Fandom

Upin & Ipin Wiki

Iqra'

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Iqra'"
Episod Upin & Ipin
Ui606.jpg
No. episod 16, 17, 18
Tarikh siaran asal 12 Ogos 2012

"Iqra’" ialah episod ke-16, ke-17 dan ke-18 dalam musim keenam Upin & Ipin.

Plot

Bahagian 1

Kakrossahurpuasaganti.jpg

Kak Ros bersahur kerana puasa ganti.

Upin bangun awal kerana dikejutkan oleh lampu menyala dari dapur. Rupa-rupanya, Kak Ros bersahur! Oleh itu, Upin lantang cuba mengejutkan Ipin, tetapi Opah berpesan tidak perlu kerana Kak Ros sahaja yang perlu. Selepas itu, Upin cepat-cepat ke sekolah.

Pagi kemudian, Upin dan Ipin memakai topeng mainan ke sekolah sambil ditemani oleh Kak Ros. Ketika dekat kedai runcit, mereka meminta-minta Kak Ros membelikan mereka aiskrim dan menolong mereka memegang topeng. Menyambung perjalanan, Upin menyampaikan keterangan Opah kepada Ipin bahawa Kak Ros terpaksa berpuasa ganti kerana tidak berpuasa penuh pada bulan puasa yang dahulu. Kak Ros geram mendengar perbualan mereka dan merenyukkan topeng mereka dalam tangan.

Taukekedaipenghibur.jpg

Tauke kedai bermain gitar sambil menyanyi.

Waktu makan tengahari selepas sekolah, Opah memesan Upin dan Ipin supaya pergi mengaji bersama seorang Ustaz pada bulan puasa akan datang. Kak Ros mengambil kesempatan untuk menakut-nakutkan adik-adiknya dengan cerita bahawa Ustaz itu garang, tetapi sempat ditegur oleh Opah supaya jangan mengusik demi tidak batal puasanya. Walau bagaimanapun, cerita Kak Ros itu berjaya membuat Upin dan Ipin muram kerana Ustaz.

Upin dan Ipin bersemangat lagi setelah diminta oleh Opah untuk membeli minyak, dan mereka pergi ke kedai runcit, di mana si tauke sedang bermain gitar untuk menghiburkan Mail dan Jarjit di bawah pokok tepi kedai runcitnya. Tiba-tiba, mereka diganggu oleh 'perlumbaan' skuter antara dua orang pemuda yang berhenti di depan kedai. Mail mencemuh mereka kerana "tak sayang nyawa", tetapi mereka mendapat pujian dari Jarjit dan tauke yang mengenali Hamzah, penunggang skuter merah yang mengaku tidak berlumba, membuat penunggang skuter yang satu lagi kecewa.

Bahagian 2

Abangtolongkitorang.jpg

Upin dan Ipin meminta tolong tauke kedai.

"Dua tiga moden maju, tadi kenapa bawa laju?" Jarjit berpantun menanya Hamzah. Jawabnya, dia hendak membeli barang, tanpa membongkar rahsia bahawa dia mengejar aiskrim Metrobot. Ini mengingatkan Upin dan Ipin akan tugas membeli minyak.

Dalam kedai, Upin dan Ipin terpaksa meminta tolong tauke untuk mengambil minyak dari rak kerana tangan mereka tidak sampai. Ini membuat tauke mengeluh, "bila lagi nak besar?" Ipin turut membeli dua batang kuih sepit, tetapi ketika hendak membayar, mereka diganggu oleh Hamzah (yang akhirnya mengaku membeli aiskrim) dan memintanya supaya beratur. Gara-gara kuih sepit itu, Upin dan Ipin kekurangan seringgit. Hamzah mendengar keluhan mereka dan menolong mereka membayar cukup-cukup.

Tauke membungkus minyak yang dibeli oleh Upin dan Ipin dan meletakkannya di atas meja begitu sahaja untuk mereka ambil, tetapi sekali lagi tangan mereka tidak sampai. Sekali lagi, tauke terpaksa menghulurkan beg kepada mereka dan berpesan kepada mereka supaya cepat membesar.

Carimuqadam.jpg

Upin dan Ipin mencari muqaddam.

Malam hari, Upin dan Ipin menonton pengumuman bermulanya bulan puasa, kemudian meluru ke bilik dapur untuk menyampaikan berita. Kak Ros dan Opah mengingatkan mereka supaya pergi mengaji esok, membuat mereka masam muka.

Keesokan hari, Upin dan Ipin siap berbaju Melayu dan kopiah untuk pergi mengaji, tetapi terkial-kial mencari muqaddam. Setelah jumpa, mereka berlumba-lumba ke masjid, di mana mereka bertemu dengan Ehsan dan Fizi yang turut mengakui terdengar cerita Ustaz garang. Tiba-tiba, Hamzah pun datang sebagai 'kenalan Ustaz' untuk membetulkan tanggapan mereka akan Ustaz itu dan menjemput mereka masuk ke dalam ruang masjid di mana Mail, Dzul, Ijat dan Susanti sudah menunggu, lalu mereka berempat di luar tadi itu bertemu dengan satu kejutan!

Bahagian 3

Ustazpenghibur.jpg

Ustaz Hamzah mendidik sambil menghibur.

Rupa-rupanya Hamzah itu Ustaz di Kampung Durian Runtuh apabila dia menanya para pengaji kalau-kalau mereka rajin berpuasa! Setelah mendapat tahu bahawa ada yang tidak pernah mengaji, Ustaz Hamzah menjelaskan kepada mereka bahawa mengaji al-Qur'an itu menerangkan hati demi pahala. Akan tetapi, kelapan-lapan pengaji muda sukar menumpukan perhatian, maka Ustaz meminta mereka mencuci muka dengan air sembahyang.

Selepas kembali dari mencuci, semuanya kembali segar kecuali Fizi yang mengantuk kerana biasa tidur pada waktu ini. Pelajaran pertama Ustaz adalah berkenaan bahtera Nabi Nuh, tetapi nampaknya Mail sudah masak dengan cerita itu dan mendapat kepujian Ustaz. Ustaz Hamzah menceritakan sedikit kisah bahtera itu, tetapi berhenti di tengah jalan untuk membuka laluan kepada mengaji.

Sewaktu meninggalkan kelas mengaji, Mail sibuk menjawab soalan oleh kawan-kawan tentang bahtera Nabi Nuh itu, tetapi tiba-tiba hujan turun, dan Tok Dalang yang lalu dengan motosikal menyuruh mereka cepat balik. Sekembali di rumah, Upin dan Ipin seronok berkongsi pengalaman mengaji bersama Opah, serta menegur Kak Ros kerana mengusik-usik mereka dengan cerita Ustaz garang itu.

Dalam berbuka puasa, Upin dan Ipin berkongsi kisah bahtera Nabi Nuh yang disampaikan oleh Ustaz itu walaupun sekerat sahaja.

Video

Promo UI Musim 6 - Iqra 12 Ogos, 6PM - TV900:31

Promo UI Musim 6 - Iqra 12 Ogos, 6PM - TV9

Promo "Iqra'"

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak