Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement


Muhammad Al-Hafezzy, lebih mesra dipanggil Fizi, ialah salah seorang rakan Upin dan Ipin. Dia juga akrab dan sering kelihatan bersama Ehsan.

Rupa[]

Sifat luaran Fizi yang paling ketara di kalangan yang sebayanya ialah wajahnya yang kurang berisi berbanding kawan-kawannya, dengan dagu yang tajam. Perbezaan itu makin ketara apabila dibandingkan dengan Ehsan yang gempal dari pangkal ke hujung.

Perwatakan[]

Fizi terkenal sekali kerana suka mentertawakan kawan-kawannya, terutamanya sekali Ehsan dengan gelaran "Intan Payung", kerana itulah timangan yang juga dipakai oleh bapa Ehsan untuk anaknya itu. Biarpun dengan sikap itu, kawan-kawannya tidak kisah berkawan dengannya.

Kadang-kadang, Fizi cenderung untuk terlepas cakap. Pada asalnya, dia bersifat sedikit pemalu. Namun, semakin lama, dia mula memberanikan diri untuk lebih peramah, walaupun kadang-kadang sifat ramahnya itu melebihi batasnya.

Trivia[]

  • Ciapan di Twitter yang menyatakan permohonan maaf Fizi kepada Upin dan Ipin selepas kejadian di episod Syahdunya Syawal merupakan ciapan yang paling popular di Malaysia sepanjang tahun 2020.
Advertisement