Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement
Mengandungi kandungan CC-BY-SA dari rencana Laksamana Upin & Ipin di Wikipedia (pengarang)


Poster Laksamana Upin Ipin

Laksamana Upin & Ipin ialah filem animasi kedua yang diterbitkan oleh syarikat animasi Malaysia, Les' Copaque Production, dalam siri Upin & Ipin selepas filem Geng: Pengembaraan Bermula. Filem ini dikatakan merupakan susulan kepada episod-episod "Kembara ke Pulau Harta Karun" dalam siri TV Upin & Ipin di mana Upin dan Ipin direka semula sebagai wira bernama Hang Upin dan Hang Ipin dalam pengembaraan di pulau harta karun bersama kawan-kawan Upin dan Ipin yang berlakon sebagai lanun, nelayan, orang asli dan sebagainya.

Filem ini dirancang untuk diterbitkan pada tahun 2012, tetapi telah dibatalkan.

Produksi[]

Pengumuman filem Laksamana Upin & Ipin mula-mula dibuat di sebuah sidang media pada 27 Mei 2010. Setahun sebelumnya, projek filem Upin & Ipin: Angkasa yang bertema penerokaan angkasa lepas diperkenalkan kepada umum, tetapi akhirnya dibatalkan dan diganti dengan projek Laksamana. Menurut penerbitnya, Burhanuddin Md Radzi, pihaknya tidak dapat meneruskan projek Angkasa kerana dirasakan tidak dapat memenuhi citarasa penonton di Indonesia, gara-gara "jalan ceritanya mungkin terlalu moden dan tidak sesuai dengan budaya di Indonesia".

Filem ini juga dijanjikan akan muncul dalam format filem 3D yang diterbitkan dengan kaedah teknologi stereoskopik seperti yang diamalkan untuk filem Avatar. Seramai 70 orang tenaga produksi tempatan di bawah arahan pengarah Usamah Zaid Yasin akan memulakan projek filem itu pada Ogos 2010.

Galeri[]

Advertisement