Fandom

Upin & Ipin Wiki

Isi Masa Lapang

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Isi Masa Lapang"
Episod Upin & Ipin
No. episod 19, 20, 21
Tarikh siaran asal 29, 30, 31 Ogos 2015

"Isi Masa Lapang" merupakan episod ke-19, ke-20 dan ke-21 dalam siri Upin & Ipin musim kesembilan.

Plot

Bahagian 1

Di tadika sebelum kelas bermula, Ehsan mengadakan peraduan meniup buka majalah dengan hadiah sebagai majalah berkenaan iaitu isu terbaru komik karya Kak Ros yang "belum di pasaran". Namun belum sempat peraduan dihabiskan, majalah itu dirampas oleh Cikgu Melati yang selepas disambut selamat pagi bertanya siapa punya majalah itu.

Hal ini membuat seluruh kelas senyap dengan rasa segan, tetapi akhirnya Upin dan Ipin mengaku punya majalah itu. Disangka hendak ditegur, sebaliknya mereka dipuji oleh Cikgu kerana mengamalkan amalan membaca, walhal dipesan supaya tidak hanya membaca komik.

Ulas Mei Mei, dia gemar membaca buku setiap hari, termasuklah buku sekolah. Mail yang duduk di sebelah mengejek Mei Mei kerana semua pelajar membaca buku sekolah. Cikgu Melati mencerahkan pengetahuan murid-murid bahawa tabiat Mei Mei membaca itu adalah satu hobi, iaitu aktiviti untuk mengisi masa lapang. Seluruh kelas bergema dengan nama-nama perbuatan kegemaran murid-murid, semuanya diiyakan oleh Cikgu Melati sebagai hobi kecuali memakan yang disebut oleh Ehsan iaitu kewajipan.

Selepas sekolah, Upin dan Ipin mengkaji hobi kawan-kawan mereka sambil meneka faedahnya, termasuklah Kak Ros. Tiba-tiba sahaja Kak Ros melantangkan suaranya dengan nyanyian sumbang sambil melayan lagu dalam peti suara sambil melukis komik, maka Upin dan Ipin jengkel dan pergi ke tempat Kak Ros dan menarik tali hedfonnya, kemudian bertanya apa faedahnya menyanyi; jawabnya untuk terhibur.

Maka Upin dan Ipin beredar ke bilik dapur di mana Opah memasak, lalu bertanya apa faedah Opah memasak. Opah dengan rasa hairan mengujar "takkan itu tak boleh fikir sendiri".

Bahagian 2

Waktu bermain, Upin dan Ipin bergurau senda dengan Ehsan dan Fizi terlalu kuat sangat hingga menyebabkan Mei Mei dan Susanti terganggu dari membaca buku di pondok dan keluar menegur mereka berempat. Ehsan bercadang supaya mereka membacakan kuat-kuat supaya dia tidak perlu membaca lagi; kata-katanya dikutuk oleh Mei Mei dengan "baca buku sendiri baru pandai." Keluh Fizi, membaca buku sendiri belum tentu pandai. Balas Upin, bacalah setiap hari supaya pandai.

Tiba-tiba sahaja Mail muncul dengan basikal yang tidak terkawal hingga terlanggar semua kawannya. Akibatnya brek dan rantai injak-injaknya rosak, maka haruslah dibawanya ke Tok Dalang untuk dibaiki. Selepas membaiki, Tok Dalang memesan Mail "biar lambat asalkan selamat". Apapun Ehsan dan Fizi pergi bermain kejar-kejar dengan basikal Mail.

Selepas itu Tok Dalang menaburkan dedak kepada ayam sambil bertanya tiadakah kerja Upin dan Ipin. Setelah diberitahu hendak mencari hobi, Tok Dalang mengajak mereka berdua menolong menjaga ayam untuk menambah pahala. Pada masa yang sama Mail mengajak Fizi mencuba basikalnya, tetapi "pemanduan ujinya" berkesudahan dengan terlanggar reban ayam Tok Dalang hingga roboh!

Bahagian 3

Keesokan harinya di tadika, murid-murid bercerita tentang hobi kegemaran masing-masing secara bergilir-gilir. Mei Mei menerangkan hobi membaca, Ehsan menerangkan hobi memasak, dan Mail menerangkan bagaimana dia berubah dari budak yang segan-silu kepada yang lantang bersuara "dua seringgit" menerusi hobi berniaga di gerai ayam goreng dengan bimbingan ibunya.

Ekoran itu Cikgu Melati bertanya apakah faedah berniaga selain menjana pendapatan. Setelah seluruh kelas menjadi senyap terfikir-fikir jawapan, Mei Mei mencuba jawab dengan "tak malu". Maka seluruh gelas bergema dengan gelak ketawa mengejek kesalahan bahasa Mei Mei. Cikgu Melati membetulkan bahawa Mail bertambah berani dan yakin diri.

Selepas itu giliran Upin dan Ipin turun bercerita bersama-sama, bahawa mereka saban hari pergi menolong Tok Dalang menjaga dan menyuap ayam, membaiki reban ayam, mengejar ayam, dan kadang-kadang memungut durian di dusun. Pendek kata, hobi mereka adalah menolong Tok Dalang pada masa lapang.

Cikgu Melati membetulkan Upin dan Ipin bahawa menolong orang bukan hobi tetapi satu kewajipan. Ini membuat kembar tersebut termangu dalam kebingungan kerana tiadalah hobi yang dapat diceritakan. Fizi mencelah dengan meneka hobi sebenar Upin dan Ipin iaitu "mengacau Kak Ros" dan tertawa sambil terganggu Ehsan.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak