FANDOM



"Kisah Pisang & Cangkerang" ialah episod ke-28, 29, 30 dalam musim keempat siri TV Upin & Ipin dan Kawan-kawan.

Ringkasan

Bahagian 1

Tok Dalang menceritakan kisah cubaan seekor monyet untuk menipu dua ekor kura-kura demi buah-buahan yang dicucuk tanam oleh kura-kura itu. Pertandingan buah-buahan gergasi di kampung bersebelahan menjadi peluang baik untuk sang monyet menipu adik-beradik kura-kura; untuk itu, ia hanya menjemput si adik kura-kura.

Bahagian 2

Adik kura-kura hanya pergi bersama monyet tanpa abangnya, tetapi mujurlah abang kura-kura mengikut secara curi-curi untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Bermacam-macam helah yang digunakan oleh sang monyet untuk merampas buah-buahan sang kura-kura, tetapi semuanya tidak menjadi...

Bahagian 3

Dengan meminta sahaja, monyet akhirnya merampas kantung buah-buahan kura-kura lantas menghabiskan semua isinya. Tiba-tiba, pemburu datang dan berjaya menangkap kura-kura sementara haiwan lain berlari, maka bergegaslah sang monyet untuk pergi menyelamatkannya. Sang monyet menawarkan diri untuk mengganti tempat sang kura-kura dalam ikatan demi buah-buahan simpanan pemburu, tetapi akhirnya sang monyet sendiri yang rugi.