Fandom

Upin & Ipin Wiki

Juara Kampung

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Juara Kampung"
Episod Upin & Ipin
No. episod 1, 2, 3
Tarikh siaran asal 15, 16, 17 Mac 2010

"Juara Kampung" ialah episod pertama, kedua dan ketiga musim keempat Upin & Ipin dan Kawan-Kawan. Episod bertema badminton ini disiarkan sempena Piala Thomas & Uber 2010 yang berlangsung di Malaysia ketika itu.

Ringkasan

Bahagian 1

Fizi mengajak Upin dan Ipin untuk menyaksikan Ehsan bermain badminton bersama bapanya di rumah mereka. Bapa Ehsan mengajak Upin cuba bermain, tetapi Upin tidak reti. Sekembalinya di rumah, Upin dan Ipin bertanya jika Opah dan Kak Ros tahu apa-apa mengenai sukan badminton, dan Opah berpesan agar mereka bertanya kepada Tok Dalang. Pada hari keesokannya, Upin dan Ipin meminta Tok Dalang mengajar mereka bermain badminton.

Bahagian 2

Dengan berbekalkan dua batang raket lama dalam simpanannya, Tok Dalang melatih Upin dan Ipin bermain badminton sehingga tulang belakangnya menjadi sengal. Apapun, Upin dan Ipin sudah berupaya bermain badminton dengan sendiri walaupun hanya dilatih dalam separuh hari. Pada hari keesokannya, mereka membawa raket lama berian Tok Dalang untuk mencabar Ehsan. Upin bertanding dengan Ehsan dahulu, tetapi permainan tamat dengan patahnya kepala raket Upin yang melayang hingga terkena kepala Ehsan.

Bahagian 3

Apabila berlari balik ke rumah atas kejadian itu, Upin dan ipin dikejutkan dengan raket baru sebagai hadiah dari Kak Ros dan Opah. Tok Dalang tidak mengambil hati akan kerosakan raket lamanya. Pada hari keesokannya, Upin dan Ipin melawan Ehsan dan Fizi secara bergu. Perlawanan tamat dengan memihak kepada adik-beradik kembar itu, dengan set bulu tangkis baru sebagai ganjaran.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak