Fandom

Upin & Ipin Wiki

Hari Raya

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Hari Raya"
Episod Upin & Ipin
No. episod 6
Tarikh siaran asal 13 Oktober 2007

"Hari Raya" ialah episod keenam dan terakhir musim pertama Upin & Ipin yang asalnya disiarkan pada tahun 2007, sempena sambutan Aidilfitri.

Kawan-kawan Upin dan Ipin tiba di rumah adik-beradik itu untuk beraya bersama. Mereka semua yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama ini menikmati hidangan yang disediakan Opah. Setelah makan, mereka semua berkongsi pengalaman berpuasa sementara Opah yang sentiasa ada untuk memberi nasihat dan galakan kepada mereka untuk berpuasa pada tahun-tahun akan datang.

Pada pagi 1 Syawal yang berlatarkan takbir yang berkumandang, Upin dan Ipin sekeluarga menziarahi kubur-kubur ibu bapa mereka yang meninggal dunia sewaktu mereka berdua masih bayi. Apabila ditanya, Opah menerangkan bahawa ibu bapa mereka rajin berpuasa sewaktu hidup. Maka adik-beradik kembar itu menyimpulkan bahawa arwah ibu bapa mereka pasti masuk syurga kerana banyak pahala.

Selepas babak itu, episod ini berbalik ke segmen Upin dan Ipin bercerita (yang selalunya ditonton di pembuka dan penutup episod). Selama ini, mereka bukan sahaja bercerita tentang pengalaman berpuasa dan beraya di hadapan penonton, malah di depan Rajoo, Mei Mei, Ehsan, dan Fizi.

Sambil menjamu selera dalam kenduri raya, Ehsan bercadang supaya mereka menziarah-ziarah rumah orang tua selepas makan, bermula dengan Pak Mail dan Tok Dalang, tetapi dibalas dengan bidasan terhadap orang-orang tua itu oleh kawan-kawannya, terutamanya Mei Mei yang lantang menyuarakan perkataan "bakhil" hingga menarik perhatian Opah yang memesan supaya kanak-kanak tidak patut berkasar sedemikian. Tambah Opah, pada hari raya mestilah bersalam-salaman dan saling bermaaf-maafan. Kak Ros memesan Upin, Ipin dan kawan-kawannya supaya cepat meminta maaf kepada sesiapa yang mereka bersalah. Upin teringatkan peristiwa mengejar ayam semalam.

Selepas keenam-enam kanak-kanak mendapat duit raya masing-masing dari Opah, ditambah pula oleh pesanan Opah kepada Fizi supaya berpuasa penuh tahun depan, Upin, Ipin dan kawan-kawan mengunjungi rumah-rumah mangsa kecuaian mereka semalam untuk memohon maaf.

Video

Upin & Ipin S1 - Hari Raya05:07

Upin & Ipin S1 - Hari Raya

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak