Fandom

Upin & Ipin Wiki

Jaga dan Hargai Mata

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Jaga dan Hargai Mata"
Episod Upin & Ipin
0808title.jpg
No. episod 22, 23, 24
Tarikh siaran asal 18, 19, 20 September 2014

"Jaga dan Hargai Mata" merupakan episod ke-22, ke-23 dan ke-24 dalam siri Upin & Ipin musim kelapan.

Plot

Bahagian 1

0808 kak ros macam singa.jpg

Rupa Kak Ros macam singa, kan?

Pada suatu hari yang cerah, Upin dan Ipin sedang membaca buku komik "Pada Zaman Dahulu" sambil berbaring telangkup, mengekek bahawa Kak Ros sama garang dengan watak Sang Singa dalam komik itu. Pada masa yang sama, tiba-tiba Kak Ros muncul dalam bilik mereka, maka kembar dua itu cepat menutup kesalahan dan mengatakan Kak Ros comel seperti Sang Singa.

0808 jauh sikit dari muka.jpg

Baca jauh sikit dari komik.

Tiba-tiba lagi Kak Ros memukul komik itu sambil menegur adik-adiknya untuk duduk elok-elok sambil membaca. Upin dan Ipin merintih bahawa baca sambil berbaring begini lebih selesa. Pesan Kak Ros, cara mereka baring sambil membaca itu menghalang cahaya, dan membaca dengan kekurangan cahaya cepat memenatkan mata hingga boleh rabun. Maka Upin dan Ipin akur dan bangun duduk elok untuk sambung membaca. Tetapi Kak Ros belum puas hati kerana mereka membaca terlalu rapat dengan buku, maka dia menarik sedikit komik itu untuk adik-adiknya membaca dengan cukup terang.

0808 tengok tv dekat.jpg

Alamak, cerita dah habis.

Selepas Kak Ros beredar dari bilik, Upin dan Ipin melihatnya dengan hairan. Kemudian mereka berpaling ke arah jam, lalu teringat akan kartun "Kancil yang Bijak" di TV. Maka mereka berlumba-lumba ke arah TV untuk memasangnya, tetapi sayang sekali kartun sudah tamat siaran. Melihat adik-adiknya melenguh sambil terlalu dekat dengan peti TV, Kak Ros mengheret mereka jauh dari TV dan berpesan supaya jangan menonton dari dekat. Bertambah hairan lagi Upin dan Ipin terhadap kerenah kakak mereka.

0808 tatacara penjagaan kesihatan mata.jpg

Nasihat Kak Ros mengenai penjagaan mata.

Kak Ros membentangkan surat khabar di atas meja dan membuka suatu halaman tertentu. Upin dan Ipin pergi menjenguk. Upin membacakan tajuk rencana: "Hari Penglihatan Sedunia: Tatacara Penjagaan Kesihatan Mata". Oleh itu Kak Ros berpesan kepada adik-adiknya, demi kesihatan mata, makanan haruslah seimbang, kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya. Ipin setuju dengan pesan itu, malah kembar berdua mengaku mengamalkan tiap-tiap hari supaya mata terang. Tambah Kak Ros, jika mata sakit, haruslah pergi berjumpa optometris (doktor mata) untuk diperiksa.

Sejurus selepas itu, Kak Ros menulis "OPTOMETRI" ke atas teka silang kata. Upin dan Ipin turut meneliti peraduan teka silang kata pada surat khabar, lalu teruja oleh hadiah-hadiah istimewa yang menanti pemenang. Kak Ros cepat menghalang mereka daripada cuba masuk campur kerana mereka belum cukup tahu tentang mata, tetapi Upin berpesan kepada Kak Ros supaya jangan memandang rendah kepada mereka.

0808 mata cabut.jpg

Mata aku tercabut!

Kak Ros menduga mereka, "mata malas" apa maksudnya. Jawab mereka, "mata yang malas nak tengok akak" sambil mengekek. Kak Ros geram membalas dengan menempeleng adik-adiknya. Maka Upin dan Ipin menjadi cemburu, hendak pergi menduga teka silang kata itu sendiri dan jikalau menang, enggan berkongsi hadiah dengan kakak. Akhirnya Kak Ros menghalau mereka dengan muslihat "mengeluarkan bebola mata" yang menyeramkan!

0808 silang kata.jpg

Mencuba teka silang kata.

Upin dan Ipin membeli surat khabar sendiri dan mencuba sendiri peraduan teka silang kata di atas lantai dapur. Soalan pertama, "Bila lihat objek jauh, nampak kabur." Jawab Ipin dengan pensel, "TAK NAMPAK", muat dengan petak yang ada. Soalan seterusnya, "Bila lihat objek dekat, nampak kabur." Sekali lagi dijawabnya dengan "TAK NAMPAK", tetapi tertinggal satu petak. Upin mengambil pensel lalu menghitamkan petak yang tinggal. Pada masa yang sama Opah datang ke bilik dapur dan mengengok gelagat cucu-cucu kecilnya dengan teka silang kata itu.

Bahagian 2

0808 silang kata 2.jpg

Ini baru betul.

Opah mengeluarkan cermin mata untuk meneliti silang kata mereka dengan lebih jelas. Maka dia terkilan lalu bertegur bahawa semua jawapan itu salah. Kak Ros datang mencelah untuk menunjukkan silang katanya yang sudah selesai, lalu menegur adik-adiknya supaya jangan membuta tuli dengan silang kata, sebaliknya pergi bermain. Maka Upin dan Ipin "menurut perintah" itu dan pergi, walhal mereka belum berputus asa.

0808 perlawanan bola.jpg

Perlawanan persahabatan.

Di luar rumah, enam orang kawan Upin dan Ipin sedang bermain bola sepak tiga lawan tiga. Mail, Ehsan dengan Fizi lawan Jarjit, Mei Mei dengan Ijat. Sungguh sengit perlawanan itu hingga bola sering dirembat dengan kencang. Pada masa yang sama Upin dan Ipin berjalan lalu dekat padang sambil bersembang sesama sendiri. Mail sempat melihat bola melantun dengan kelajuan berbahaya ke arah kembar itu lalu cepat memanggil Upin.

0808 cermin mata cabut.jpg

Cermin mata tertanggal.

Dalam sekelip mata Upin menyambut bola dengan kakinya dan merembatnya kembali ke dalam padang. Jarjit menyambut bola itu lalu melakukan sepakan kencang (sambil memakai topeng) ke arah gawang yang dijaga oleh Mail. Dalam cubaan menampan bola itu, Ehsan tersungkur dan tertanggal cermin matanya. Maka perlawanan terpaksa digantung untuk membolehkan Ehsan mencari cermin matanya. Mujurlah Mail cepat menjumpai cermin mata itu lalu memulangkannya kepada Ehsan, tetapi...

0808 cermin mata patah.jpg

Cermin mata patah!

Cermin mata Ehsan sudah patah! Mei Mei menguji penglihatan Ehsan tanpa cermin mata dengan mengangkat dua batang jari. Ehsan jawab dua, maka Mei Mei hairan seolah-olah penglihatan Ehsan masih elok tanpa cermin mata. Jelas Ehsan, dirinya rabun jauh iaitu yang dekat jelas tetapi yang jauh kabur. Ipin menguji Ehsan dari lebih jauh pula, juga mengangkat dua batang jari. Kali ini Ehsan menjawab tiga, lalu ditertawakan, apalagi diperli oleh Jarjit dengan "dua tiga kura-kura, Ehsan tak tahu kira!"

0808 ehsan langgar sana sini.jpg

Tak ada cermin mata, langgarlah sini-sana.

Mail berpesan bahawa esok ada ujian di sekolah. Ehsan bercadang supaya meniru Fizi, tetapi Fizi menegah. Ehsan pun geram dan beredar untuk meminta supaya dibuatkan cermin mata baru oleh bapanya. Dalam beredar pun Ehsan kelihatan cuai, terpijak kolam, terlanggar tiang gawang, terlanggar semak,  tersandung di tepi jalan dan nyaris dilanggar motosikal. Selepas itu, kawan-kawan lain bersambung main.

0808 teleng.jpg

Upin meneleng.

Malam hari, Upin dan Ipin menyiapkan teka silang kata dengan bantuan Opah. Mereka sudah sampai ke soalan terakhir. Kak Ros yang bertumpang lalu hairan dan sinis melihat kecekalan adik-adiknya itu sambil bercakap besar bahawa silang katanya sudah siap dan sedia untuk diposkan. Apapun, Upin dan Ipin mengabaikan sindiran Kak Ros dan meneka "Salah satu cara mengenal gejala rabun. Keadaan apabila kepala disengetkan ke tepi." Upin meniru aksi yang disebut dalam soalan, tetapi kepalanya terlalu berat hingga dia jatuh dan terhantuk.

Ipin mengajukan soalan itu kepada Opah, iaitu bermulanya dengan huruf T sebagai pembayang. Kak Ros memandang mereka dari meja bacaannya, reda rasa hairannya kerana Upin dan Ipin cepat menjawab dengan bantuan Opah. Jawab Opah setelah berfikir sebentar, "teleng". Upin dan Ipin berjanji untuk berkongsi hadiah dengan Opah, dan bukan Kak Ros (atas sindiran dengki siang tadi). Selepas itu Opah menguji mereka tentang jawapan silang kata, tetapi nampaknya rata-rata tidak teringat oleh kembar itu, dengan alasan 'banyak sangat'.

Bahagian 3

0808 cermin mata lama.jpg

Cermin mata baru?

Keesokan hari, Jarjit dan Mail sedang bermain lawan pemadam getah apabila Ehsan memasuki kelas dengan penampilan yang ketara bezanya. Cermin mata 'barunya' membuat mata Ehsan kelihatan lebih besar, maka seluruh kelas bergema dengan gelak tawa ejekan. Jelas Ehsan, ini sebenarnya cermin mata pertamanya; Fizi mencelah berkata, Ehsan sudah rabun sejak kecil. Tambah Ehsan lagi, masa itu dia tidak sedar, tetapi ayahnya yang dapat tahu. Tanya Mail, bagaimana ayah tahu Ehsan jadi rabun. Upin meneka, tentu dia melihat Ehsan menggosok-gosok mata.

0808 punca ehsan rabun.jpg

Punca Ehsan rabun.

Ehsan mengesahkan tekaan Upin dengan berceritakan suatu ketika apabila dia bermain dengan permainan video mudah alih terlalu dekat dengan skrin hingga dia tergosok-gosok matanya, kemudian dibawa oleh bapanya untuk diperiksa mata hingga dikenakan cermin mata. Ehsan hairan kerana dia tidak pernah menceritakan; balas Upin dan Ipin, diri mereka "hebat".

0808 punca mei mei rabun.png

Punca Mei Mei rabun.

Upin juga menunjuk bahawa Mei Mei juga sama cerita dengan Ehsan iaitu juga rabun hingga bercermin mata. Jelas Mei Mei, bezanya dengan kisah Ehsan adalah dia terlalu banyak membaca dan mengulang kaji hingga matanya sakit, bahkan prestasi ujian merosot dan lama-kelamaan matanya menjadi juling. Oleh itu, dia juga dibawa oleh ibunya untuk diperiksa mata dan diberi cermin mata. Tanya Fizi pula, markahnya juga selalu rendah, adakah itu kerana matanya bermasalah. 

Tiba-tiba sahaja, Cikgu Melati muncul dekat Fizi dan berpesan bahawa itu tanda perlu belajar lagi. Maka semua murid berlumba kembali ke tempat duduk masing-masing dan mendengar syarahan guru mereka mengenai petua-petua penjagaan mata khas untuk ibu bapa sempena Hari Penglihatan Sedunia semalam.

0808 cermin mata kak ros.png

Saja-saja nak pakai cermin mata.

Pesan Cikgu Melati mengenai mata diulangi oleh Upin di depan Opah dan Kak Ros di rumah pada malam hari. Bunyinya begini: setiap kanak-kanak harus dibawa untuk periksa mata seawal-awal empat tahun; setiap kanak-kanak harus diperiksa sekurang-kurangnya sekali sebelum masuk alam persekolahan; dan setiap pelajar sekolah harus diperiksa setiap tahun. Selepas setiap langkah dibacakan, Ipin sentiasa muncul dari bawah meja dan mengujar mereka "langsung tak ada", apalagi bertegas bahawa Opah dipertanggungjawabkan jika mata mereka rosak.

Oleh itu, Opah bersetuju untuk membawa mereka pergi periksa kelak. Ros turut berkata mahu ikut untuk membeli cermin mata semata-mata untuk kelihatan bergaya. Dalam berangan-angan memakai cermin mata cantik, tiba-tiba Opah mengambil gambarnya dengan kamera. (Maksudnya, itu pendapat Opah bahawa Kak Ros sudah elok tanpa cermin mata.) Upin dan Ipin juga mahu bergambar, tetapi dengan cermin mata mainan yang kelakar.

0808 buku mata.png

Buku yang elok untuk dibaca.

Beberapa hari kemudian, Upin dan Ipin menerima bungkusan dari posmen lalu membawanya untuk menunjukkan kepada Opah. Opah meminta mereka untuk membukanya, tetapi sebelum itu Upin membacakan label bungkusan: "Tahniah, anda telah memenangi hadiah saguhati dari Permainan Silang Kata sempena Hari Penglihatan Sedunia". Ros terdengar lalu meluru ke arah mereka, merampas dan membuka bungkusan itu. Rupa-rupanya buku bertajuk "Jaga dan Hargai Mata". Kak Ros memuji pilihan hadiah ini, malah Opah berpesan supaya membacanya rajin-rajin kerana "buku jambatan ilmu". Upin dan Ipin setuju kerana mereka boleh pandai menjaga mata.

Trivia

  • Babak khayalan Kak Ros meraung bak singa dalam logo di awal-awal episod mendapat ilham daripada logo studio penerbitan filem Metro-Goldwyn-Mayer.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak