Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement

Karnival Upin & Ipin merupakan sebuah acara yang dianjurkan oleh pihak Les' Copaque Production Sdn. Bhd.. Karnival ini dianjurkan bagi meraikan peminat Upin & Ipin di seluruh Malaysia.

Sejarah penganjuran[]

Bermula pada tahun 2010, Karnival Upin & Ipin diadakan bagi menarik lebih ramai peminat dari seluruh negara. Ia kemudiannya diluaskan sehingga berjaya dianjurkan hampir setiap tahun. Malah, terdapat beberapa edisi di mana lokasinya dipilih atas jemputan daripada kerajaan negeri terlibat, misalnya edisi 2011 (Perak) dan 2019 (Melaka).

Karnival Upin & Ipin juga pernah diadakan secara mini iaitu pada tahun 2013. Ia juga pernah dianjurkan serentak dengan karnival anjuran luar iaitu pada edisi 2011 (Perak). Malah, Karnival Upin & Ipin juga dimasukkan ke dalam kalender pelancongan negeri.

Segmen utama[]

Beberapa segmen disusun dan dibawakan secara tetap sepanjang karnival ini diadakan. Antara segmen tersebut ialah:

  • Ultraman Ribut: Segmen ini dianjurkan menerusi perjanjian antara Les' Copaque dengan Tsuburaya Production. Mula dibawakan pada edisi 2014.
  • Inderaloka: Segmen ini dianjurkan sempena filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Mula dibawakan pada edisi 2019.
  • Puteri: Segmen ini dianjurkan sempena dengan siri Puteri. Mula dibawakan pada edisi 2015.
  • Pada Zaman Dahulu: Segmen ini dianjurkan sempena dengan siri Pada Zaman Dahulu. Mula dibawakan pada edisi 2012.
  • Upin Ipin Luar Biasa: Segmen ini dianjurkan khas untuk Upin & Ipin. Mula dibawakan pada edisi 2015.
  • Fun Run: Segmen ini dianjurkan sebagai acara sukan tambahan bagi karnival. Mula dibawakan pada edisi 2018.

Lokasi penganjuran[]

Karnival Upin & Ipin diadakan di beberapa lokasi seluruh negara bermula 2010. Berikut merupakan lokasi tersebut.

  • 2010: Shah Alam Convention Center, Shah Alam, Selangor
  • 2011:
    • Taman Tema Air Melaka Wonderland, Ayer Keroh, Melaka
    • Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
    • Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, Johor
    • Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Terengganu
  • 2012:
    • Mydin Meru Raya, Ipoh, Perak
    • Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur
    • Stadium Bandaraya, Johor Bahru, Johor
  • 2013 (Mini Karnival): Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
  • 2014: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya
  • 2015: MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang), Serdang, Selangor
  • 2016: Tidak dianjurkan (Penganjuran MAHA 2016 di MAEPS dan karnival diserap ke dalam acara utama MAHA 2016)
  • 2017: MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang), Serdang, Selangor
  • 2018: MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang), Serdang, Selangor
  • 2019: Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka
  • 2020: Tidak dianjurkan (Pada asalnya, Kuching, Sarawak dipilih sebagai lokasi penganjuran, namun dibatalkan akibat pandemik COVID-19)
Advertisement