Fandom

Upin & Ipin Wiki

Jambatan Ilmu

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Jambatan Ilmu"
Episod Upin & Ipin
0902 title.jpg
No. episod 4, 5, 6
Tarikh siaran asal 15, 16, 17 Mei 2015

"Jambatan Ilmu" merupakan episod ke-4, ke-5 dan ke-6 dalam siri Upin & Ipin musim kesembilan.

Plot

Bahagian 1

Kisah bermula dengan Ipin bercerita sambil melakonkan semua watak dalam cerita Si Tanggang kepada Upin, Kak Ros dan Opah. Setelah selesai bercerita, Opah bertanya kepada Ipin akan iktibar daripada cerita itu, tetapi Ipin sukar menjawab. Upin mencelah dengan jawabnya, iaitu harus mengenang jasa orang tua, dan Ipin pun "betul, betul, betul". Tambah Kak Ros, anak jangan derhaka kepada ibu bapa dan sentiasa patuh kepada pesan mereka.

0902 ipin cerita.png

Ipin bercerita tentang Si Tanggang.

Ipin ditegur oleh Opah kerana tidak menghayati cerita dari buku. Malah Kak Ros mengutuk adiknya kerana mempersia-siakan buku cerita yang dibeli tetapi dibidas oleh Opah kerana seharusnya menggalakkan adik-adiknya membaca. Giliran Upin bercerita, tetapi sebelum bermula dia ditanya oleh Opah apa pengajarannya. Setelah tidak dapat menjawab, Upin dipesan untuk membaca semula buku itu dan kembali bercerita selepas tahu.

0902 mei mei mat jenin.png

Mei Mei bercerita tentang Mat Jenin.

Keesokan hari, Upin, Ipin dan kawan-kawan menonton Mei Mei berceritakan Mat Jenin di pondok tempat bermain. Ketika membuat babak mengeluh kesakitan, kata-katanya sungguh melucukan hingga Mail terpanggil untuk memperbetulkan kata-kata Mei Mei dengan mengingatkan pesan Cikgu Melati di tadika sewaktu sebelum cuti sekolah supaya tidak berbahasa pasar ketika bercerita kerana "bahasa jiwa bangsa".

0902 jarjit tak boleh cerita.png

Jarjit bercerita... tak jadi.

Sambil itu, Fizi menyedari betapa banyak buku yang dibawa oleh Ehsan lalu meminta untuk meminjam sebuah, tetapi Ehsan enggan kerana sayang akan buku-buku yang dibelikan oleh bapanya. Pada masa yang sama, Jarjit mengambil alih pentas daripada Mei Mei (yang geram kerana tidak sempat menghabiskan cerita) untuk menyampaikan sebuah cerita dalam bahasa Inggeris. Sayang sekali penyampaian ceritanya berputus-putus kerana buku rujukannya kehilangan beberapa muka surat!

Bahagian 2

Semua kawan-kawan kecewa kerana tidak jadi mendengar cerita Jarjit gara-gara buku cerita terkoyak halaman. Jarjit sendiri tidak tahu mengapa kerana bukunya juga dipinjam, maka Ehsan mengujar bahawa sebab itulah dia tidak memberi sesiapa meminjam. Kekoyakan buku itu turut dikesali oleh Upin dan Ipin.

0902 buku cinta.png

Buku cinta saja...

Sekembalinya di rumah, Upin dan Ipin mengusik buku-buku Kak Ros, semuanya ada "cinta" dalam tajuk. Tiba-tiba Kak Ros muncul membuat mereka terkejut. Upin dan Ipin bertanya sama ada kakak mereka mendapat pengajaran dari buku-buku cintanya. Ros menegur bahawa buku-buku cintanya bukan untuk dibaca oleh kanak-kanak lalu menyuruh mereka pergi. Sebelum pergi, Upin dan Ipin meminta untuk meminjam buku Kak Ros. Yang dipinjamkan bukan mana-mana buku cintanya, tetapi buku memasak.

0902 garuda yang garang.png

Apa maksudnya ini?

Keesokan hari sekolah bersambung semula selepas cuti. Cikgu Melati meminta semua murid-murid untuk mengeluarkan kad bacaan mereka. Kad bacaan Mei Mei terdapat tulisan dalam bahasa asing yang membuat Cikgu Melati tertanya. Rupa-rupanya tajuk buku bahasa Cina bertajuk "Garuda yang Garang". Selepas itu Cikgu Melati meminta semua murid-murid supaya menceritakan apa yang telah dibaca esok.

Selepas waktu sekolah, dalam perjalanan pulang semua kawan-kawan ternampak layang-layang berterbangan. Ehsan berminat untuk turut serta bermain layang-layang dan mengajak semua kawan-kawan, tetapi Upin enggan kerana belum habis membaca buku. Malah Fizi dengan kesal mengaku tidak terbaca satu buku pun. Untuk itu Ehsan sudi meminjamkan buku kepada Fizi dengan syarat supaya dijaga dengan baik.

0902 main layang-layang.png

Main layang-layang dulu.

Apapun akhirnya semua berpakat untuk pergi ke tempat layang-layang, di mana mereka dapat bermain dengan layang-layang berian Tok Dalang. Setelah lama, leka dan puas bermain, sedar-sedarlah mereka bertujuh hari sudah lewat lalu mereka berlumba-lumba pulang. Fizi dengan gopohnya terlupa untuk mengezip begnya hingga buku yang dipinjamkan oleh Ehsan terjatuh dari beg ke dalam lumpur hingga membuatkan Ehsan naik berang.

Bahagian 3

0902 buku cinta2.png

Kecil-kecil dah pandai baca cerita cinta.

Malam hari, Upin dan Ipin sibuk menulis kad bacaan, tiba-tiba dikejutkan oleh Kak Ros yang tumpang menegur mereka kerana lambat membuat kerja rumah. Upin menjelaskan bahawa mereka sudah siap kerja rumah sambil menunjukkan kad bacaan kepada Kak Ros.

Ros hairan melihat tajuk-tajuk novel cintanya ditulis lalu bertanya adakah mereka membacanya. Jelas Upin dan Ipin, mereka sekadar menulis tajuk buku hingga penuh kad kerana perlu menghafal hanya satu buku untuk diceritakan esok. Opah terdengar kata-kata itu lalu menegur bahawa tindakan cucu-cucunya itu tidak jujur kerana kepura-puraan tidak membawa faedah. Teguran itu membuat Upin dan Ipin rasa bersalah.

0902 jarjit main-main.png

Lepas bercerita, Jarjit main-main balik...

Keesokan hari, berlangsungnya sesi bercerita dari buku di kelas Aman. Sedang Jarjit hampir selesai bercerita, tiba-tiba sahaja Fizi bangun sambil bernyanyi sumbang lagu "Sahabat Selamanya" tetapi sempat ditegur oleh Mei Mei supaya senyap. Penceritaan Jarjit diakhiri dengan pujian Cikgu Melati.

Kemudian giliran Susanti untuk tampil bercerita dengan penuh semangat mengenai "Malin Kundang". Lama-kelamaan mendengar cerita Upin dan Ipin sedar betapa serupanya cerita Susanti dengan "Si Tanggang". Lantas mereka ungkitkan hal ini sehingga berlakunya perbalahan. Mujur Cikgu Melati mematahkan perbalahan lalu berpesan bahawa kedua-duanya ceritanya sama dan bertanya apakah pengajarannya. Jawab Ipin, haruslah "mengenang jasa orang tua dan mendengar cakap mereka". Satu kelas bergema dengan "Betul-betul-betul".

0902 yang mana betul.png

Si Tanggang lawan Malin Kundang

Cikgu Melati menyuruh semua murid mengeluarkan kad bacaan. Kemudian dia pergi bertanyakan khabar Fizi yang malang kerana kad bacaannya kosong. Maka dia terdengar cerita Fizi dan Ehsan mengenai buku yang terjatuh dalam lumpur lalu berpesan kepada Fizi supaya menjaga barang yang dipinjam baik-baik.

Kemudian Cikgu Melati pergi menjenguk Upin dan Ipin yang tenang walaupun hanya dua tajuk dalam kad bacaan masing-masing, apalagi tajuk yang sama, iaitu Si Tanggang dan buku memasak. Ehsan membidas mereka kerana buku memasak bukan pengajaran. Balas kembar itu, buku memasak mengajar supaya pandai memasak dan bukan setakat makan sahaja. Akhirnya Cikgu Melati memuji semua pelajar kerana rajin membaca dan menghayati faedah-faedah membaca.

Sekembalinya di rumah, Upin dan Ipin leka membaca buku pinjam di ruang tamu, tetapi buku-bukunya terletak bersepah hingga Kak Ros tersandung lalu menegur mereka untuk menyimpan buku itu elok-elok. Maka Upin dan Ipin patuh dan menyimpan buku-buku itu dalam kotak kasut. Tetapi kembar itu kemudian mencabut lari dari rumah untuk mengelak kemarahan Kak Ros gara-gara bilik mereka bersepah!

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak