musical 2012.

Upin & Ipin the Musical ialah sebuah acara pementasan adaptasi siri Upin & Ipin yang dipersembahkan oleh Les' Copaque Production dengan kerjasama CTRA Production. Pementasan ini dilancarkan pada tahun 2012 khusus buat para peminat setia Upin & Ipin sempena meraikan kejayaan penyiaran siri animasi ini secara lima tahun berturut-turut.

Musim 2012[]

Pementasan sulung Upin & Ipin diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur mulai 14 April hingga 7 Mei 2012. Sepanjang tempoh tersebut, pementasan diadakan pada waktu 8.30 malam setiap hari dan juga pada waktu 3 petang setiap hujung minggu, terdapat 23 sesi malam dan tujuh sesi petang kesemuanya. Setiap sesi tempohnya sekitar 90 minit.[1] Kesemua persembahan ini dipentaskan dalam bahasa Melayu, kecuali satu sesi petang istimewa dalam bahasa Inggeris pada 28 April.[2] Pementasan ini diarah dan ditulis skripnya oleh Zaifri Husin, diserikan dengan lagu-lagu ciptaan Pak Ngah dan koreografi oleh A. Aris Kadir.

Demi mengurangkan tekanan ketika berlakon, pementasan ini menggunakan dua set pelakon yang berbeza dan bergilir-gilir naik pentas, iaitu kumpulan "Upin & Ipin A" dan "Upin & Ipin B". Pemegang watak-watak utama "Upin & Ipin A" dipegang oleh Joshry Adamme Rizq Arish Khairul Fazril (Upin) dan Muhammad Faritz Danial Roshaimi (Ipin), dan "Upin & Ipin B" pula Faris Azim Abd Karim (Upin) dan (Ipin).[3][4] Barisan pelakon diserikan oleh Mazhar Mahathir yang memegang watak doktor gigi, Doktor Ravi.

Sinopsis[]

Upin dan Ipin serta rakan-rakan sedang bermain dan berteduh di dalam sebuah gua ketika hari hujan. Namun, nasib mereka malang apabila sekumpulan labah-labah yang marah mengejar mereka sehingga ke tergelongsor jatuh Ke dalam terowong. Puteri Cinonet yang memang ingin mengenali kanak-kanak yang paling gembira di dunia, iaitu Upin dan Ipin telah dibawa ke kerajaan Cinonet setelah terpisah dari rakan-rakan mereka. Upin dan Ipin telah mengajar erti kegembiraan kepada Puteri Cinonet dengan mengajarnya pelbagai aktiviti yang menarik. Namun, kehilangan Upin dan Ipin menjadi satu kegusaran buat rakan-rakannya di Bumi.[5]

Rujukan[]

  1. Adventurous pair, 10 April 2012. Dicapai pada 22 April 2012.
  2. Upin & Ipin to perform on stage, The Star Metro, 2 March 2012. Dicapai pada 22 April 2012.
  3. Dua set Upin dan Ipin, Kosmo!, 6 Mac 2012. Dicapai pada 22 April 2012.
  4. Tidak boleh duduk diam, Harian Metro, Dicapai pada 22 April 2012.
  5. Sinopsis Upin dan Ipin The Musical, 14 April -6 Mei, Lirikami. Dicapai pada 22 April 2012.

Pautan luar[]

Advertisement