"Marvelous! Marvelous!" |
Jarjit Singh merupakan seorang kawan sekelas Upin dan Ipin, dan juga watak "pelawak" utama dalam siri ini yang terkenal dengan pantun "dua tiganya".
Rupa[]
Muka Jarjit berbentuk kurus membujur bagai buah zaitun, dan kulitnya lebih gelap berbanding kawan-kawannya yang lain. Sebagai penganut agama Sikh, dia sentiasa memakai patka untuk mengikat rambutnya yang tidak terpotong dalam bentuk bebola.
Sekiranya aktiviti sukan dan rekreasi berjalan, dia akan memakai baju sukan sekolah berwarna biru gelap.
Perwatakan[]
Sebagai "pelawak kelas", Jarjit sering mencuit hati penonton dengan pantun dua kerat yang bermula dengan "Dua tiga" tanpa mengira keadaan, sama ada menanyakan atau menjawab soalan, mahupun meraikan sesuatu yang menggembirakan atau meratapi sesuatu yang memilukan. Sesetengah reaksi yang dibuatnya pun agak melucukan, terutamanya apabila meraung kerana kesakitan; biarpun betul-betul sakit namun pembawaannya umpama berpura-pura sakit.
Watak-watak |
---|
Upin | Ipin | Ros | Opah | Tok Dalang | Mei Mei | Jarjit | Ehsan | Fizi | Mail | Susanti | Dzul | Ijat | Devi | Jasmin | Muthu | Salleh | Rembo | Ah Tong | Sapy | Apin | Rajoo | Oopet | Pak Mail | Singh | Nurul | Nurul binti Ahmad | Tiger | Melati | Hamzah | Azzarudin | Roy | Izham |