Kembara Kecil-Kecilan
Bincang0wiki ini
| "Kembara Kecil-Kecilan" | ||||
|---|---|---|---|---|
| Episod Upin & Ipin | ||||
| | ||||
| No. episod | 10, 11, 12 | |||
| Tarikh siaran asal | 22 Julai 2012 | |||
| ||||
| ||||
"Kembara Kecil-Kecilan" ialah episod ke-10, ke-11 dan ke-12 dalam musim keenam Upin & Ipin.
Isi kandungan |
Plot
Sunting
Bahagian 1
Sunting

Disisipkan oleh Anakmalaysia2010Kak Ros keluar membeli makanan sambil mencari adik-adiknya untuk dibawa pulang dengan rasa geram kerana sudah bermain di luar hingga lewat tengah hari, apalagi bilik mereka belum kemas. Setelah menanya Muthu di gerai tanpa dibalas dengan kepastian, akhirnya dia tiba di tepi sungai dan berjaya menghalang Upin dan Ipin daripada mandi di sungai, serta menyuruh kawan-kawannya yang sudah berendam dalam air untuk bersurai.
Sekembali ke rumah, Upin dan Ipin mengadu kepada Opah akan kegarangan kakak mereka, tetapi setelah Ros menjelaskan bahawa mereka pergi mandi di sungai, Opah bertegur betapa wajarnya mereka dirotan. Ros menengking adik-adiknya lagi kerana lupa mengemas bilik yang bersepah hingga tidak ingin didiami oleh tikus. Opah lemah-lembut berpesan kepada cucu-cucu kembarnya supaya pergi mengemas.
Di tengah-tengah mengemas bilik, sebiji guli lari dari bilik Upin dan Ipin ke bilik Kak Ros. Dengan hati-hati, mereka berdua menyusup masuk bilik Kak Ros untuk mencari guli itu, tetapi mereka dikejutkan oleh Kak Ros sampai terhantuk bawah meja soleknya dan balang bedak sejuk di atas pun jatuh dan pecah. Oleh itu, Kak Ros naik darah lagi dan menghantar mereka ke bilik, serta 'menyumpah' mereka menjadi cukup kecil dan dipicit menjadi hancur untuk dijadikan makanan lipas.

Disisipkan oleh Anakmalaysia2010Bahagian 2
Sunting
Bukan bilik menjadi besar, tetapi Upin dan Ipin sendiri mengecil, maka berseronoklah mereka dengan 'taman bermain' baru mereka, mula-mula dengan menggelongsor di tepi katil hingga ke lantai, kemudian bermain askar dengan memakai pakaian dan senjata askar mainan, memandu kereta mainan, dan sebagainya.

Disisipkan oleh Anakmalaysia2010Akan tetapi, Kak Ros pergi memanggil mereka dari bilik, tetapi tidak jumpa, maka dia menutup ayam goreng dengan tudung saji, maka kecewalah adik-adik kembar yang tidak kelihatan. Mujurlah ada setandan pisang di bawah tangga dapur, maka mereka turun meja ke situ.
Bahagian 3
Sunting

Disisipkan oleh Anakmalaysia2010Katak itu juga mengejar mereka ke dalam bakul, tetapi sempat dihalang oleh Kak Ros dengan penyapu, yang kemudiannya membuang habuk ke dalam bakul dan mengikut beg plastik yang mengalas dalam bakul itu untuk dibuang di tong luar, tanpa menyedari kehadiran adik-adiknya di dalam. Perbuatan Kak Ros itu membuat Upin dan Ipin menyangka bahawa Kak Ros tidak menyayangi mereka lagi, apalagi sudah kelaparan tidak seronok lagi menjadi kecil.

Disisipkan oleh Anakmalaysia2010Dan akhirnya, mereka bangun kembali di bilik mereka setelah habis mengigau, lalu cepat mengemas bilik supaya tidak diusik lipas. Kak Ros berjalan melalui bilik adik-adiknya dan menawarkan diri untuk menolong mereka dan menjemput mereka makan ayam goreng dahulu, maka Upin dan Ipin sekali lagi memperakui kasih sayang Kak Ros pada mereka.