Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement


"Gigi Susu" ialah episod ke-4, ke-5 dan ke-6 (episod ke-2 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ketujuh siri Upin & Ipin.

Plot

Bahagian 1

Episod ini bermula dengan Upin memperkenalkan dirinya dan adiknya, Ipin. Apabila Ipin ingin menjawab ‘betul, betul, betul’, Ipin menjawab tanpa membuka mulutnya. Maka bunyi ‘betul, betul, betul’ kurang jelas, lalu Upin menyuruh Ipin menjawab dengan betul-betul. Oleh itu, penonton dan Upin barulah nampak yang gigi susu Ipin yang pertama telah tercabut.

Gigilonggar

Teka gigi siapa longgar...

Opah sedang membasuh pinggan, Kak Ros sedang mengelap meja. Upin dan Ipin datang dengan berus gigi mereka yang telah kurang sesuai untuk terus digunakan. Kak Ros memberitahu bahawa berus gigi mereka baru sahaja ditukar. Upin dan Ipin pula memberitahu bahawa mereka berdua rajin berus gigi, bukan macam Kak Ros yang jarang-jarang berus gigi. Kak Ros kemudian membalas dengan senyumannya yang berkilaukan gigi berkata bahawa dia berus gigi 3 kali sehari. Opah pula menyuruh Upin & Ipin pergi ambil berus gigi yang baru di laci. Upin hanya terjumpa berus gigi berwarna merah-jambu. Kak Ros menjelaskan bahawa itu berus giginya. Ipin pula terjumpa berus botol yang juga berwarna merah-jambu dan menyatakan itulah berus gigi Kak Ros. Dengan itu, Upin dan Ipin tidak berjaya mencari berus gigi yang berwarna biru dan kuning. Opah kemudian berkata bahawa dia akan membeli berus gigi yang baru untuk Upin & Ipin esok.

Di bilik mandi, Upin marah-marah lalu terambil ubat gigi yang salah. Ipin kemudian memberi ubat gigi yang betul kepada Upin. Upin memberus giginya dengan cara yang diajar oleh doktor gigi di episod Gosok Jangan Tak Gosok. Ipin menyedari bahawa giginya goyang-goyang lalu ditunjuk kepada Upin. Ipin memberitahu bahawa giginya yang longgar itu tidak sakit. Upin menyuruh Ipin agar tidak bermain dengan gigi yang longgar itu supaya gigi itu tidak tercabut. Ipin menghalang Upin untuk memberitahu keadaannya kepada Opah.

Ipinsakitgigi

Gigi longgar terasa sakit bila makan.

Apabila selesai di bilik mandi, Upin & Ipin diberitahu oleh Kak Ros bahawa Opah baru sahaja keluar dari rumah. Apabila Ipin ingin memberitahu Kak Ros sesuatu, Kak Ros menghalang dengan menyuruh mereka untuk duduk dan makan supaya ayam goreng mereka tidak sejuk.

Di meja makan, Ipin tanya Kak Ros sama ada giginya pernah goyang. Kak Ros membalas dengan berkata dia goyangkan giginya yang goyang dengan kuat sampai tercabut. Apabila Ipin gigit ayam gorengnya, Ipin terasa sakit kerana giginya yang goyang. Selepas Ipin tunjuk giginya yang goyang kepada Kak Ros, Kak Ros menawarkan dirinya untuk mencabut gigi Ipin yang goyang, tetapi ditolak oleh Ipin. Kak Ros memberitahu Ipin yang jika Ipin membiarkan gigi itu goyang lama-lama, banyak makanan yang Ipin tak boleh makan.

Angsaganas

Upin dan Ipin dimarahi angsa hingga panjat pokok.

Ke rumah Tok Dalang, Upin dan Ipin ingin makan rambutan, tetapi Tok Dalang tiada di rumah, maka Upin dan Ipin ingin mengait sendiri rambutan dari pokok rambutan. Malangnya mereka tidak berjaya menjumpa galah untuk mengait rambutan. Oleh itu mereka membaling batu ke arah rambutan, tetapi terbaling pada seekor angsa lalu menyebabkan angsa itu pengsan. Apabila angsa itu ingin menyerang Upin & Ipin, Upin & Ipin berjaya memanjat pokok rambutan untuk mengelak serangan itik itu. Pada masa yang sama, Tok Dalang pulang ke rumah. Tok Dalang membantu Upin & Ipin menghalau angsa itu.

Bahagian 2

Gigipalsutokdalang

Tok Dalang rupanya memakai gigi palsu.

Tok Dalang membelanja Upin & Ipin sebakul rambutan. Ipin tidak dapat makan kerana giginya goyang. Upin menolong Ipin kopek kulit rambutan. Tok Dalang menceritakan bahawa dahulu dia mencabut gigi dengan benang: ikat benang pada pintu, kemudian tutup pintu, maka tercabutlah gigi. Tok Dalang gelak terbahak-bahak sehingga gigi palsunya terkeluar dari mulutnya. Ipin lari pulang ketakutan.

Di rumah, Opah memberitahu bahawa kita ada dua jenis gigi, gigi susu macam Upin & Ipin, dan gigi kekal macam Kak Ros. Opah juga memberitahu bahawa giginya gigi betul, bukan gigi palsu. Apabila Ipin tunjuk giginya yang goyang kepada Opah, Opah kata Ipin dah besar. Upin pula menegaskan bahawa dia adalah abang, tetapi kenapa giginya belum goyang? Opah kata gigi Upin akan goyang bila sampai masanya. Selepas Kak Ros membersihkan giginya, giginya putih sampai menyilau mata Upin & Ipin.

Gigikakrosbersinar

Gigi Kak Ros putih menyilau selepas digosok.

Di padang, tatkala Upin dan Ipin berbincang hendak bermain apa dengan kawan-kawannya, Jarjit menyorok daripada ayahnya yang ingin membawa Jarjit ke doktor gigi. Mei Mei yang terlihatnya menasihati Jarjit supaya mesti berjumpa dengan doktor gigi. Mail memberitahu bahawa semasa mencabut gigi, dia tak rasa sakit pun. Jarjit akhirnya cepat ditemui oleh ayahnya.

Gigimeimeisilau

Begitu juga dengan Mei Mei.

Ketika Mei Mei senyum, giginya silau. Mei Mei memberitahu bahawa dia gosok gigi guna kulit limau mandarin. Ehsan juga memberitahu bahawa dia gosok gigi lima kali sehari, tetapi giginya tidak seputih gigi Mei Mei. Devi pula memberitahu bahawa orang zaman dahulu gosok gigi dengan arang dan jari (tidak memakai berus gigi). Kawan-kawan pula menyenaraikan pelbagai jenis limau, Mail pula mengambil kesempatan ini dengan mempromosikan semua limau dengan ‘dua seringgit’. Ehsan kata rumahnya ada banyak limau bali. MeiMei menjawab bahawa semua limau pun boleh digunakan. Kemudian semua budak lelaki sambung bermain dengan permainan mereka. Semasa Ipin ingin menangkap kayu yang dilepaskan oleh Ehsan, Ipin tersepak batu lalu terjatuh pada mukanya.

Bahagian 3

Gigidahnakcabut

Gigi dah nak cabut!

Di rumah, Kak Ros memarahi Upin dan Ipin kerana bermain sehingga badan mereka sangat kotor. Kak Ros kata hendak menyapu ubat pada lebam Ipin akibat terjatuh tadi. Kak Ros mengacau Ipin dengan meminta Ipin membenarkannya mencabut gigi Ipin yang longgar itu. Seperti biasa, Ipin berlari ketakutan.

Semasa menonton TV, Ipin menyebabkan Kak Ros geram kerana Ipin asyik menggoyangkan giginya yang longgar dengan lidahnya. Opah mencadangkan untuk mambawa Ipin ke klinik untuk mencabut gigi esok. Upin menawarkan dirinya untuk menemani Ipin di klinik esok.

Drmimpi

Bersalamlah dengan Dr. Mimpi.

Semasa tidur, Ipin termimpi dirinya di klinik Dr. Mimpi yang kelihatan seperti Kak Ros, sedang mencabut gigi Ipin. Selepas mencabut, Dr. Mimpi membenarkan Ipin makan makanan yang banyak di atas meja. Ipin telah berjaya menangkap ayam goreng sebesar bantal yang dipeluk olehnya lalu terjatuh dari katil. Selepas itu, Ipin menyedari bahawa giginya telah tercabut. Maka Ipin pun membangunkan Upin dari tidur untuk memberitahu Upin tentang giginya yang telah tercabut. Tetapi Kak Ros berada dibelakang pintu sambil tergelak-gelak.

Ipinrongak

Ipin sudah rongak.

Keesokkan harinya, Ipin tunjuk pada Opah yang giginya sudah tercabut. Kak Ros kemudian memberitahu bahawa dia yang mencabut gigi Ipin. Kak Ros menakutkan Ipin dengan berkata Ipin masih ada 19 batang gigi untuk dicabut manakala Upin pula ada 20 batang gigi untuk dicabut. Kak Ros tak sabar untuk mencabut gigi mereka. Kak Ros gelak terbahak-bahak sampai terbatuk. Opah menyuruh Kak Ros goreng ayam banyak-banyak.

Di tadika, Ipin senyum tanpa membuka mulutnya. Kemudian kawan-kawan kini tahu Ipin sudah kehilangan satu batang gigi susu.

Advertisement