Fandom

Upin & Ipin Wiki

Jejak Rembo

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Jejak Rembo"
Episod Upin & Ipin
No. episod 27, 28, 29
Tarikh siaran asal 25 & 30 November, 1 Disember 2009

"Jejak Rembo" ialah episod ke-27, 28 dan 29 dalam musim ketiga siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan.

Ringkasan

Bahagian 1

Ketika bermain sorok-sorok bersama kawan-kawan, Upin dan Ipin terserempak dengan Tok Dalang yang tengah mencari ayam jantan belaannya, Rembo. Kebetulan pula kawan-kawan lain mahu berhenti, oleh itu senanglah untuk Upin dan Ipin menolong Tok Dalang dengan penampilan dan kelengkapan detektif olok-olok mereka.

Bahagian 2

Sambil ditunjukkan gambar Rembo, Upin dan Ipin menemui sebelah kasut kanak-kanak di halaman rumah Tok Dalang. Selepas itu, mereka menyoal siasat kawan-kawan sendiri dengan berlagak penyiasat yang tegas: Fizi, Ehsan, Mail, tetapi tiada apa-apa petunjuk baru. Tok Dalang makin tawar hati, tetapi Detektif Upin dan Ipin tidak berputus asa begitu sahaja, apalagi baru menemui tapak kaki kucing.

Bahagian 3

Upin dan Ipin menyoal siasat pula Apin, selepas itu Kak Ros, tapi tidak banyak membantu, sekurang-kurangnya Rembo tidak menjadi makanan sesiapa. Tiga helai bulu ayam putih akhirnya menjadi petunjuk mutlak yang membawa mereka ke sebuah kampung berhampiran di mana Rembo terikut seekor ayam betina putih.

Video

Upin & Ipin - Jejak Rembo (Bahagian 1)07:32

Upin & Ipin - Jejak Rembo (Bahagian 1)

Bahagian 1

Upin & Ipin - Jejak Rembo (Bahagian 2)07:32

Upin & Ipin - Jejak Rembo (Bahagian 2)

Bahagian 2

Upin & Ipin - Jejak Rembo (Bahagian 3)07:32

Upin & Ipin - Jejak Rembo (Bahagian 3)

Bahagian 3

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak