FANDOM


"Kembara 6 Musim"
Episod Upin & Ipin
No. episod 28, 29, 30
Tarikh siaran asal 3 Disember 2016

"Kembara 6 Musim" merupakan episod ke-28, ke-29 dan ke-30 dalam siri Upin & Ipin musim kesepuluh. Episod ini bertemakan pengetahuan iklim di negara empat musim.

Sinopsis

Kak Ros meluahkan hasrat untuk pergi ke negara empat musim untuk mengecapi nikmat salji. Ini mendorong Upin dan Ipin untuk cuba membawa alam empat musim ke rumah halaman sendiri (ditambah dua lagi peristiwa yang juga bergelar musim.)

Plot

Bahagian 1

Cuaca panas luar biasa dijadikan alasan Ros untuk menangguhkan hasrat untuk keluar membeli barang. Sekali melihat berita salji turun di negara asing di TV, tiba-tiba Ros meluahkan hajat untuk merantau ke negara empat musim. Ini menyebabkan Opah, Upin dan Ipin terharu dan cepat memujuk kerana mungkin ditinggalkan Ros.

Lewat petang, Upin, Ipin dan kawan-kawan berkumpul dekat dengan Salleh yang melayari laman web percutian di warung Muthu. Adanya tawaran percutian ke negara empat musim tetapi semuanya di luar kemampuan Salleh. Mail mengambil kesempatan untuk menjaja idea kampung "enam musim", membuat semua hairan. Gurauan rupanya...

Bahagian 2

Upin dan Ipin bermain badminton dengan Mail dan Jarjit sementara Mei Mei datang dengan bunga dalam kereta sorong dan mengajak Susanti bermain masak-masak. Ipin pergi bermain bunga dengan Mei Mei dan Susanti, menyebabkan Susanti bersin teruk gara-gara alah debunga. Susanti bersin merata-rata, malah mengena Upin dan Ipin hingga mereka pun jatuh sakit malam hari.

Keesokan harinya setelah sembuh dari penyakit, Upin dan Ipin sekali lagi merayu kepada Kak Ros supaya jangan tinggalkan mereka untuk pergi ke negara empat musim, namun Kak Ros berkeras juga.

Bahagian 3

Upin dan Ipin bersama Opah dan Tok Dalang merancang kejutan untuk Kak Ros, iaitu halaman rumah mereka bertukar menjadi taman tema mini "kembara enam musim" yang lengkap dengan tarikan-tarikan yang meniru suasana musim bunga (kebun), musim panas (pantai), musim luruh (timbunan daun gugur) dan musim sejuk (taman salji ais parut).

Dengan ini Upin dan Ipin sekali lagi merayu kepada Ros supaya tidak pergi. Kali ini Ros mengaku selama ini dia hanya bergurau mahu pergi ke luar negara, lalu dia bertanya di mana dua lagi musim. Musim yang tinggal ialah musim buah-buahan di halaman Tok Dalang, dan juga musim hujan yang datang dengan sendiri.

Teaser

Upin & Ipin Musim 10 - Kembara 6 Musim03:14

Upin & Ipin Musim 10 - Kembara 6 Musim

Teaser: Upin & Ipin Musim 10 - Kembara 6 Musim

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak