Fandom

Upin & Ipin Wiki

Kenapa Tak Elak?

202laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Kenapa Tak Elak?"
Episod Upin & Ipin
1003 title.jpg
No. episod 7, 8, 9
Tarikh siaran asal 4 Jun 2016

"Kenapa Tak Elak?" merupakan episod ke-7, ke-8 dan ke-9 dalam siri Upin & Ipin musim kesepuluh.

Sinopsis

Upin, Ipin dan kawan-kawan dipilih untuk mewakili Tadika Mesra dalam pertandingan persahabatan bola beracun atau dodgeball untuk melawan sebuah pasukan tadika antarabangsa. Kehebatan pasukan pelawat dikhabarkan cukup menggerunkan hingga Upin dan Ipin dan kawan-kawan mencari-cari khidmat bimbingan untuk dapat bermain setanding. Dalam perlawanan, mereka mempelajari nilai tidak putus asa walaupun di ambang keaiban dan setiakawan sesama ahli sepasukan dan juga bersama ahli lawan dalam sukan.

Plot

Bahagian 1

Di tadika, kelas Cikgu Melati rancak mengadakan kuiz meneka ibu negara ASEAN. Setelah itu, Cikgu Melati mengumumkan bahawa ada sebuah tadika akan datang melawat Tadika Mesra untuk mengadakan permainan persahabatan bola beracun (dodgeball).

Oleh itu, Cikgu Melati mengumumkan bahawa pasukan tuan rumah dianggotai oleh Mail, Ehsan, Mei Mei, Susanti, Jarjit, Upin, Ipin dan Fizi yang paling gementar sekali hendak bermain. Abang Salleh dipilih sebagai jurulatih mereka. Cara bermainnya mudah sekali: bola yang dibaling hendaklah disambut atau dielak, tetapi hendak menang lain ceritanya.

Bahagian 2

Ipin tidak sengaja menendang bola ke dalam lori kumpul surat khabar lama Ah Tong yang berlalu. maka Abang Salleh pun berhenti melatih.

Keesokan hari, Upin, Ipin dan kawan-kawan pun tidak berjaya memujuk Abang Salleh kerana dia hendak membawa bekalan ke "inap desa" Tok Dalang yang diubah namanya dari homestay kerana sering disalah sebut oleh orang kampung sebagai "home saté".

Mail datang tergesa-gesa membawakan khabar berita menggerunkan mengenai pasukan bola beracun tadika pelawat yang menginap di inap desa Tok Dalang, malah besar tinggi badannya dan bermain dengan dahsyat. Ini menyebabkan semua rasa gerun dan mengajak Tok Dalang melatih. Daripada bola, Tok Dalang melatih dengan kasut kerana disangka sama caranya dengan bola beracun. Sayangnya Tok Dalang cuba berlagak hebat hingga sakit belakangnya.

Tibanya hari perlawanan, pasukan Tadika Mesra dengan bimbingan Cikgu Tiger berikrar untuk menang dengan empat K, iaitu ketahanan, kekuatan, kemahiran dan kelajuan. Cikgu Melati memuji semangat menang mereka dan berpesan supaya bermain mengikut peraturan dan menjaga keselamatan.

Bahagian 3

Akhirnya pasukan pelawat sampai, terdiri daripada pelbagai bangsa nampaknya. Antaranya budak putih, budak Jepun, budak kembar Korea, dan juga orang Afrika yang agak menggerunkan rupanya. Pasukan tuan rumah menentukan formasi yang sesuai - ahli mana menyasarkan ahli mana - untuk membuka perlawanan. Sebaik wisel ditiup, suasana berubah menjadi sengit bak alam realiti maya ala Tron. Upin membaling dulu, tetapi ahli lawan yang Jepun menepis dengan kencang hingga terkena Mei Mei dan Susanti sekali gus.

Pasukan Tadika Mesra terkapai-kapai memburu peluang untuk mengejar, diburukkan lagi dengan permainan lawan yang makin kebal sehingga Mail tersingkir kerana memakan bola untuk menyelamatkan Upin dan Ipin, diikuti oleh Jarjit, Ehsan dan Fizi yang mudah diatasi. Maka tinggal Upin dan Ipin untuk menebus maruah tuan rumah.

Upin dan Ipin teringat pesan Tok Dalang, "senang saja, macam main baling selipar" lalu kembali bersemangat untuk bangkit. Maka mereka membuat balingan kencang untuk menjatuhkan seorang demi seorang lawan dengan mudah hingga seluruh pasukan lawan kecundang termasuklah si Afrika.

Sambil meraikan kemenangan dengan gembira, Upin dan Ipin sepasukan cuba berbaik-baik dengan pasukan pelawat. Upin dan Ipin sendiri bersalaman dengan si Afrika yang dikalahkan akhir sekali itu; rupanya dia tahu berbahasa Melayu sedikit dan memperkenalkan diri sebagai Kwanza. Mail cuba menjaja ketupat dengan pemain Jepun. Ehsan pula bertukar bola dengan kembar Korea lalu dibalas dengan ucapan tahniah. Susanti pula mengenali seorang ahli Indonesia.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak