Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement

"Kisah Raja Pemburu" (tiga bahagian) ialah episod ke-25, 26, 27 dalam musim ke-4 daripada siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan.

Ringkasan[]

Bahagian 1[]

Jarjit Singh dimarahi oleh Salleh si pustakawan kerana kehilangan buku "Kisah Raja Pemburu" yang dipinjamnya dari perpustakaan bergerak. Oleh itu, Jarjit meminta pertolongan Penyiasat Upin dan Ipin agar mencari buku itu kembali, bermula dengan bayangan bahawa mungkin Ehsan dan Fizi pernah membaca sekilas buku Jarjit itu di gerai sewaktu buku itu baru dipinjam.

Bahagian 2[]

Ketika disoal siasat oleh Upin dan Ipin, Ehsan dan Fizi menjelaskan bahawa Jarjit masih memegang bukuya ketika berpisah dari mereka untuk bermain tenteng dengan Mei Mei, Susanti dan Devi. Kemudian, Upin dan Ipin menyoal Mei Mei, kebetulan Mei Mei memiliki senaskhah lagi buku "Kisah Raja Pemburu" yang dihadiahkan oleh ibunya. Jelasnya, Jarjit memang meletakkan buku itu di sebelah tenteng, kemudian mereka berempat bermain puas-puas sehingga tiba-tiba ditakutkan oleh seekor monyet.

Bahagian 3[]

Upin dan Ipin menyoal siasat Ijat dan Dzul pula. Mengikut keterangan Ijat, dia tengah bertengkah dengan monyet yang mencuri pisangnya, apabila buku itu terjatuh dari dahan pokok. Monyet inilah yang mengambil buku Jarjit! Kemudian, Ijat menyerahkan buku itu kepada Cikgu Jasmin. Jadi, semua sudah tahu di mana letaknya buku Jarjit itu.

Advertisement