FANDOM


Ijat merupakan salah seorang rakan sekelas Upin dan Ipin. Dia terkenal sebagai watak yang berat mulut dan jarang bercakap.

Rupa

Sedangkan kebanyakan rakan-rakan sekelasnya berwarna kulit sawo matang, kulit Ijat pula sama warnanya dengan Jarjit. Mukanya berbentuk lebih kurang segi empat bujur.

Perwatakan

Oleh sebab kurang pandai atau malu bercakap (tetapi bukannya tidak boleh), Ijat selalunya berkomunikasi dengan mencungap-cungap. Dalam episod "Seronoknya Membaca", dia juga menunjukkan rasa malu untuk membacakan buku cerita di depan kelas, mungkin disebabkan dia lambat menyerap apa yang diajarkan berbanding murid-murid lain.

Kawan Ijat yang paling akrab ialah Dzul yang mampu memahami cungap-cungapannya dan bertindak sebagai "jurubahasa" untuknya.