FANDOM


"Kembara Alam Dino" merupakan episod ke-22, ke-23 dan ke-24 dalam siri Upin & Ipin musim kesebelas. Episod ini ditayang pada pukul 7.30 malam.

Sinopsis

Upin dan Ipin mengembara di zaman prasejarah, mengenali pelbagai dinosaur yang mesra sambil menghadapi ancaman T-rex dan menempuh saat kepupusan dinosaur.

Plot

Bahagian 1

Upin dan Ipin sedang melarikan diri daripada dikejar oleh seekor Tyrannosaurus rex berwarna merah yang ganas. Sambil itu seekor Pterodactyl cuba menyelamatkan mereka dengan menyambar Ipin, tetapi diganggu oleh T-rex dan akhirnya mereka jatuh ke dalam gaung.

Sebaik sahaja bangun dari jatuh, Upin dan Ipin bertembung dengan seekor lagi dinosaur biru berkaki empat. Mujurlah ia jinak daripada dinosaur yang tadi, seekor Brontosaurus yang menggelar dirinya Bro. Bro pun hairan mengenali dua anak manusia ini, tetapi belum sempat selesai berkenalan, ngauman T-rex bergema membuat mereka bertiga lari jauh.

Bahagian 2

Sambil melarikan diri dari T-rex, Bro membawa mereka pergi berjumpa dengan kawan-kawan dinosaur yang lain. Pelbagai spesies yang beraneka bentuk dan saiznya hidup berbaik-baik dan aman damai bersama-sama di atas lapangan cerah.

Kagumlah manusia berdua ini menyaksikan pemandangan dinosaur yang tenteram, tetapi bertukar geli apabila disentuh oleh kawan-kawan Bro yang terdiri daripada Stegosaurus (yang menjilat Ipin). Biarpun Bro memujuk bahawa dinosaur memilih makanan, Upin dan Ipin cepat berasa mahu pulang kerana takut dimakan, apalagi terungkit tentang T-rex hingga semua dinosaur naik rangsang. Bro berikrar bersama kawan-kawan akan menumpaskan T-rex suatu hari nanti.

Ketika Upin dan Ipin baru hendak mencari pintu kembali ke zaman mereka, Bro bertanya bagaimana manusia tahu tentang dinosaur sedangkan dinosaur pupus pada zaman manusia. Upin dan Ipin menjawab, manusia mengenali dinosaur melalui fosil. Pada masa yang sama si Pterodactyl tadi terbang ke mari, bertemu dengan Bro dalam keadaan cedera dan tergesa-gesa.

Bahagian 3

Upin tersalah melastik Odac si Pterodactyl dengan batu kerana salah sangka bahawa makhluk bersayap itu kawan T-rex, kemudian minta maaf. Pada masa yang sama, T-rex akhirnya melangkahkan kaki di kawasan Bro, menyebabkan semua dinosaur lain berhimpun mengelilingi si penceroboh merah.

Bro menyoal Upin dan Ipin apa mereka buat hingga memarahkan T-rex. Upin bercerita, mula-mula mereka mengusik telur dinosaur, tetapi dikejutkan oleh bunyi T-rex sehingga terjatuh telur, maka T-rex naik berang lagi dan mengejar. Odac menyeru mereka agar segera mencari jalan pulang ke zaman mereka kerana nyawa mereka dalam bahaya.

Siang bertukar malam, Upin dan Ipin menunggang Bro sampai ke pondok main (pintu keluar), tetapi T-rex berjaya mengejar mereka dan bertempur dengan Bro. Pada masa yang sama, langit malam tiba-tiba disinari dengan cahaya asteroid yang hendak menghempas di Bumi, menyebabkan malapetaka yang memupuskan semua dinosaur. Upin dan Ipin duduk dalam pondok sambil dihantar pulang ke zaman mereka. Setelah itu, mereka memungut mainan dinosaur mirip Bro sambil sebak.

Teaser

Episod Terbaru! Upin & Ipin Musim 11 - Kembara Alam Dino

Episod Terbaru! Upin & Ipin Musim 11 - Kembara Alam Dino

Teaser Upin & Ipin 11: Kembara Alam Dino