Wikia

Upin & Ipin Wiki

Jari Jemari Salleh

Bincang0
160laman di
wiki ini
"Jari Jemari Salleh"
Episod Upin & Ipin
No. episod 31, 32, 33
Tarikh siaran asal 10 Disember 2011

"Jari Jemari Salleh" ialah tajuk bagi episod ke-31, ke-32 dan ke-33 dalam musim ke-5 siri Upin & Ipin dan Kawan-kawan.

PlotSunting

Bahagian 1

Upin dan Ipin seronok menonton televisyen apabila mereka disuruh oleh Kak Ros untuk menolongnya. Maka mereka berdua pun bersongeh, tetapi Opah sempat menegur mereka. Kak Ros meminta mereka untuk menghantar satu beg yang berisi kain hiasan pelamin perkahwinan kepada Abang Salleh. Sementara Upin dan Ipin keluar, Opah mengambil kesempatan untuk menukar saluran TV.

Setibanya di rumah Salleh, Upin dan Ipin dikejutkan oleh teriakan Salleh yang nyaring lalu bergegas masuk dan mendekati Salleh yang berlutut di hadapan komputer ribanya. Rupa-rupanya Salleh digemparkan oleh tempahan pertamanya dalam perniagaan hantaran perkahwinan secara Internet, yang tiba-tiba berganda dari 500 ke 1,000 unit! Sementara Salleh menukar gambar dalam laman sesawangnya. Ipin membandingkan gambar bunga telur yang "cantik" dalam laman sesawang dengan bunga telur yang "tak cantik" di tepi. Jelas Salleh dengan keluhan, itu kerana tidak siap. Apapun, Upin dan Ipin menyerahkan kain daripada Kak Ros itu kepada Salleh, barulah Salleh gembira.

Telefon pun berbunyi, dan Salleh pergi menjawabnya. Rupa-rupanya dia berhutang dengan ceti, dan terpaksalah dia melayan tauke ceti itu dengan cepat. Selepas meletak telefon, telefon berdering lagi. Oleh sebab tertekan dengan gangguan tauke ceti itu, Salleh nyaris tidak sopan dengan seorang pelanggan, Kak Pah yang memesan sirih junjung. Sementara Salleh melayan panggilan telefon, Upin dan Ipin mengusik dan bermain-main dengan bahan-bahan untuk membuat hantaran perkahwinan. Nasib baik Salleh sempat perasan dan menghentikan mereka. Salleh terlupa apa yang dipesan Kak Pah, nasib baik Ipin mengingatkannya akan sirih junjung.

Upin bertanya mengapa lantai Salleh berkahwin, jawabnya tengah membuat hantaran perkahwinan. Upin dan Ipin teruja mendengar jawapan itu dan menyangka Salleh hendak berkahwin, tetapi sempat dibetulkan oleh Salleh. Salleh meminta Upin dan Ipin untuk membeli daun sirih, dan menunjukkan mereka rupa daun sirih. Dengan senang hatinya mereka berdua menerima tugas itu, tetapi Salleh tersedar yang mereka tidak tahu tempat untuk membeli daun itu.

Sudah banyak kedai yang mereka kunjungi, tetapi satu pun tidak menjual daun sirih. Upin dan Ipin bersinggah di gerai Muthu untuk bertanya sama ada dia menjual daun sirih. Setelah diberitahu tentang hantaran kahwin Salleh, Muthu terkejut kerana menyangka Salleh hendak berkahwin, tetapi sempat dibetulkan adik-beradik kembar itu. Muthu memang ada daun sirih, tetap bukan untuk dijual. Sebaliknya, Muthu meminta mereka untuk menanya Mail.

Bahagian 2

Upin dan Ipin tiba ke rumah Mail dan dibawa ke kebun sirih di halaman sebelah rumahnya. Dalam perjalanan ke sana, Upin dan Ipin terlihat sebaris daun yang berbentuk daun sirih dalam gambar komputer Salleh. Mail membetulkan mereka bahawa daun yang mereka lihat itu daun kaduk, lalu menunjukkan daun sirih kepada mereka. Mereka berasa hairan kerana daun sirih dan kaduk sama bentuknya. Mail mempersilakan Upin dan Ipin untuk memetik sebanyak mana daun sirih yang mereka perlukan, asalkan mereka perlu membayar "dua seringgit".

Ibu Mail pun muncul dekat kebun sirih untuk bertegur sapa dengan Upin dan Ipin. Setelah diberitahu tentang hantaran kahwin Salleh, ibu Mail itu terkejut kerana menyangka Salleh hendak berkahwin, tetapi Ipin cuba membetulkannya bahawa Salleh membuat hantaran untuk "orang kahwin lain". Walaupun kurang memahami maksud Ipin, ibu Mail itu tetap membantu mereka dan memberikan daun sirih yang dikumpul itu dengan percuma, membuat Mail berasa hampa. Pesan ibu Mail kepada anaknya, tidak mengapa apabila bersedekah demi pahala.

Gara-gara salah faham yang timbul, Salleh penat melayan panggilan demi panggilan daripada penduduk kampung lain yang menyangka dirinya bakal berkahwin. Perasaannya bertukar lega apabila Upin dan Ipin balik dengan daun-daun sirih, barulah dia boleh ke pekan untuk membeli bahan-bahan lagi. Abang Salleh memberi mereka duit upah jahit untuk Kak Ros, kemudian bergegas ke kereta. Tiba-tiba, Upin dan Ipin masuk ke dalam kereta dan mendesak Abang Salleh supaya membawa mereka pergi ke pekan.

Dengan menarik nafas, Salleh merelakan mereka pergi bersama. Setibanya di pusat beli-belah Mari Mari Mall, Salleh perlu mengawasi tingkah laku Upin dan Ipin yang bukan kali pertama tiba di kawasan pekan. Di pusat beli-belah itu terdapat beberapa kedai barangan pengantin yang menarik minat Salleh. Di depan sebuah kedai tersebut, Salleh tertarik dengan bunga-bunga dengan hiasan-hiasannya sehingga leka daripada mengawasi Upin dan Ipin yang mengusik pasu bunga. Nasib baik jatuh tak pecah, tetapi terhempap punggung Ipin sahaja.

Setelah siap membeli belah, Salleh, Upin dan Ipin berjalan melalui dataran pusat beli-belah untuk menuju ke kereta. Di dataran itu berlangsungnya pameran Telekom Malaysia. Upin dan Ipin berhenti untuk menerima belon daripada pekerja di situ, sebelum disuruh oleh Salleh. Upin dan Ipin meminta Salleh membelikan mereka aiskrim, dan permintaan itu pun ditunaikan. Upin dan Ipin setiap orang dapat sebiji aiskrim, tetapi Salleh belikan dirinya tiga biji satu kerucut, membuat mereka berdua iri hati sedikit.

Sekembali mereka di kampung, Upin dan Ipin disambut oleh Susanti.

Bahagian 3

Susanti memberi Upin dan Ipin semangkuk tingkat mi bakso yang dimasak oleh ibunya. Susanti bertanya Upin dan Ipin ada apa hal esok, jawabnya mereka hendak ke rumah Abang Salleh untuk membuat hantaran kahwin. Susanti pun teruja ("Asi!") dan dipelawa oleh adik-beradik kembar itu.

Keesokan hari, Upin, Ipin dan Susanti tiba dekat pintu rumah Salleh dan cuba menjengket ke arah pintu sebagai kejutan oleh Salleh, tetapi akhirnya mereka sendiri dikejutkan dari Salleh yang sudah menduga kedatangan mereka. Apabila melangkah masuk ke dalam rumah Salleh, Susanti tertarik oleh bahan-bahan hantaran yang tertabur di atas lantai ruang tamu. Salleh menugaskan kerja mengelap bekas-bekas pemegang hantaran yang kotor kepada Upin dan Ipin, sementara Susanti pula diberi peluang menolong Salleh menggubah bunga, sampai Upin dan Ipin berasa cemburu, apatah lagi mengumpat. Apapun, mereka dapat menyiapkan tugas mereka dengan memuaskan "majikan" mereka itu.

Selepas itu, Salleh menyuruh Upin dan Ipin mengelap "benda kat sana". Tak habis mengeluh, akhirnya minat Upin dan Ipin pulih kerana buah-buahanlah yang mereka harus lap. Susanti pun turut menolong mereka mengelap buah-buahan itu. Ini membuat Upin dan Ipin terbuka selera sampai memmakan beberapa biji anggur, walaupun ditegah oleh Salleh di tengah makan.

Upin menanya Salleh apa tujuan hantaran itu, jawabnya hantaran merupakan salah satu adat perkahwinan. Susanti menerangkan bahawa adat ini juga diamalkan di Indonesia, "tapi lebih banyak". Balas Salleh, itu adalah kerana budaya Malaysia dan Indonesia serumpun. Salleh pun menyuruh kanak-kanak itu untuk menolongnya menyiapkan sirih junjung. Upin dan Ipin mengelap daun sirih sementara Susanti memotong batang bunga.

Tidak lama kemudian, satu sirih junjung sudah siap dan dijulang oleh Salleh dengan bangganya di depan tiga kanak-kanak itu! Akan tetapi, Ipin terlihat sebuah peti yang juga berisi daun sirih di tepi lalu menanya Salleh itu apa. Jawabnya, itu sekapur sirih dengan buah pinang untuk dimakan. Sebagai tunjuk cara, daun sirih disapu dengan kapur pinang dan gambir lalu dimakan. Ketika Salleh mengunyah daun sirih itu, Upin, Ipin dan Susanti terkejut apabila melihat mulutnya "berdarah". Jelas Salleh, mulut memang menjadi merah apabila makan sirih. Salleh menyuruh mereka membungkus bunga rampai sementara dia pergi membasuh mulut, tetapi kembar berdua itu bermain pula; nasib baik Salleh sempat keluar untuk memarahi mereka.

Selepas semuanya siap, Upin, Ipin dan Susanti meletakkan semua hantaran yang mereka buat ke dalam kereta Salleh, lalu diberi upah oleh Salleh kerana menolong.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak