Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement

"Gong Xi Fa Cai" (tiga bahagian) ialah episod pertama, kedua dan ketiga (episod pertama mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-7 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Meimeibagilimau

Mei Mei berkongsi limau dengan kawan-kawan.

Episod ini bermula dengan kad tajuk di mana Mei Mei berkata "Nama saya Mei Mei. Ini cerita kami semua" dalam bahasa Cina. Upin, Ipin, Ehsan dan Fizi sedang bermain sepak bulu tangkis di taman. Jarjit datang dengan raket badmintonnya lalu memukul bulu tangkis tersebut. Ehsan memberitahu Jarjit bahawa mereka bukannya sedang bermain badminton. Jarjit kecewa lalu beredar. Ehsan, Fizi dan Ipin ketawa terbahak-bahak apabila Upin mempelawa mereka untuk terus bermain kerana bulu tangkis itu kini tergantung di rambut Upin.

Apabila tiba giliran Fizi, Mei Mei datang menyapa mereka lalu Fizi tidak sempat menyepak bulu tangkis. Mei Mei datang dengan sekotak limau untuk dikongsi dengan kawan-kawan. Mei Mei menjemput kawan-kawannya untuk datang ke rumahnya pada hari ke-2 Tahun Baru Cina. Mei Mei memberitahu kawan-kawannya bahawa dia akan ke rumah neneknya untuk makan besar. Mei Mei paling suka makan Yee Sang semasa makan besar. Di dalam bayangan Mei Mei semasa dia sedang makan besar, turut kelihatan seorang budak lelaki (Mail versi Cina yang menjual itik goreng/bakar) yang muncul dalam episod Bulan Hantu kini duduk semeja dengan Mei Mei. Ini mungkin bermaksud dia adalah saudara Mei Mei. Mei Mei memberitahu bahawa Yee Sang itu ialah makanan yang 'ong'. Mei Mei beredar sambil menyanyikan lagu Tahun Baru Cina.

Pasarcina

Upin, Ipin dan Kak Ros melawat pasar Tahun Baru Cina.

Upin pulang dengan dua biji limau di tangan manakala Ipin pulang sambil memegang kotak limau tadi. Sampainya di rumah, Ipin memberi kotak yang dipegangnya kepada Kak Ros. Kak Ros kecewa kerana dalam kotak itu hanya tinggal dua biji limau. Upin memberitahu Kak Ros bahawa limau yang selebihnya sudah masuk perut. Kak Ros kongsi limaunya dengan Opah. Upin dan Ipin meminta kebenaran dari Opah untuk beraya di rumah Mei Mei pada hari kedua Tahun Baru Cina lalu Opah menyetujui permintaan mereka. Opah memberitahu Upin & Ipin makna makan besar kepada orang Cina. Opah meminta Kak Ros untuk membeli limau lalu memberinya wang. Upin dan Ipin turut pergi bersama Kak Ros ke pasar malam. Di pasar malam, Upin dan Ipin menegur Mail kerana menjual mercun.

Bahagian 2[]

Kaligrafiahtong

Ah Tong dan karya chunlian-nya.

Rupa-rupanya Mail menjual mercun beroperasikan bateri. Di pasar malam, Uncle Ah Tong menjual chunlian (kaligrafi Cina) yang akan ditampal di tepi rangka pintu masuk rumah. Oleh kerana Upin dan Ipin dengan tiba-tibanya menyapa Uncle Ah Tong, karya chunlian yang sedang ditulisnya menjadi comot. Upin mahu memegang karya Uncle Ah Tong yang belum kering lalu ditegur oleh Uncle Ah Tong. Uncle Ah Tong mempertunjukkan kepada Upin dan Ipin bagaimana dia menulis chunlian.

Bungaapitbc

Ah Tong menikmati bunga api dengan budak-budak jiran tetangga.

Selain itu, Uncle Ah Tong memberitahu Upin dan Ipin mengapa pada Tahun Baru Cina sangat bising kerana mercun dan serba merah, iaitu dengan bercerita tentang legenda raksasa Nian yang suka makan budak, membuat Upin dan Ipin amat seram hingga terjatuh dari kerusi. Apapun, Uncle Ah Tong bercerita hingga habis, sempat sebelum Kak Ros datang ke gerai Uncle Ah Tong untuk mengajak Upin dan Ipin pulang. Upin dan Ipin meminta Kak Ros untuk membeli chunlian Uncle Ah Tong kerana banyak 'ong'. Kak Ros memulas telinga kiri Upin dan telinga kanan Ipin untuk banyak 'ong' sambil berjalan pulang ke rumah.

Upin dan Ipin dapat lihat banyak bunga api dari luar rumah mereka. Sementara itu, setelah puas menemani anak-anak jiran dengan menyalakan bunga api, Uncle Ah Tong termenung kelihatan sedih kerana tidak berada bersama keluarganya pada malam makan besar.

Bahagian 3[]

Ipinangpau

Ipin banyak dapat 'ong'.

Pada hari pertama Tahun Baru Cina, Opah menyuruh Upin dan Ipin pergi beraya di rumah Uncle Ah Tong. Mulanya Upin dan Ipin enggan dengan alasan tidak diajak oleh Uncle Ah Tong, tetapi akhirnya mereka pergi atas suruhan Opah. Upin dan Ipin pulang dengan banyak angpau dan ditunjukkan kepada Kak Ros. Ehsan menelefon Upin dan Ipin dan memberitahu mereka bahawa dia akan memakai baju raya Cina apabila ke rumah Mei Mei esok.

Upinipindatangberayadirumahmeimei

Upin, Ipin dan kawan-kawan datang beraya di rumah Mei Mei.

Keesokan harinya, Upin, Ipin, Jarjit dan Mail ke rumah Mei Mei. Tok Dalang, Uncle Muthu, Uncle Ah Tong, Devi dan Susanti telah pun sampai di rumah Mei Mei. Kemudian, Ehsan dan Fizi turut sampai. Ehsan memakai baju berwarna emas yang sangat silau menyebabkan Fizi terpaksa memakai cermin mata hitam. Jarjit pula berpantun 'satu dua biji limau, baju kamu banyak silau' kepada Ehsan. Upin berkata baju Ehsan tak 'ong' kerana tidak berwarna merah, meskipun Ehsan tetap berkata warna emas itu 'ong'. Mei Mei menyetujui ayat Ehsan dan kelakuannya membuatkan Mail menyampah. Mail menanya Mei Mei apa yang dia tidak suka lalu Mei Mei berkata dia tidak suka Mail, membuatkan Mail nampak sedih.

Ehsanemas

Ehsan berpakaian serba emas menyilau.

Upin dan Ipin dapat melihat tarian singa di luar rumah Mei Mei. Singa itu mendekati Ipin dan mengupas limaunya. Mei Mei mengambil limau itu dari Ipin kerana limau yang dikupas singa banyak 'ong'. Singa naik ke atas dan melompat untuk mengambil daun-daun lalu menjatuhkannya di sekitar rumah Mei Mei. Singa menjatuhkan sehelai daun ke muka Mail. Jarjit ketawa lalu daun yang lebih besar jatuh ke mukanya pula. Fizi berkata rumah Mei Mei kini kelihatan tidak bersih kerana daun-daun yang dijatuhkan oleh singa. Upin pula mencadangkan untuk menyapu lantai kemudian. Mei Mei membantah cadangan Upin kerana daun itu semua 'ong'. Kemudian mercun pula dibakar. Mercun itu terhenti tiba-tiba sebelum ia sambung letupannya. Kata Mei Mei, mercun yang dibakar haruslah dibakar sehingga ke penghujungnya untuk 'ong'.

Ipintariansinga

"Singa" mengusik Ipin.

Episod ini berakhir dengan Tok Dalang, Uncle Ah Tong, ibu Mei Mei, Uncle Muthu, Ehsan, Fizi, Upin, Mei Mei, Ipin, Mail dan Jarjit mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada penonton episod ini.

Video[]

Advertisement