Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement

"Lama Tapi Berharga" (tiga bahagian) ialah episod ke-34, 35, 36 dalam musim ke-4 daripada siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan.

Ringkasan[]

Bahagian 1[]

Upin dan Ipin bermain motosikal olok-olok (yang diperbuat daripada penutup tin dan batang kayu) dan mengikut Ah Tong yang tengah berlaung-laung untuk membeli barang terbuang. Mereka bertiga di rumah Mei Mei untuk membeli surat khabar lama, dan di sinilah Upin dan Ipin belajar bahawa barang lama masih ada harganya. Mereka balik ke rumah semata-mata demi mencari barang lama yang boleh dijual, seperti majalah lama dan tin kosong.

Bahagian 2[]

Upin dan Ipin tengah mengosongkan tin susu yang hampir habis dengan makanan baki serbuknya, tetapi disampuk oleh Kak Ros yang mengisi semula tin itu. Mujurlah masih ada sebuah tin biskut kosong yang sempat dicari mereka, tetapi ia tidak mendatangkan harga yang lumayan, apabila Ah Tong hanya memberikan dua biji gula-gula kepada mereka. Upin dan Ipin menebus kekecewaan dengan bermain motosikal olok-olok, kemudian meminjam mainan mereka itu kepada Fizi dan Jarjit.

Bahagian 3[]

Malangnya, Jarjit leka bermain sehingga terlanggar batu lalu menyebabkan motosikal olok-olok Ipin habis rosak. Demi melupakan kejadian tadi, Mail mencadangkan supaya semua bergegas ke merata kampung untuk mencari barang terpakai daripada semua penduduk untuk dijual kepada Ah Tong. Malangnya, basikal Ah Tong sudah penuh dengan benda terpakai orang lain!

Trivia[]

Advertisement